Mahasiswa perlu menerobos massa

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.. Ungkapan penenang jiwa, kalimah pembersih segala dusta, penyata tuhan yang esa.

8a5d86a9d3c08bf1ca94df3a7afde1efAgak lama tinta ini tidak ‘berdakwat’ kerana saya selalu dihimpit dengan kesibukan yang tiada penghujungnya. Menjadi seorang pemimpin mahasiswa bukan seperti menjadi pengawas di sekolah, bukan seperti AJK badan disiplin, tetapi menjangaku garisan keperluan mahasiswa dan masyarakat sebenarnya.

Hari ini (1 MAC 2009) berlangsungnya Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia ( SIDANA ’09) yang telah selamat dan berjaya direalisasikan. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur. Sungguh banyak idea, pandangan, teguran, kritikan, saranan daripada tokoh-tokoh yang dijemput pada program kali ini.Saya juga sempat menjadi moderator kepada Slot Bicara Korporat bersama Dato’ Mohd Nazmi Mohd Saleh, Pengerusi Proton Holding.

Apabila berbicara tentang peranan mahasiswa islam, saya agak signifikan untuk menyatakan bahawa mahasiswa islam pada hari ini perlu membuat suatu anjakan paradigma dalam menghadapi isu dan suasana pada hari ini. Pernyataan ini kerana mahasiswa islam pada hari ini hanya menumpukan sesuatu perhatian kepada bidang yang hanya mereka minati sahaja, sudah tentu contohnya politik. Apabila berbicara tentang isu politik, tak boleh duduk senang dibuatnya. Tetapi tatkala berbincang tentang isu Akedimik, Keruntuhan akhlak, masalah sosial, krisis kewangan dunia, sudah tentu hanya beberapa kelompok sahaja mahasiswa yang berminat tentang isu berkenaan.

Dimanakah kecenderungan mahasiswa? Adakah kita hanya bergerak mengikut naluri sanubari semata-mata, tanpa menilai prinsip asas yang perlu ada dalam diri. Mungkin persoalan ini boleh dijawab dengan ideologi tersendiri, namun sampai bila kita hanya cenderung kepada sesuatu aliran sahaja?

Sudah tiba masanya kita perlu bergerak seiring dengan zaman malah lebih laju daripada itu demi memastikan mahasiswa islam ini dapat menjadi petunjuk kepada mahasiswa lain mahupun masyarakat diluar. Kita perlu lebih fleksibel dalam menongkah arus pada hari ini. Hari ini kita tidak boleh menunding jari kepada kelompok tertentu untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi, antaranya tidak boleh disandarkan segala permasalah agama kepada pelajar pengajian islam, masalah kajian saintifik kepada pelajar sains, masalah ekonomi kepada pelajar ekonomi @ perniagaan. Sebaliknya perlu berlaku diamana kita perlu ada sikap sedar dan tahu dalam segala bidang bukan hanya tertumpu kepada pengkhususan pengajian semata-mata.

Maka dengan itu, rebutlah setiap peluang yang ada dikampus untuk mencelup semua ilmu yang perlu ada dalam diri kita dengan menyertai setiap program ilmiah dan intelektual yang diadakan. Saya yakin dan pasti pada sesi kali ini kita akan memperkasakan program-program berbentuk keintelektualan dengan mengurangkan program hiburan demi melahirkan mehasiswa yang lebih signifikan dan praktikal dalam merobah masa hadapan.. InsyaAllah..

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s