Pelan ransangan, mampukah Malaysia?

4f4653e7371fb768salam muhibbah.

Saya tertarik dengan suatu pelan ransangan yang diumumkan oleh menteri kewangan yang baru sebagai suatu langkah untuk memulihkan senario ekonomi negara yang semakin terhimpit akibat daripada tekanan masalah kewangan global. Walaupun isu ini sudah lama dibahaskan, namun saya baru mempunyai idea untuk memberi respon terhadap perkara ini.

Pelan yang diwar-warkan berjumlah 7 billion merupakan suatu dana baru sebagai suntikan untuk merancakkan ekonomi negara. Walaupun pelan ini mempunyai impak yang positif dari sudut teori ekonominya, namun adakah  ransangan tersebut akan menjalar kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan dibawah paras kemiskinan.

Saya bersetuju secara dasarnya berkaitan pelan tersebut, tetapi apa yang membimbangkan ialah dari segi pelaksanaannya. Jika dikaji apa yang terjadi di Amerika Syarikat apabila pelan penyelamat yang bernilai 700 billion USD yang diluluskan bagi memulihkan kewangan negara berkenaan akhirnya tidak berjaya mencapai matlamatnya.

Puncanya ialah dana( 700 billion )  yang dikeluarkan itu hanyalah bertujuaan untuk menyelamatkan beberapa syarikat709822980 besar yang dipercayai merupakan kroni kepada Presiden Bush( laknatullahi alaih). Akhirnya pelan yang sebegitu banyak tidak dapat memulihkan keadaan deflasi ekonomi Amerika Syarikat.

Bertitik-tolak daripada itulah kita patut berwaspada untuk menilai sejauh mana sesuatu pelan penyelesaian yang diambil untuk memulihkan masalah ekonomi yang berlaku.

Kita mengharapkan agar tiada ‘kebocoran’ yang berlaku dalam pengagihan dana 7 billion yang dilancarkan oleh menteri kewangan yang baru demi melihat Malaysia mempunyai kekuatan yang jitu dalam menghadapi krisis yang entah bila akan ada noktahnya ini.

Renungan bersama :

” kita merancang , Allah juga membuat perancangan, tetapi perancanganNYA adalah yang terbaik ” al-baqarah..

” kita tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi kita selalu gagal untuk membuat perancangan ” hukama’

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s