Sirih Pulang Ke Gagang

salam ukhwah, maaf kerana lama menyepi.

tanggal 30 ogos 2008, saya telah berkunjung ke Kolej MARA Kuala Nerang yang telah ditinggalkan beberapa bulan yang lalu. Tiba sahaja dipintu kolej menyebabkan saya merasa hiba kerana terkenangkan kembali imbauan silam yang penuh dengan kisah yang mencuit hati dan sebagainya. Tujuan utama saya kesana adalah ingin melihat kembali suasana di KMKN untuk bersua muka dengan adik-adik yang disyangi.

Kehadiran saya disambut begitu mesra oleh ketua felo (en hanafi), en musa dan rakan-rakan felo yang lain. Sepanjang berada disana, saya sempat untuk menyampaikan kuliah maghrib disurau yang penuh kenangan terindah,iaitu surau alhuda. Seterusnya diadakan perjumpaan dengan saf kepimpinan JPP KMKN. Pada akhirnya, saya diminta oleh en hanafi untuk mengadakan slot diskusi bersama pelajar kuliahnya. huh, penat jugak rasanya.

Tetapi kunjungan kali ini memberi makna yang mendalam kepada saya kerana dapat berjumpa dengan semua guru-guru dan pelajar dan memperolehi input yang yang diperlukan. Secara totalnya, suasana KMKN tak ubah seperti sebelumnya dan keadaan pelajar adalah lebih baik dari segi penampilan berbanding bacth sebelumnya, ujar pengarah. Tetapi agak kurang mengembirakan apabila keputusan mid-sem baru-baru ini kurang memberangsangkan berbanding sebelum ini. Apapun, saya doakan KMKN akan terus maju jaya dalam perjuangan aliran pendidikan nasional..

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Dairi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Sirih Pulang Ke Gagang

  1. huessnaa says:

    KMKN,,byk peristiwa pahit manis.smg yg baik kekal dlm ingatan.x;D

  2. bahiyah says:

    Kolej MARA Kuala Nerang…
    tempat dimana berlakunya penuh dengan pengalaman pahit & manis bg ana…
    penuh dengan saat suka dan duka..
    tempat bermulanya Jalinan ukhuwah persahabatan yang sejati dan ikhlas dibina abada abadan…
    Semoga KMKN terus berada dlm ingatan sahabat2 semua..
    walau dimana jua sahabat2 berada..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s