FESKUM?

logo1

Selamat sejahtera kepada semua…

FESKUM merupakan program grand yang amat dibanggakan oleh semua mahasiswa Universiti Malaya. Majoriti di universiti lain, festival konvokesyen mereka diuruskan oleh pihak pentadbiran secara sepenuhnya. Ini berbeza dengan pengurusan di UM yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan FESKUM sepenuhnya secara organisasi yang profesional.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan sekalian untuk menyumbang saran bagi menamakan program konvokesyen UM untuk sesi kali ini. Sebagaimana tahun sebelumnya, program ini dinamakan Festival Konvokesyan Universiti Malaya ( FESKUM ).

Pada tahu ini kita akan menjelmakan suatu penampilan yang baru dalam FESKUM pada kali ini bermula dengan perubahan nama program.

Untuk makluman semua, pihak Jawatankuasa FESKUM 2009 telah menggariskan lima prinsip tunjang dalam menjayakan FESKUM pada kali ini. Antaranya ialah :

1. Intelektual

2. Perpaduan

3. Keusahawanan

4. Sukan & kesihatan

5. Modal Insan

6. Kebudayaan dan kesenian.

Berteraskan lima tunjang asas ini kami ingin menampilkan suatu nama baru untuk feskum pada kali ini.. Justeru saya mengharapkan buah fikiran dan pandangan sahabat sekalian dalam memacak nama baru program ini bagi menggantikan FESKUM. Sesungguhnya idea ‘sedikit’ yang diberikan akan membawa impak yang besar kepada imej universiti kita ini nanti.

( hantarkan cadangan tersebut dengan memberi komen dalam post ini )

syukran, tq, terima kasih….

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

3 Responses to FESKUM?

  1. akusebuahkisah says:

    ehm…. no idea…

    kalu word simposium menggantikan festival ok kot…
    letakla simposium… ape2 la….yg sesuai

  2. cahayamataku says:

    sekadar pandangan…rasanya nama program x penting…yg penting pengisian…agar selari dengan 5 prinsip tu..

  3. zahidahMahfuzah says:

    Assalamualaikum,
    Mewakili mahasiswa Jabatan Syariah dan Undang-Undang
    Akademi Pengajian Islam UM

    Ana memohon agar jawatankuasa FESKUM memastikan jika ada persembahan Mock Court Trial oleh mahasiswa Fakulti Undang-undang,ianya bukan satu persembahan Mock court yang meloyakan dan penuh dengan aksi lucah seperti FESKUM yang lepas.

    Jika persembahan itu di adakan lagi pada FESKUM kali ini, harapan ana agar tapisan di buat terlebih dahulu dan di pantau oleh jawantankuasa FESKUM untuk memastikan tiada unsur-unsur kuning yang memualkan pada persembahan tersebut kerana pada kami suasana kes yang di persembahkan pada FESKUM yang lepas itu bukanlah suasana dalam mahkamah yang sebenarnya.

    Bayangkan, si hakim boleh keluar ke sidang mahkamah dengan tali pinggang WWF dan cerita bermula dengan persembahan tarian yang agak lucah oleh ‘bakal-bakal peguam’ yang menyebabkan penonton tak senang duduk dari permulaan cerita lagi. Itu tidak lagi termasuk dialog-dialog yang digunakan dalam lakonan tersebut yang melampau. Selain itu, hindarkan daripada terlalu menunjukkan kejahilan agama yang bersifat menghina Islam sebagai contoh watak pendaftar mahkamah yang cepat-cepat meletakkan selendang di kepalanya bila seorang saksi yang alim di bawa masuk ke kamar mahkamah yang mana ianya mengundang gelak ketawa penonton. Ini cukup-cukup memalukan apabila orang islam sendiri yang mempersendakan agamanya walaupun ianya dalam bentuk lakonan.

    Pada ana, apa yang ada pada pemikiran seseorang itu akan diterjemahkan melalui perbuatan dalam kehidupan seharian kita. Maka apa yang berlaku itu, menggambarkan identiti dan tahap keilmuan mahasiswa itu sendiri.
    Ana dan sahabat-sahabat lain telah minta untuk berjumpa dengan pengarah mock trial tersebut ketika mock trial itu berlangsung dan minta agar di hentikan cerita tersebut tetapi oleh kerana penonton yang datang membayar tiket maka mustahil untuk cerita itu dihentikan tambah pula alasan kami bahawa cerita tersebut ada unsur-unsur kuning dan menghina agama tidak dilayan oleh pengarah tersebut dan dia hanya minta maaf beberapa kali dan berjanji ianya tidak akan berulang lagi.

    Justeru itu, kami juga tidak ketinggalan akan menjadi pemantau bagi mock court trial untuk Feskum akan datang dan tidak teragak-agak akan melakukan sesuatu jika ada unsur-unsur yang merendahkan keilmuan bakal-bakal peguam. Ini kerana persembahan itu di tonton oleh mahasiswa dari pelbagai fakulti. Jangan kan kerana setitik nila maka rosak susu sebelanga. Pastikan nilai-nilai keintelektualan yang ingin di tonjolkan pada FESKUM akan datang di terjemahkan dalam bentuk yang sebenarnya.

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s