Air oh air

Bermula hari ini dan beberapa hari yang mendatang, seluruh UM akan mengalami masalah bekalan air. Perkara ini disebabkan masalah penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak SYABAS. Aduh, gawat sungguh.

Ada seorang kawan yang saya jumpa mengeluh dengan penuh perasaan, ” aduh, aku ingat masuk UM semuanya lengkap. tapi rupa-rupanya air pun tak ada. bukan setakat hari ni je, tapi ini kali yang ketiga dah berlaku perkara yang sama” keluhnya. Tapi aku senyum je dengan keluhannya.

Tapi disebalik musibah ini, aku terfikir sejenak. Di universiti terdpatnya orang-orang yang  hebat, profesor, doktor,  ahli sarjana,  penulis buku,  pemidato hebat dan sebagainya. Tapi walaubagaimana hebatnya mereka,  kalau tak ada air, mereka tetap tak boleh menyempurnakan keperluan harian mereka.

Sebagai refleksi kita bersama, hebat bagaimanapun manusia, mereka tidak dapat mencipta keperluan asasi untuk keperluan hidup sendiri, contohnya air. Sehingga hari ini manusia tidak dapat mencipta  air dengan  teknologi tersendiri.  Ini bermakna , hidup kita  sebenarnya hanya  bergantung kepada  Inayah dan  nikmat  daripada Allah semata-mata.

Oleh itu, apapun jua peristiwa yang menimpa kita sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat. Ianya hanya dapat difikir dan dinilai oleh insan yang memahaminya sahaja. ” wama asobakamin hasanatin faminallah, wama asobaka min sayyiatin faminnafsik”…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

4 Responses to Air oh air

  1. insan hina says:

    saya bersetuju dengan saudara ,sememangnya hanya Allah s.w,t yang menentukan segalanya ..kita hanya merancang …tetapi rancangan kita tidak selalunya diakhiri dengan kegagalan kerana Allah s.w.t itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya .So fikir-fikirkanlah sejenak dan muhasabah diri kita yang serba hina ini.

  2. tom says:

    saya bersetuju sangat2 dengan anda ….anda mandi berapa kali sehari dalam kagawatan air ni …jangan -jangan tak mandi ..orang kata kebersihan itu adalah separuh daripada iman …betul tak ustaz…yang benar …tompok

  3. tom... says:

    saya sokong dengan pendapat saudara …saudara dalam kegawatan air ni mandi berapa kali sehari …jangan tak mandi dah la …orang kata kebersihan itu adalah separuh daripada iman …betul tak ustaz …

  4. kurshiah says:

    salam… sy di sini nk perbetulkan statement yg cm x bape btoi… kt um ni.. bkn 3x xde air… tp dh berkali2… mybe kt blok laki 3x xde air.. tp di blok pmpuan dh berkali2… kami dh naek tnsion angkut air ni. tgn pn nk patah.. hehe..
    syazwan, anda sebagai org yang berpengalamn dlm bidang kepimpinan, tlg la pkir kn sesuatu yang dpt selesaikan mslh ni. at least dpt ringankan beban kaum hawa yg tinggal di blok A..

    p/s : jom angkt sepanduk ramai2.. huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s