Gantung, usaha membunuh demokrasi…

harakah1Dua hari yang lepas kita diberitakan dua saluran akhbar alternatif rakyat malaysia ( Harakah dan Suara Keadilan ) digantung penerbitannya selama tiga bulan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan yang boleh disifatkan membunuh demokrasi yang diamalkan kerana sekarang ialah usaha untuk meliberalisasikan media yang seiring dengan negara-negara maju lain.

Saya bimbang tindakan ini akan mengeruhkan suasana politik dalam negara kerana tidak membernarkan kebebasan media kepada masyarakat. Apa yang saya fokuskan ialah berlakunya pergolakan politik mungkinpun tidak kritikal tetapi boleh menyebabkan keyakinan pelabur asing kedalam negara akan berkurangan sekiranya situasi ini berterusan.

Sekarang ini bukan zaman tertutup, tapi dunia yang langitnya terbuka tanpa sempadan. Oleh itu, berilah peluang dan kebebasan kepada media tersebut ( Harakah & Suara Keadilan ) untuk mengeluarkan berita yang saya kira sebagai ‘check and ballance’  kepada pentadbiran negara.

Sebagai mahasiswa, saya menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak bangsa kita celik pengetahuan dengan mengambil maklumat dari pelbagai sudut pandang pelbagai pihak memalui keterbukaan media di Malaysia.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

5 Responses to Gantung, usaha membunuh demokrasi…

  1. Farhan says:

    SALAM ,kerajaan pun nk gntung tgok la ari skt ,msti nk sekat kmenangan di dua bukit dan batang ai nie, mahasiswa mesti trun bersama pimpinan utk berjihad melawan anasir2 jahat ini!!!ketidakAdilan dlm sistem pemerintahan, blum nAik lagi (najib) dah tnjuk tera…

  2. Khairuddin says:

    Makin digantung, makin diboikot, makin la semua sokong pembangkang..

    Time nak undi, patutnya act cool aje dh la.. betul tak?

  3. kasturi says:

    Ye benar saudara khairuddin. Sekarang ni Tok Guru Nik Aziz mintak semua rakyat yang cintakan demokrasi agar memboikot akhbar berita harian dan utusan sebagai tanda protes. Mungkin tindakan ini saya istilahkan sebagai takut bayangan sendiri..

  4. Anak Muda Reform says:

    tindakan ini bagi mengelakkan pengundi melayu beralih untuk mengundi pembangkang…medium maklumat mereka hanya tv dan surat khabar…cina dan india, majoriti sokong kita…undi melayu masih lagi kalah..

    harapnya, tidak ada sabotaj daripada budak2 ‘negara perpaduan’…

  5. k.mira come says:

    huh… dah mbuktikan phk …… takut bayang2 sndri…
    lari laju2 pn… bayang2 tetap bsma…
    kito la kna berani.. kejar dio…. nnt lelah jgk akhirnyer…
    Kiasan tinggi tuh… harap Wan pehe.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s