Perlu tahu, sedar dan mahu!

100_0132

salam mutakhir.

Semalam telah berlangsung sesi dialog Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya ( MPMUM ) bersama ayahnda Naib Cancelor, Prof. Dato’ Dr Ghouth Jasmon di bilik court, canseleri. Sesi ini adalah yang julung kali diadakan selepas kami menerajui kepimpinan MPM pada  kali ini. Majlis itu turut dihadiri TNC HEPA dan semua ahli MPMUM.

Amanat yang penting disampaikan oleh ayahnda NC ialah berkisarkan kualiti daya saing graduan UM khususnya dalam menghadapi krisis kewangan global yang kian meruncing mutakhir ini. Berulang kali ayahnda NC bertanya tentang persediaan kita dalam menghadapi situasi yang mendesak ini. Adakah hanya graduan kita menunggu peluang yang dihidang oleh majikan ?

Masalah utamanya ialah berkaitan kesedaran  dikalangan mahasiswa mengenai krisis ekonomi yang belaku . Rata-rata mehasiswa kita pada hari ini kurang peka terhadap apa yang berlaku disekeliling kita. Inikan pula perkara yang berkaitan isu ekonomi. Saya boleh katakan pelajar dari fakulti ekonomi pun kurang berminat untuk mengetahui dan mendalami isu berkenaan. Bagaimana nak sedarkan masyarakat kampus?

Sebelum sedar, kita perlu tahu. Barulah lahir rasa mahu. Itu teori saifulislam ( ustaz hasrizal ). Hakikatnya masyarakat kampus tidak mengetahui kenazakan yang berlaku dalam situasi ekonomi semasa. Jika dilihat negara luar, setiap negara menganggarkan pertumbuhan ekonomi mereka berada pada angka negatif. Ini bermakna kek ekonomi semakin menguncup. Sampai bila kesannya?

Hari ini banyak negara telah mengeluarkan pekej ransangan tersendiri, yang terbaru ialah negara China sejumlah 150Billion. Namun, adakah ekonomi akan kembali pulih? Tidak semudah yang dikatakan. Suntikan dalam ekonomi hanyalah untuk menahan dan mengurangkan kesan krisis yang berlaku, bukannya dapat memulihkan keadaan.

Agak panjang lebar perbincangan kami tentang masalah ekonomi global. Namum bagi saya, kita perlu melihat krisis ini dalam skop yang lebih meluas dan mendalam. Khususnya apa yang saya ingin tekankan bahawa kita sekarang diulik mimpi yang tidak berkesudahan. Apa yang dimaksudkan ialah, orang melayu islam kita terlalu asyik dan sibuk dengan POLITIK sehingga mengabaikan tentang keperluan asas kita dalam skop kewangan.

Kestabilan sesebuah negara dinilai dalam dua sudut pandang, politik dan ekonomi. Hari ini orang melayu menguasai politik negara secara mutlaknya( dikira dari segi kepimpinan tertinggi ). Namu apa yang menyedihkan ialah orang me’layu’ islam menguasai ekuiti dalam negara hanyalah 1% SAHAJA! (angka ini diambil dari Jabatan Statistik Fakulti Ekonomi)

Walaupu Dasar Ekonomi Baru (DEB ) menekankan penguasaan ekuiti orang melay adalah pada tahap 30%, namum setalh 20 tahun dilaksanakan, ekuiti kita hanyalah 20%. Mana Selebihnya? 20 % ini adalah termasuk pegangan ekuiti orang melayu dalam syarikat kerajaan ( Goverment Link Company ). Jika ditolok, ekuiti orang melayu hanyalah 1% sahaja. Mana ke’tuan’an melayu? Dimana tirisnya dasar DEB? kemana hilangnya peruntukan yang disalurkan ? Fikir-fikirkanlah sendiri.

Sungguh menyedihkan kerana pengetahuan dan kesedaran tentang perkara ini amat meleset. apa tindakan kita?

Bangun dan sahutlah seruan untuk menyiapkan diri dalam menghadapi penyakit kanser ekonomi yang semakin merebak ini. Tahu, sedar dan mahu adalah sifir penting untuk menyediakan mahasiswa kita dalam menghadapi setiap isu yang mendatang.

Wassalam.

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Pengarah FESKUM 2009.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s