Mukhayyam Araby

salam rindu buat semua.

Agak lama tak berkarya dalam sawang ini. Mungkin agak sibuk sedikit dengan urusan tertentu. Moga setiap urusan yang dilakukan dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, insyaAllah.

Dalam beberapa hari yang lepas saya sempat menjadi fasilitator untuk program mukhayyam arabi yang diadakan di Maktab Mahmud Pendang. Program ini dianjurkan oleh oihak sekolah dengan mengambil A&A conultant sebagai perunding program. Alhamdulillah saya turut menjadi salah penggerak dalam program tersebut.

Walaupun pada awalnya agak beku dan kaku sebab orentasi program ini adalah bahasa arab ( sebab dah lama tinggalkan bahasa arab ), namun program ini menjadi medan untuk saya belajar semula bahasa arab yang sudah lama ditinggalkan.

Bahasa arab merupakan bahasa percakapan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Mungkin ramai yang tidak menyedari kepantingan belajar bahasa arab dalam hidup mereka. Jika ditanya kenapa belajar bahasa arab, ramai menjawab kerana bahasa arab adalah bahasa Al-quran, bahasa pertuturan ahli syurga dan bahasa nabi Muhammad. Ini memang telah dijelaskan oleh nabi dalam hadis baginda. Namun apakah implikasi dan impaknya dalam dunia kita sekarang?

Persoalan itu yang saya timbulkan supaya kita memandang bahasa arab ini bukan sekadar sebagai ilmu sampingan tetapi menjadi sebagai perkara asas dalam hidup kita. Hujah utama dalam penguasaan bahasa arab dalam kehidupan kita ialah terutamnya bagi ummat islam ialah kerana banyak ilmu islam lahir dari negara arab dan kebanyakan sumbernya datang dalam bahasa arab.

Perkara ini menjadi suatu faktor utama untuk orang islam belajar bahasa arab, antara lain sebagai suatu formula untuk kita khusuk dalam solat dengan cara kita memahami setiap makna ayat yang dibacakan dalam solat. Banyak lagi kepentingan kita mempelajari bahasa arab sebagai suatu aset penting sebagai seorang muslim.

Semoga program mukhayyam araby seperti ini dapat diteruskan agar kesinambungan bahasa agung islam ini dapat dimajukan dan diserapkan dalam diri kita semua.

29052009047bergambar kenangan: dari kiri ( saiful, saya, ust nazmi, penceramah PMR,  ust syauqi bik, ust lutfi,penceramah SPM , ust faris )

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

4 Responses to Mukhayyam Araby

  1. nur says:

    salam..
    mengenai kelebihan pelajari bahasa arab ini,..
    ana sbnrnya dhaif sgt2 dlm bahasa arab..
    dipendekn crita, baru2 nie, ana terlibat dgn 1 prgrm,bwh satu consultant..
    ana jd fc, kmi diberi amanat utk bgtau adik2 nie kelebihan surah al-Fatihah..
    ALHAMDULILLAH..ana bersyukur sgt..dpt ana terangkan kat adik2 nie kelebihan surah ini..
    dan bgtau mrk mksud2 bg stp ayat dgn jelas dan byk2 persoalan2 yg berkaitan dpt ana jwb..
    bersyukur..ana antara golongan yg mempelajari bahasa AL QURAN..dan dpt dikongsi pd adik2 nie..
    erti hidup pada memberi…

  2. ewan89 says:

    tahniah dan teruskan usaha akh.. nti boleh mendalami bahasa arab, tapi mesti ada minat yang mendalam. ana pun dalam usaha nak mempalajari semua bahasa agung ini.

  3. kakak comel says:

    hmmm terasa la pulak…
    al-maklum bhsa syurga ni smkin terhakis dipukul ombak kemalsan..
    punyerlah dlu ‘terer’ BA, takallam BA…
    kna usaha lbih ni…. huhu

  4. afifah says:

    assalamualaikum…
    abg syazwan..teroskn je perjuangan..
    nnt buat la lg mukhayyam araby kat smkss…
    pekse p’tghn thn sye fail arab..
    sedey…tp sye arap,abg syazwan,abg saiful,n abg wan doa kan kteorg pandai arab,eh…
    minx2 la dpt kptsn yg cmrlg for next exam…AMIN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s