‘ Hadiah ‘ merdeka..

minyak1Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam sekali lagi megejutkan rakyat dalam keadaan kita bergembira menyambut kemerdekaan yang ke-52. Kenaikan harga minyak disebabkan penukaran RON92 yang sangat kecil penggunanya kepada RON95. RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

Pada ketika ini, harga pasaran minyak dunia adalah diantara USD69-USD71 dan tidak menunjukkan tanda-tanda kenaikan. Keadaan ini menggambarkan bahawa kerajaan cuba memanipulasi rakyat dengan cara yang sangat teknikal dengan menukar jenis RON yang digunakan, sedangkan RON92 yang sebelum ini sangat minoriti penggunanya. Sepatutnya Malaysia yang juga antara pengeluar minyak dunia patut memberi harga dan kualiti minyak yang berpatutan kepada rakyatnya.

Dalam masa yang sama juga, kerajaan turut mengurangkan  tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengangraf_minyak_naik pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter. Sepatutnya kerajaan mengekalkan jumlah subsidi yang diberikan supaya rakyat dapat menerima harga minyak yang lebih murah dan berpatutan.

Sekiranya subsidi yang dikurangkan itu dapat memberikan penjimatan kepada negara, maka pihak kerajaan patut menyenaraikan senarai insentif dan bonus kepada rakyat hasl daripada pengurangan kadar tersebut agar wang peruntukan yang dikeluarkan itu tidak digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan rakyat dikala waktu suasana menjelang aidilfitri yang bakal menjelang. Sesuatu yang perlu dipersoalkan ialah kenapa kenaikan ini berlaku pada waktu masyarakat sedang membuat persiapan untuk menyambut aidilfitri dan sudah pasti akan menjejaskan perbelanjaan masyarakat pada waktu yang sama.

Justeru, pihak kerajaan sepatutnya menimbal kembali keputusan yang dibuat bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan bagi memanifestasikan slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan “

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in ekonomi. Bookmark the permalink.

4 Responses to ‘ Hadiah ‘ merdeka..

  1. AnTakTau says:

    1. “Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam sekali lagi megejutkan rakyat dalam keadaan kita bergembira menyambut kemerdekaan yang ke-52.”

    “Sesuatu yang perlu dipersoalkan ialah kenapa kenaikan ini berlaku pada waktu masyarakat sedang membuat persiapan untuk menyambut aidilfitri dan sudah pasti akan menjejaskan perbelanjaan masyarakat pada waktu yang sama”

    Ini sangat tidak benar. Ini dakyah pembangkang semata. Buktinya, link ini http://paultan.org/2009/06/08/ron95-is-coming-soon-are-you-prepared/
    Ia bertarikh 8 June 2009!!! Sudah lama perkara ini diberitahu…. Cuma rakyat yang tidak baca surat khabar sahaja tidak tahu. Fakta itu penting, jangan main cakap sahaja.

    2. Kemudian link ini
    http://paultan.org/2009/06/17/chevron-explains-ron95-octane-fuel/

    Secara ringkasnya, RON paling tinggi di Amerika ialah RON95. Tapi Malaysia kan pengeluar minyak, kaya, jadi pakai juga RON97.

    Sebenarnya, kebanyakan kereta boleh bergerak dengan hanya guna RON95 (terutamanya kereta-kereta Proton). Cuma rakyat negara ini tak pernah ambil tahu, sebab minyak kan murah, negara pengeluar minyak kan…

    Jadi adalah menjadi satu pembaziran jika guna RON97 sedangkan boleh pakai RON95 (membazir amalan syaiton).

    Cuma satu sahaja peringatan, jangan campur RON95 dan RON97 (jika hendak tukar lah). Kenapa? sila baca di link tersebut.

    3. Kadar simpanan minyak di Malaysia semakin sedikit. Dijangka 2020, simpanan minyak (crude oil) akan habis. [sila rujuk RMK 9, Chapter 19, perenggan 19.07].

    Apa sumber pendapatan Malaysia ketika itu? Malaysia hendak bergantung kepada sumber apa pula?

    Tujuan kerajaan menaikkan harga minyak ialah untuk mengajar rakyatnya situasi yang perlu ditempuhi satu hari nanti. Kerajaan tidak mahu rakyatnya di manja (pampered), dan tidak mengetahui situasi sebenar negara.

    Pembangkang hanya merosakkan (particularly, PKR) ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Jangan mudah tertipu

    Sila fikir kesannya as a whole and future. Bukan fikir kesenangan sekarang sahaja.

  2. AnTakTau says:

    saya bersalah pada

    Secara ringkasnya, RON paling tinggi di Amerika ialah RON95. Tapi Malaysia kan pengeluar minyak, kaya, jadi pakai juga RON97.

    sepatutnya, RON paling banyak diguna di Eropah ialah RON95.

    Sila rujuk sini

    http://paultan.org/photo/Chevron-RON95-Presentation/10.png.php

  3. ewan89 says:

    terima kasih saudara AnTakTau. sangat berfakta.

    1. Betul kerajaan dah maklumkan kenaikan harga tersebut, namun kenapa MENIPU rakyat dengan menaikkan harga tidak sebagaimana yang diwar-warkan dan dijanjikan? apa kata pak menteri sebelum ini :
    “We will introduce RON95 by June or July. RON95 is about 10 sen to 11 sen cheaper than RON97. RON92 is currently priced at RM1.70. We will price RON95 at about the same,”

    ingat, 5 sen cukup bermakna bagi rakyat..

    rujukan : http://malaysiakini.com/news/111787

    2. Betul simpanan akan berkurangan. Saudara merujuk RMK-9 yang sememangnya ‘out of date’. cuba lihat fakta ini :

    “PETRONAS memiliki rizab minyak dan gas berjumlah 27.02 bilion tong setakat 1 Januari lalu, meningkat 2.5 peratus daripada 26.37 bilion tong tahun lalu. Peningkatan itu sekali gus meningkatkan nisbah penggantian rizabnya kepada 1.8 kali, iaitu antara yang tertinggi dalam industri minyak global. Daripada jumlah itu, rizab milik Petronas di luar negara adalah 6.84 bilion tong, meningkat 9.6 peratus daripada 6.24 bilion tong tahun lalu, manakala rizab dalam negara pula adalah 20.18 bilion tong, naik 0.2 peratus daripada 20.13 bilion tong ”
    sumber : http://matlamat.com/blog/2009/06/simpanan-minyak-gas-petronas-2702-bilion-tong/

    mana berkurangnya?

    3. Dato’ Ismail Sabri yang juga merupakan menteri yang bertanggungjawab telah menyatakan bahawa harga minyak dunia akan meningkat sehingga USD80 setong sehingga Ogos lepas, namun kenyataan itu hanyalah tipu semata-mata.
    rujukan :
    http://www.oil-price.net/

    3. Royalti minyak di persisiran pantai Kelantan masih belum berjawab? kenapa sanggup bayar royalti kepada negara asing semata-mata ingin MENDERA rakyat Kelantan atas dasar politik? Saya selaku anak sejati Kelantan tak sanggup diperbodohkan oleh sentimen politik semata-mata.

    4. Jangan jadi tertutup, kerajaan bukannya tidak pandai mencari hasil. Keuntungan Pertornas berbilion ringgit itu juga dilaburkan dalam pasaran petroleum diluar negara. Berapa banyak hasil daripada itu??

  4. AnTakTau says:

    1.Soalan No.1 dan No.4, sepatutnya saya tidak boleh jawab kerana sudah diluar perbincangan tajuk anda…. Anda mempersoalkan “Hadiah Merdeka” yang seolah-olah tidak diberitahu oleh kerajaan kenaikkannya sebelum ini. .

    Saya berharap, fakta di laman web yang anda nyatakan di No.2 itu sahih, dan berasal dari pihak Petronas atau kerajaan sendiri.

    Saya agak kelakar dengan No.3 kerana anda sendiri menaip “harga minyak dunia AKAN meningkat”… Sekiranya anda baca akhbar diluar negara, mereka MENJANGKAKAN, MENGUNJURKAN harga minyak boleh mencecah sehingga USD200 kerana dek kesan permainan pasaran niaga hadapan peniaga yahudi.

    2. 2.5 peratus? Diulangi, 2.5 peratus?? Meningkat 2.5 peratus. Berapa banyak sangat kah 2.5 peratus itu? Untuk berapa tahun ia bertambah? 50 tahun untuk 2.5 peratus? Mungkin murid darjah 5 boleh tolong jawabkan.

    Saya akui, Allah masih sayangkan Malaysia. Hassan Merican sendiri cakap perkara ini. Ini kerana dari masa ke masa, oil reserve Malaysia meningkat kerana penemuaan terbaru. Tetapi tidaklah jumlahnya besar sehingga memberikan kesan kepada JANGKAAN di RMK-9.

    3.
    Berikut ialah senarai keuntungan Petronas, selain dari produk oil dan gas berasaskan Annual Report Petronas 2006 (saya tak sempat download yang baru)

    Shipping 4.9billion
    Properties 1.9billion
    Others 5.6billion

    Kalau pikir logik pun Shipping pun majoriti angkut minyak dan gas milik Petronas (mewakili 80%)… Kalau gas dan minyak tiada, apa jadi?

    International Operation mewakili RM56.6 billion. Tetapi saya kurang pasti, sampai bila Petronas mendapat hak menyedut minyak dinegara-negara tersebut. Yang pasti, ia bukannya lama dan terhad kepada blok-blok tertentu sahaja.

    Peningkatan hasil dan jualan Petronas baru-baru ini juga dibantu dengan kenaikan harga minyak, bukannya pendapatan sampingan lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s