Kerajaan akhirnya ‘tunduk’…

ppsmiDasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu – mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

– malaysiakini –

Ulasan:

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kabinet kerana membuat keputusan yang berani demi menjalga kelangsungan pendidikan anak bangsa kita. Sememangnya ada pro dan kontra terhadap tindakan tersebut, namun dari sudut kepentingan dalam jangkamasa panjang, keptusan tersebut sangat bertepatang sekali.

Namun, mungkin juga faktor pilhanraya kecil Manek Urai menjadi penyumbang untuk kerajaan bertindak sedemikian. Disebabkan pengundi melayu di kawasan tersebut seramai 99.2%, ini boleh menjadi bahan kempen kepada pihak kerajaan bagi memastikan rakyat beralih arah menyokong kerajaan. Bagaimanapun, saya yakin dan percaya penduduk Manek Urai bijak dan cerdik untuk memilih pemimpin mereka.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kerajaan akhirnya ‘tunduk’…

  1. Kurnia says:

    PPSMI..suatu isu yg harus kita lihat dari kaca mata seorang pelajar sekolah..kerana mereka yg menerima polisi dan dasar tersebut..1.Apakah objektif sebenar PPSMI .Adakah ingin menigkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris semata-mata atau meningkatkan kemahiran matematik dan sains yg diajar dlm bahasa ingggeris..2..Mengapa sains dan matematik? mengapa bukan sejarah atau atau subjek lain…Kebanyakan pelajar sukar mempelajari subjek sains dan matematik.Tambahan pula dlm bahasa inggeris. Jadi mengapa perlu menambahkan beban mereka..Jika mahu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, mengapa tidak menukar cara pengajaran b.i disekolah agar lebih mudah dan difahami oleh pelajar dikota atau pun desa..Contoh kelas2 b.i di Universiti lebih mudah dan seronok berbanding disekolah..Kemajuan sesuatu negara bukan bergantung kepada bahasa asing. Jepun, korea mampu maju dengan bahasa ibunda mereka..Apa yg penting kita fikirkan ialah sama ada keadaan menggalakkan bahasa melayu menjadi bahasa yang besar atau tidak..Ini bukan bergantung kpd bhasa shj tp bgaimana kita berfikir.

  2. kasturi says:

    ye.. benar tu. kerajaan melaksanakan dasar ini bersifat “top to down” yang menyebabkan masyarakat bawahan tidak dapat menerima keadaan tersebut.

  3. Kurnia says:

    smbungan…Lebih banyak mengulangi ilmu dan maklumat yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mencipta apa-apa ilmu dalam bahasa sendiri…Ini bukan masalah bahasa (Melayu/ Inggersi)tetapi masalah sosiologi dan politik kepimpinan melayu ,masalah mutu pemikiran ,masalah sistem dan pengurusan ekonomi negara, masalah pendidikan dan faktor2 lain yang boleh mempengaruhi secara -ve atau +ve..

  4. kasturi says:

    saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut. kita sepautnta menjunjung tinggi nilai ilmu itu sendiri tanpa mengorbankan bahasa dan bangsa..

  5. kurnia says:

    1.Tambang pengangkutan naik…Apa tindakan mpmu????????..Nasib pemandu teksi dibela..Bagaimana pula nasib pelajar???

    2. Isu kegagalan pelajar (tahun 2) mendaftar subjek …Apa tindakan anda?? ..Contoh pelajar2 FEA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s