Paluan PRK Universiti Malaya sudah bergema

c2a349192b5508682Salam perubahan,

Tarikh pilihanraya kampus yang menjadi tanda tanya sebelum ini sudahpun terjawab apabila pihak HEP telah mengeluarkan notis makluman berkenaan PRK pada minggu ini.

Notis berkenaan menyatakan tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 14 Januari 2009. Kemudiannya adalah proses berkempen sehinggalah tarikh pengundian pada 19 Januari 2009.

Maka dengan itu bermulalah satu lagi episod dalam hikayat perjuangan mahasiswa untuk memperjuangkan isu-isu dan kepentingan mahasiswa dalam ruang lingkup masyarakat kampus.

PRK pada kali ini merupakan suatu medan yang baru untuk kita membuat perubahan kearah menjadi mahasiswa yang berprinsip dalam perjuangan semasa. Yang kita harapkan ialah dengan PRK ini dapat menjelmakan suatu demensi baru dalam struktur kepimpinan mahasiswa yang lebih berprinsip dan bermaruah.

Dalam kesibukan PRK pada kali ini, kita tidak seharusnya melupakan Isu Palestin yang menjadi agenda kita bersama tidak kira agama dan bangsa. Kita seharusnya terus mendoakan kebebasan rakyat Palestin daripada kekejaman pihak zeonis.

Semoga PRK pada kali ini akan menjadi satu titik tolak dalam arena perjuangan mahasiswa dalam mendepani isu semasa yang mendatang.

Salam Perubahan, salam perjuangan untuk semua.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Paluan PRK Universiti Malaya sudah bergema

  1. hazirahussin says:

    Ya..paluan PRK sudah bergema d UM dengan rentak dan tempo tersendiri..Bangunlah syabab..sedarlah wahai fatayat..ayo kita palu sama2 PRK kali ni menuju perubahan..tinggalkan alunan syahdu membuai mimpi dengan alunan ISLAM yg membangkitkan semangat perjuangan mahasiswa dlm menghadapi cabaran dlm kampus..kalian bukanlah memulakan perjuangan tetapi adalah mata2 yang menyambung rantai perjuangan..SALAM ISLAMISASI..

  2. ahmadfahmie says:

    salam pjuangan..

  3. pija says:

    salam perubahan….

    tahniah!!!!

    proM telah menguasai UM…

    harapan sy… supaya UM dpt mencapai kegemilangan tahap maksimum…

    sokongan padu akan di berikan pada proM….

    HIDUP SYAZWAN…!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s