UM kInI

Salam muhasabah. saya mulakan dengan satu peringatan kepada semua dengan menghayati sepotong ayat al-quran yang bermaksud ” tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKU “. hayati dan fahamilah maksud ayat berkenaan untuk kita bermuhasabah supaya kita tidak lari dari landasan yang betul.

Saya ingin  mengulas beberapa isu yang berlaku dalam Universiti Malaya sejak mutakhir ini..

1. Kematian Tan Kian Chong

tanSaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan yang ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16 Apartmen Vista Angkasa. Mayat dikatakan ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan. MPMUM telahpun menyampaikan sumbangan kewangan kepada adik Tan yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( MPMUM )

Sebarang pekembangan tentang isu ini akan saya maklumkan kemudian.

2. Isu Polisi Kenderaan

Saya menerima aduan dan rintihan daripada ramai mahasiswa tentang polisi baru yang dilaksanakan oleh Naib ncCanselor, Dr Gauth Jasmon. Dasar tersebut membenarkan semua pelajar untuk membawa motosikal kedalam kampus. Sebelum ini hanya pelajar tahun 2 dan ke atas sahaja dibenarkan untuk membawa motosikal, namun atas permohonan dan cadangan daripada MPMUM, semua pelajar dibenarkan untuk membawa motosikal.

Selain itu, pelajar tahun 4 dan keatas dibenarkan untuk membawa kereta kedalam kampus dengan mendapatkan stiker dari pejabat keselamatan. Inilah yang menjadi isu utama yang dibincangkan oleh mahasiswa khususnya dalam Dialog bersama NC pada baru-baru ini.

Namun saya melahirkan kekesalan kerana Dialog Bersama NC menimbulkan susana yang tidak positif kerana sikap mahasiswa bersikap terlalu menyerang dan menetang. Sepatutnya mahasiswa perlu melontarkan idea dan pandangan yang bernas untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun saya dan MPM yang lain tetap komited untuk memperjuangkan isu tersebut sehinggalah suatu keputusan baru dibuat.

Harap semua mahasiswa dapat bersabar dan sentiasa positif dan responsif terhadap sebarang isu.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Dairi. Bookmark the permalink.

One Response to UM kInI

  1. Goh Han Koon says:

    Satu jawatankuasa khas harus ditubuhkan atas tujuan menyelesaikan masalah tertentu. Cthnya Jawatankuasa Kerja Kesihatan, J/K isu keselamatan, J/K isu perancangan Trafik Kampus.

    Kita harus keras tenaga selurus kampus serta membolehkan mahasiswa menggunakan kepakaran mereka utk menyesaikan masalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s