“Pelan Penyelamat” Amerika tidak selamat?

Salam hujung minggu.

Mutakhir ini Amerika Syarikat telah mengalami krisis kewangan yang paling teruk dalam abad ini. Keadaan tersebut menyebabkan white house merencanakan satu pelan penyelamat yang berjumlah AS$700 bilion yang telahpun diluluskan oleh senat yang bersidang termasuk dari demokrat. Namun yang demikian, pelan tersebut tidak dapat menjadi ‘ubat’ kepada penyakit ‘serius’ yang semakin berjangkit sehingga ke hari ini.

Saya tertarik untuk memetik laporan akhbar berita harian mengenai ‘virus’ yang semakin merebak hampir keseluruh pelusuk Amerika sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam. Mengikut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 31 negeri termasuk yang bergelar ‘lubuk emas’ seperti California, New York dan Florida sudah tidak lagi mampu mampu membayar gaji pekerja awam dan terpaksa mendapatkan bantuan Persekutuan.

Malah, kos keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi negeri itu berkemungkinan mencecah kira-kira AS$53.4 bilion (RM170.8 bilion).

Business Week memetik data Pusat Keutamaan Dasar dan Belanjawan setakat akhir bulan lalu melaporkan semalam, California atau nama jolokannya ‘Golden State’ berdepan defisit atau pengurangan belanjawannya sejumlah AS$15 bilion (RM48 bilion), terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kemelut itu.

Berikutan itu, California terpaksa meminta bantuan baru AS$7 bilion (RM22.4 bilion) bagi mengatasi masalah kekurangan bajetnya itu.

Jika tidak, ia tidak mungkin dapat membayar gaji pekerja penting seperti guru, polis, anggota bomba dan penyelamat serta perkhidmatan penting lain.

Sementara itu, kumpulan negara kaya dunia yang mengadakan pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat semalam ketika dunia berdepan krisis kewangan, sekadar berikrar melaksanakan semua langkah wajar bagi menggerakkan semula pasaran kredit selain memastikan institusi kewangan dapat meningkatkan semula kewangan mereka. Pelan penyalamat yang paling asas ialah sekiranya kita melaksanakan dasar ekonomi islam dalam sistem pemerintahan yang akhirnya tidak mungkin berlaku krisis kewangan sebegitu rupa.

Bagi pandangan saya, ini merupakan suatu bala yang diturunkan Allah kepada pemerintah AS yang sememangnya terlalu angkuh dan zalim terhadap masyarakat luar terutamanya umat islam. Mungkin ini suatu implikasi yang akan menyebabkan AS akan menarik balik semua tenteranya di Iraq dan Afganistan kerana tidak mampu menampung kos pertahanan yang terpaksa ditanggung.

Ini merupakan ‘pelan penyelamat’ dari Allah kepada umat islam di Iraq dan Afganistan  sekiranya justifikasi diatas berlaku. Sama-sama kita doakan ianya menjadi realiti. InsyaAllah.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s