Tahniah buat pejuang agama!

Alhamdulillah, ucapan syukur tanda penghargaan atas kurnianNya yang telah menjelmakan adik Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal sebagai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Sekalung tahniah saya hulurkan kepada semua tenaga kerja Yayasan Islam Kelantan yang berjaya mencipta satu lagi rekod diperingkat nasional. Apa yang mengagumkan saya ialah kejayaan adik Nik Nor Madhihah yang mendapat 20A ( 19A1, 1A2) dalam SPM yang lepas telah membuktikan pelajar sekolah agama ( arab ) bukanlah ketinggalan dalam mengejar kejayaan diperingkat nasional.

Walaupun sekolah kami ( sekolah YIK ) pada satu ketika dahulu dipandang rendah oleh pihak kerajaan terutamanya, namun hari ini telah membuktikan sistem yang berteraskan syariat islam dalam pendidikan dapat melahirkan pelajar yang terbilang dan disegani akhirnya. Sebelum ini kita dibanggakan dengan kejayaan Siti Fatimah Mokhtar, juga dari sekolah Maahad Muhammadi Perempuan dengan keputusan yang membanggakan.

Saya juga selaku bekas pelajar sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan YIK merasa bangga dengan kejayaan anak-anak kelahiran YIK ini. Tidak lupa juga, YDP MPMUM ( saudara Ridzuan ) pada sesi ini juga merupakan pelajar kelahiran YIK.

Saya harap kesinambungan kejayaan ini dapat diteruskan oleh generasi berikutnya.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Tahniah buat pejuang agama!

  1. syu says:

    Salam, ya, satu pandangan yang tidak boleh disangkal lagi..kebenaran sudah jelas didepan mata…Bayangkan bagaimana anak kelahiran YIK boleh berjaya walaupun bilangan subjek bahasa arab yang diambil lebih kurang sama banyaknya dengan subjek akademik yang lain..Bagaimana pelajar-pelajar YIK membahagikan masa untuk subjek yang begitu banyak..Tidak lain dan tidak bukan, “KEBERKATAN DARI ALLAH SWT” yang banyak membantu disamping usaha jitu para guru dan pelajar itu sendiri.

    TAHNIAH kepada YIK dan IBUBAPA yang sama-sama bersatu dan bertungkus-lumus demi tertegaknya islam di muka bumi ini.

  2. ewan89 says:

    Itulah hakikatnya.. terima kasih “syu” atas pandangan

  3. ore kelate says:

    salam..
    ambo selaku anok kelate mmg bnggo ngn rsult nik madhihah..
    so lg, ambo sngt sokong n setuju n tertarik dengan sistem sekolah YIK..
    walaupn amboo x pnah skoloh YIK..
    ambo berhsrt nk menyumbng tenaga n idea mmbngunkan sekolh YIK kelak…

    (klu btol lporn brita harian)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s