Mesyuarat PRK…

Salam kemerdekaan… ( merdeka lepas exam )

Sepatutnya post ini dibuat minggu lepas, namun apakan daya masa mengekang diri untuk berbuat demikian. Jadual peperiksaan ini juga padat sama macam sem lepas. Namun apa jua rintangan, perjuagan mesti diteruskan!

Pada 13-15 April lepas saya telah menghadiri mesyuarat penggubalan peraturan pemilihan MPP IPTA. Mesyuarat itu diadakan di Hotel Royal Bintang, Seremban.( hotel lima bintang tu, takut jugak nak masuk, maklumlah orang kampung katakan, hehe ). Ahli mesyuarat adalah daripada pegawai perundangan dan HEP daripada semua IPTA dan 4 orang wakil MPP ( UM, UIA, UiTM, UKM )

PERBINCANGAN

Agenda mesyuarat pada kali ini adalah berkisarkan peraturan yang akan digunapakai oleh semua IPTA Malaysia dalam melaksanakan pilihanraya kampus ataupun pemilihan( nama baru menggantikan pilihanraya ). Peraturan yang digunapakai adalah daripada Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dijadikan rujukan untuk penggubalan ahli mesyuarat.

Beberapa perubahan yang dibuat yang mungkin saya boleh maklumkan dalam blog ini adalah:

1. Semua mahasiswa IPTA ( ijazah pertama, master, Phd ) layak menjadi calon dan pengundi

2. Tarikh Pemilihan akan diselaraskan ( semua IPTA akan mengundi pada tarikh yang  sama )

3. Tempoh memegang jawatan MPP adalah setahun ( tidak boleh kurang ) dan beberapa lagi perubahan yang dibuat.

PERBUALAN

Selesai sahaja mesyuarat sesi malam, saya sempat juga diajak berbual oleh seorang pegawai KPT. Persoalan pertama yang ditanya ialah, ” kenapa pilihanraya kat UM ‘panas’? ( agak ‘panas’ jugak soalan ni ) Saya menjawab dengan selambanya, ” kat UM ramai mahasiswa ‘sedar’. sebab itu mereka bangkit menuntut hak dan kebebasan mereka, khususnya dalam pilihanraya “.

Pegawai itu mengangguk sahaja jawapan saya. soalan kedua terus diajukan, ” kenapa ye kat UM ada pembawakan idea politik pembangkang dalam pilihanraya ?” ( soalan maut nie…hehe ). Saya kata, ” mahasiswa UM tidak berkiblatkan parti politik luar, mereka ada idealisme tersendiri. Cuma, bilamana idealisme itu cuba diterjemahkan, maka mereka dicop pembangkang. ini tidak adil. Mahasiswa ada idealisme yang bebas dan terbuka, bukannya mahasiswa yang pengampu dan ‘pak angguk’ sahaja. itu yang cuba dibawa mahasiswa kat UM”..

Agak panas juga perbincangan saya pada malam itu. Banyak lagi soalan dan isu yang kami bincangkan berdua. Respon yang diterima daripada pegawai tersebut cukup positif dan terbuka. InsyaAllah, adalah hikmah dan perubahannya nanti.

KESIMPULAN

Apa yang saya suarakan kepada pihak KPT adalah pemilihan MPP di semua IPTA mesti dipantau secara teliti agar tidak berlakunya kebocoran wang aktiviti pelajar yang disalahgunakan untuk kepentingan ‘kumpulan’ tertentu sahaja dalam universiti.

Alhamdulillah respon yang diterima cukup positif dan KPT akan sentiasa berhubung dengan MPP bagi menyelesaikan masalah ketirisan dan kebocoran yang berlaku dalam pemilihan MPP.

Saya harapkan perubahan yang dibawa oleh KPT disambutbaik oleh pihak univesiti dan mehasiswa seterusnya.

Mesyuarat ditangguhkan untuk disambung pada bulan Mei nanti.

100_0167ahli mesyuarat pada hari terakhir

100_01641
bilik mesyuarat

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Mesyuarat PRK…

  1. mmmmm says:

    salam islamisasi..
    mmmmmmmmmmm
    daaaa

  2. kakak comel says:

    hmmm bijak mjawab soalan yee…
    teruskan….
    ni bru medan permulaan… nant nk jwb psoalan ‘rakyat’ Malaysia plak… hik2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s