Sabotaj, angkara siapa?

Selamat sejahtera untuk semua, moga dilindungi payung rahmat dan maghfirah sentiasa.

Pertama, saya memohon maaf kerana tak berkesempatan untuk meng”update” blog ini. Maklumlah, banyak urusan akhir-akhir ini. Moga-moga kesibukan ini lebih mendekatkan diri kita dengan Meha Pencipta.InsyaAllah.

Saya tertarik dengan post terbaru mahsiswakini.com berkaitan kes sabotaj kepada seorang ahli MPMUM. Beliau yang dinyatakan ialah saudari Shahrizul Ayuni, Setiausaha Agung MPMUM. Kes berkenaan ialah isu sabotaj yang ditujukan kepada motosikal saudari Ayuni.

mtrayuni1

Dalam pengetahuan saya, telah dua kali berlaku kes sabotaj kepada motosikal tersebut. Yang pertama ialah di syeksyen 14 Petaling Jaya pada hari Isnin lepas dimana saya, saudara Ridzuan ( YDP MPMUM ) dan saudari Ayuni ketempat yang atas urusan MPM. Namun yang mengejutkan ialah saya dimaklumkan Ekzos motosikal Ayuni tercabut dalam perjalanan pulang. Macam mana motor baru dua bulan dibeli boleh tercabut ekzosnya?

Kejadian kedua ialah hari khamis lepas apabila saya menerima mesej daripada saudari Ayuni yang berbunyi, ” Allahuakhbar, tiub salur minyak motor ana dicabut..mnyak habis trkeluar, mtr x leh start “… saya terkebut bilamana menerima mesej tersebut, namun tidak dapat menghantar ‘wonderpet'(hehe) untuk menolong sebab saya dalam mesyuarat pada waktu itu. Hebat sungguh dugaan itu.

Yang terbaru pula ialah kepada motor kesyangan saya ( 125z, tupai ). Petang tadi dalam perjalanan ke Gombak ke rumah abang saya, enjin ‘tupai’ berasap semacam nak meletup. Saya mengambil langkah berhati-hati dengan terus berhenti di bengkel motosikal di tepi jalan. Setelah diperiksa, didapati minyak hitam motor dah kering. Puncanya ialah skru penutupnya dilonggarkan menyebabkan selinder keluar tanpa henti. Saya kehairanan sebab baru sahaja saya servis motor termasuk minyak hitam. Takkan lah skru boleh terlonggar dengan sendiri? saya kehairanan bersama mekanik yang memeriksa ‘tupai’.

112

Jika terlewat diperiksa masalah tersebut boleh menyebabkan enjin ‘tupai’ meletup akibat kekeringan minyak hitam. Namun Alhamdulillah Allah masih menyelamatkan saya dan ‘tupai’. Saya tidak berniat untuk timbulkan keraguan dan masalah yang besar, tetapi hanya untuk memberitahu rakan-rakan perjuangan sekalian sentiasa berhati-hati dalam setiap masa.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” Al-baqarah 120.

Ayat diatas memberi amaran kepada semua pejuang agama supaya tidak boleh duduk dalam keadaan selesa kerana musuh sentiasa memerhatikan kita. Moga-moga peristiwa yang berlaku memberi pengajaran kepada kita semua dan setiap ujian yang menimpa akan lebih menguatkan seorang daie(pendakwah) jika kita bijak menghadapinya.

Semoga Allah sentiasa bersama orang yang benar…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Dairi. Bookmark the permalink.

8 Responses to Sabotaj, angkara siapa?

  1. ore says:

    salam..
    tok thu nak komen gapo…
    speechless ngan ayat2 yang digunakan…
    pepun, istiqamah dengan apa yang diperjuangkan…
    insyaallah, pemikir sebeginilah yang akan mendewasakan bangsa….
    amin…
    buleh tahe dop ayat ore…

  2. Farhan says:

    salam , we gawo sguh la , xoyak la dia nie beli mtor baru, nti ana nikoh ana xoyak jugak kae… kata seusrah skali ,we mudah lupa saen2 nie .hurmmm, well done ,ok fine…. jaga diri molek.

  3. Khairuddin says:

    Sabarlah.. Lama2 tertangkap juga sapa yang buat tu.. Berserah je pada Allah..

  4. matjang says:

    kite kasi mandrem skit dekat org buat dajal tu…huhu

  5. husna samat says:

    slm.
    anggap ape yg dh jd adlh ujian dr-Nya.
    yg penting mst redha dgn ketentuan Allah
    jgn mudah berburuk sangka. šŸ˜€

    insya-allah.keadilan itu tetap ada.

    wslm.
    šŸ˜€

  6. k.mira come says:

    xpo Farhan… jgn sedih2… dia xse tnjk dia ada moto baru tu…
    tkut ada ore sabo… hehe

    Ujian 1 hal.. mmg kna bsabar..
    tp petingtan bt smua jgnlah lakukan khianat/ zalim kt org lain

  7. ecoi says:

    ish2….
    sape la yg buat mber aku mcm nie…
    sbar la wan…

    nk wt guano ore sekare meme xsuko tgk ore lain lbih ckit..

    tp mmg hdup la 125z ko..
    hehehehe…
    salam…

  8. Bintu Abi says:

    SALAM
    lumrah ka tu dlm perjuangan,
    anggaplah itu satu bentuk tarbiyah dri Allah.

    tp,bkn stkt ahli MPM je yg kne saboo,
    pendokong – pendokong antum org pun kne..
    dipotong tali brek moto smpai jatuh.
    itulah sunnah org berjuang ..

    teruskan perjuangan ,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s