antara cinta yang dua


salam mubarak,

Rindu sungguh rasanya kepada blog ini….. hampir dua minggu kita sibukkan diri dengan hari raya. macam-macam hidangan yang kita dapat makan pada musim ni, sampai dah rasa muak dengan kuih-kuih raya nie.hehe… tapi saya bukan nak bercerita tentang kuih muih pada kali ni, tapi tajuknya, antara dua cinta.. wauu, romantik tu! tapi bukan itu isinya..

Semalam ( 9/10/2008 ) saya sempat menghadirkan diri ke kuliah ilmu yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UM ( PMIUM ) bertempat di fakulti pendidikan UM. Penceramahnya cukup terkenal iaitu, ustaz hasrizal ( saifulislam.com ). Saya pasti ramai yang mengenali insan ini yang amat terkenal dengan tulisannya yang cukup menarik untuk ditelaah.

Apa yang menarik yang hendak dikongsi bersama ialah tentang masalah pengertian cinta diantara kita. Setiap kita mempunyai pengertian yang tersendiri tentang cinta. ada yang kata cinta itu buta, tapi yang paling menggelikan ialah ada orang kata ‘cinta itu kurap, makin digaru makin sedap’.. Ish, macam-macam tafsirannya.

Apapun jua tafsirannya, kita perlu mamahami konsep cinta yang sebenarnya. Mengikut pengertian daripada ceramah tersebut, cinta merupakan jambatan penghubung kita kepada sesuatu yang kita kehendaki. Maknanya setiap orang akan mempunyai rasa cinta kepada sesuatu yang dikendakinya.  Akan tetapi, cinta bagaimanakah yang perlu kita damabakan dalam hidup kita untuk mendapatkan apa yang kita hajati? Adakah hanya menurut nafsu buta kita semata-mata?

Itulah yang menjadi persoalan yang mana jawapannya biasa dijawab dengan benak fikiran kita sendiri tanpa dirujuk kepada identiti yang sepatutnya. Seharusnya cinta menjadi aset yang amat bernilai dalam diri kita terutamanya dalam kita menjaga talian hayat kita dengan maha pencipta, Allah taala. Cinta bukan hanya lakaran puisi, tetapi ianya adalah realiti. Hanya manusia yang cinta kepada Allah dan Rasulnya akan dapat menjawab apa itu makna cinta yang sejati dan hakiki. Oleh itu, sebelum cinta anda dijual kepada sesiapa,tawarkanlah cinta anda kepada pencipta yang sentiasa mendambakan cinta hambanya…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Tarbiah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s