Mana ketuanan MELAYU?

salam perutusan,

minggu ini kita dihebohkan dengan isu yang menyentuh sensitiviti kaum dinegara ini apabila suatu  kenyataan yang menyatakan bahawa ” kaum cina merupakan bangsa yang menumpang di tanah air kita ” telah menarik banyak pihak untuk menyatakan pandangan masing-masing. Walaupun hal ini merupakan isu sensitif, tetapi kita tidak berkecuali untuk menyatakan pendirian kita selaku rakyat Malaysia. Hakikatnya ialah dimana pendirian orang melayu dalam perkara ini. Jika difikirkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Ahmad itu sememangnya suatu provokasi yang semata-mata bermotfkan politik. Sehingga hari ini mereka saling bertikam lidah untuk sama-sama menegakkan benang yang basah.

Sebenarnya itulah realitinya perjuangan yang berlandaskan bangsa semata-mata tanpa menzahirkan pendirian agama dihadapan. Perjuangan bangsa tidak akan ada nokhtahnya kerana ia tidak akan membawa suatu konsep kebersamaan yang menyeluruh kepada semua bangsa. Kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali yang disebabkan masalah kepentingan kaum-kaum tertentu. Dalam isu tersebut, mari kita renungkan kembali siapa yang sentiasa menjadi mangsa dalam setiap komplot yang berlangsung. Adakah orang cina yang menjadai mangsa? Kaum india? ataupun orang Melayu?

Dalam isu ini kita boleh melihat bahawa setiap apa pendirian orang melayu yang tidak sehaluan dengan kaum lain akan dibidas habis-habisan termasuklah daripada orang melayu sendiri. Sebagai contoh, Datp’ Ahmad diminta untuk memohon maaf kepada semua pihak diatas kenyataannya yang tidak menjaga sensitiviti kaum lain. Sebaliknya berlaku kepada individu lain, sebagai contoh iaitu HINDRAF. Mereka tidak pernah diminta untuk memohon maaf diatas kesalahan dan ketidaktertiban yang dilakukan. Sama juga dengan seorang remaja yang bukannya melayu yang telah menghina lagu negaraku. Mereka tadi tidak pernahpun diminta @ didesak untuk memohon maaf kepada semua rakyat. Tetapi apabila sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh orong melayu, dia akan terus dihentam. Kenapa perkara ini berlaku? Mana ketuanan orang Melayu?

Secara dasarnya, isu perkauman tidaka akan selesai untuk dibicarakan. Sebaiknya kita dapat mencari alternatif lain untuk bersatu iaitu diatas landasan Islam. Ini kerana Islam tidak mementingkan perjuangan bangsa, tetapi lebih kepada keutuhan dan kesatuan antara kaum agar suasana rabbani dapat wujudkan. Maka, penyelesaian kepada permasalahan tadi ialah, kita mesti kembali kepada agama dengan menjadikan Islam sebagai paksi perjuangan demi masa depan negara yang lebih sejahtera…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s