Terkini..

Salam ukhwah.

478521435Rindu jugak kat blog ini kerana hampir semiggu tak berkesempatan untuk melontarkan pandangan dalam ruangan ini. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 1 sudahpun berlalu walaupun dalamkeadaan yang memenatkan. Apa tidaknya tarikh exam untuk student ekonomi tahun pertama memang padat dan tanpa selang hari. Yang paling meletihkan ialah pada hari Rabu( 5/11/2008 ) yang lepas, kami terpaksa memerah otak untuk tiga subjek iaitu mikroekonomi, finance dan politik yang boleh dianggap “killer subject”..hehe. huh, rasa mengeluh jugak fikirkan hari tu. Tapi apapun semuanya menguji kekuatan mental dan kesabaran saya dan teman-teman yang lain.

Selain itu juga, saya tak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahiah kepada Barack Obama yang telah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat minggu lepas. Apa yang saya harapk282033601an agar beliau dapat mengubah suasana hubungan diplomatik antara negara islam dan dalam masa yang sama mampu menyelesaikan krisis kewangan yang melanda sekarang. Tidak dinafikan juga bahawa krisis kewangan ini berlaku adalah disebabkan sistem atau dasar yang diamalkan oleh Bush sememangnya bersifat kronisme kerana dalam situasi kegawatan yang berlaku pun, dia masih mementingkan golongan keluarga dan kroninya sahaja untuk dipulihkan masalah kewangan mereka. Seribu harapan agar perkara ini tidak berlaku di negara kita walaupun bibit-bibitnya telah nyata, tetapi ianya dapat ditidakkan dengan kuasa rakyat jelata ( melihat keptusan PRU-12).

Akhirnya, selamat bercuti kepada semua teman-teman yang berada di IPTA dan IPTS. Luangkan masa anda bersama orang yang tercinta dan berbaktilah selagi mereka masih ada. Gunakanlah masa yang terluang untuk menambah nilai diri kita supaya boleh menjadi insan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan negara…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

One Response to Terkini..

  1. wnjbeo says:

    OohDCt bzlohqguxemk, [url=http://fuvmytyolmue.com/]fuvmytyolmue[/url], [link=http://busdwgldppve.com/]busdwgldppve[/link], http://iioyiqxeofal.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s