Kenaikan Tambang Membebankan

teksi

KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

KESAN KEPADA MAHASISWA

Kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awam tersebut adalah sesuatu yang membebankan khususnya bagi mahasiswa di kampus. Kesan yang teruk yang akan dirasa ialah mahasiswa UM. Ini kerana taraf hidup yang tinggi dan kuasa beli yang rendah. Ini akan menyebabkan mahasiswa akan mengalami masalah kewangan sepanjang semester yang panjang.

PELUANG

Sepatutnya pihak kerajaan juga perlu menyediakan rebet @ subsidi kepada golongan mahasiswa bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung. Memandangkan jumlah pinjaman yang diberikan tidak mencukupi kerana bayaran yuran kolej kediaman dan pengajian yang agak tinggi, maka mahasiswa perlu mencari alternatif sendiri untuk menambahkan sumber kewangan. Antara cara yang boleh membantu ialah :

1. Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN dengan jumlah yang lebih berdasarkan alasan dan sebab tertentu. Maklumat lanjut boleh menghubungi unit biasiswa dan pinjaman di pejabat HEP.

2. Pihak universiti juga telah menyediakan skim pinjaman universiti yang jumlah RM2000  bagi setiap semester. Keterangan lanjut juga boleh didapatkan di pejabat HEP.

3. Bidang keusahawanan juga terbuka. Kepada mahsiswa yang berminat untuk bekerja secara ‘part time’, bolehlah berhubung terus dengan Pusat Niaga Siswa di bangunan E kompleks perdana siswa untuk selanjutnya.

Itu adalah antara peluang yang ada untuk mengurangkan beban dan masalah kewangan yang dihadapi dalam waktu kenaikan harga tambang dan barangan yang lain. bagi pelajar tahun satu, jimatkan perbelanjaan anda. Jangan jadi kelabu mata bila lihat duit PTPTN masuk, nanti akhir sem makan maggi je…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in ekonomi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s