Merdekakan Ekonomi Negara

salam perubahan.

pres_parlimen1Saya tertarik untuk membincangkan tajuk yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang iaitu ” memerdekakan ekonomi negara “. Suatu idea dan gagasan yang sangat bernas dan tuntas untuk diperbincangkan dalam dalam suasana ekonomi semasa.

Kita sedia maklum bahawa sistem ekonomi yang negara amalkan adalah sistem ekonomi campuran yang menggabungkan dasar sosialis dan kapitalis. Sistem yang diamalkan sekarang mempunyai banyak kesan positif dan negatifnya. Tetapi saya tidak bercadang untuk membincangkan implikasi tersebut.

Perkara utama yang ingin saya sentuh ialah sistem dunia sekarang menjadikan nilai matawang dolar sebagai kiblat utama dalam urusan seharian kita. Besar sangatkah kusasa dolar? itulah yang menjadi persoalan utama sekarang.

Kita sekarang dipenjarakan oleh penguasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat dengan sistem pertukaran matawang asing. Sering kita dengar di media massa berkaitan dengan komoditi barangan ekonomi yang dinilai dengan pertukaran matawang dolar. Contohnya harga minyak setong mesti akan dinilai dalam pertukaran dollar. Itulah keadaannya sekarang.

Sebenarnya kita sering terperangkap dengan sistem tersebut kerana terlalu mengagungkan nilai negara diktator tersebut. Bilamana kita menjadikan nilai dolar sebagai panduan utama, maka permintaan terhadap matawang dolar akan bertambah dan akan menyebabkan nilai dolar akan sentiasa meningkat.

Suatu yang penting perlu kita tahu ialah riba adalah amalan utama bagi negara-negara kapitalis. Mereka mencetak dan mengeluarkan wang dolar dalam kondusi yang tidak terkawal. Bank dan instutusi kewangan di negara kapitalis memberikan pinjaman kepada pengguna dengan mudah dan cepat kerana ‘perniagaan’ utamanya ialah ‘membungakan’ duit-duit yang dipinjam.

Sehinggalah pada masa sekarang bunga yang dihasilkan melebihi jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan akhirnya peminjam tidak berupaya dan mampu membayar balik pinjaman tersebut. Perkara tersebut menyebabkan syarikat gergasi di Amerika Syarikat seperti Lehman Brother muflis.

Kesimpulannya, amalan riba dalam ekonomi negara dan dunia sekarang merupakan sesuatu yang biasa dan akhirnya akan ‘ membinasakan ‘ masyarakat sebenarnya. Itulah yang berlaku sekarang dan seterusnya sekiranya amalan riba dan mengagungkan matawang dollar diteruskan, maka ekonomi negara akan semakin menguncup dan hancur.

Oleh itu, saya sarankan kepada pihak kerajaan dan yang berkuasa agar kembalikan sistem negara kepada sistem ekonomi Islam yang sememangnya cukup sempurnya dan aliran kewangannya mengakar dan menyeluruh kepada semua masyarakat.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s