Exam!

Hanya tinggal beberapa minggu lagi peperiksaan akhir bagi semester ini akan bermula khususnya kepada semua pelajar ipta dan ipts. Tidak lupa juga bagi pelajar matrikulasi yang akan menduduki peperiksaan akhir semester 1 pada minggu hadapan.

Sudah menjadi resamnya sebelum peperiksaan bermula, aktiviti mengulangkaji pelajaran akan dirancakkan. Namun dalam kerancakan mengulangkaji pelajaran, kita jangan pula mengabaikan tanggungjawab insaniah dan sosial kita.

Namun apapun jua keadaannya, kita mestilah meletakkan pengharapan utama kepada Allah sahaja. Dan perlu diingatkan bahawa peperiksaan yang akan menjelang beberapa hari lagi merupakan suatu ujian yang kecil berbanding dengan peperiksaan yang kita laksanakan setiap hari iaitu perintah bersolat.

Sesungguhnya kita menjalani peperiksaan sebanyak lima kali sehari yang mana pengawas peperiksaannya ialah malaikat dan pembuat soalannya ialah Allah. Cuma apa yang berbeza dengan ‘exam’ biasa ialah ‘exam’ yang kita lakukan ini telah diberi skema jawapan yang jelas, cuma bergantung keatas kefahaman dan penghayatan kita sahaja. Sesungguhnya amat rugi manusia yang tidak dapat skor yang terbaik dalam peperiksaan harian kita.

Oleh itu, utamakan Allah, nescaya Allah akan mengutamakan permintaan kita. Selamat Mengulangkaji Pelajaran…

Doakan kejayaan bersama, dunia dan akhirat.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

5 Responses to Exam!

  1. zahidah mahfuzah says:

    seorang motivator ada berkata,
    waktu study di musim-musim exam tukarlah niat study tu untuk kejar dunia,
    maknanya untuk dapat markah yang tinggi berbanding orang lain,,
    to be best in the best,,
    macamana tu ye?
    berdasarkan pengalaman sebelum ini,
    ilmu tak akan kekal kalau study untuk jawab exam je,,
    apapun,
    lakukan apapun sahaja dalam hidup kita dengan penuh keikhlasan,
    Jagalah syariat Allah, nescaya Allah menjaga kita..
    tak gitu Saudara Kasturi?
    Selamat menghadapi exam..

  2. ewan89 says:

    saya setuju tu saudari. tapi kita sekarang kurang faham ape maksud study sebenarnya…
    saya tak mau komen ape takrifan study tu, tapi sama2 kita terokai maksdunya. moga2 kita tak terlena dengan buaian dunia yang fana ini.. Imam ghazali pernah berwasiat, ” kejarlah dunia seumpama kamu akan hidup selam-lamanya, tapi ingat! buatlah ibadah seumpama kamu akan mati pada esok hari”…

  3. zahidah mahfuzah says:

    study..em,knp plk nak timbulkan takrifan study?
    anyway, doakan agar kami di apium selamat dan berada dlm kondisi yang baik untuk study di tengah-tengah runtuhan tanah dibelakang fakulti kami yang makin serius hari ini,
    Jom ke kuliah ilmu PMI malam ni!!
    study jgk tu kan saudara kasturi,,

  4. kak ifa says:

    assalamualaikum wan….heheheh…aneway tq view akak… wah bagusla wan… ada unsur2 mendekati Tuhan… Bagus2 inila pemimpin muda yg kte nak!

  5. fatimah munirah says:

    salam buat penulis. saya setuju dgn ape yg awk ktekan dgn ‘exam harian’ iaitu solat. sbnrnye kite lgsg x tau atau x prasan dgn ujian yg Allah nak beri pada kte setiap hari. cuma yg perlu kte lakukan adlh dengan bersedia terhadap dugaan yg diberikan Tuhan.

    saye ade jgk teringat pasal 1 kisah benar di bumi Arab(diceritakn oleh kwn). mengenai seorg mahasiswa Malaysia yg mghadapi ujian semasa mnjwb exam. kbyakan siswa Malaysia yg mengambil paper itu (sye x ingat paper ape) mmg sukar dan xtau utk jwb paper tersebut. mereka akan mgambil inisiatif utk hnya meniru rakan. berbeza dgn siswa tu, rakannye memberi peluang utk siswa itu meniru, ttpi die menolak n mghantar hanya kertas kosong. bile lecturer menyemak kertas nye, lecturer itu terkejut sbb b4 tiz student2 lain xkan hntar kertas kosong krn mereka akan meniru rkn. lecturer tu pun panggil siswa Malaysia trsbut. dan bertanyakan hal sbnar. Jadi siswa itu tlh berterus-trg kpd lecturer. kejujuran yg ditonjolkan siswa berkenaan tlh menyebabkan lcturer itu memberikan markah 100% buatnya krn bersikap jujur dlm exam.

    di sini sye ingin ktekan bhwa kejujuran itu penting wlpun kte terpakse n berada dlm keadaan terdesak skalipun. jadi, same2 la kte muhasabah smula dri kte ye. insyaALLAH slps ni, kte akan jadi insan dan insani yg lebih baik.insyaALLAH~~ 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s