E-voting suatu keraguan

Salam ramadhan.

Seluruh gerakan mahasiswa di semua IPTA sedang bersiap untuk menghadapi pertempuran yang sepatutya berlandaskan prinsip demokrasi, iaitu pilihanraya kampus ( PRK ) yang dijangkakan dalam beberapa bulan sahaja lagi. Pelbagai strategi dan persiapan telah diatur bagi memastikan kemenangan masing-masing dalam PRK kali ini.

Namun terdapat sedikit kelainan yang akan berlaku di UM ialah penggunaan sistem e-voting yang telah diaplikasiakn di IPTA yang lain. Kenapa UM perlu mencedok dan meniru cara dan teknik universiti lain sedangkan kita boleh sahaja untuk meneruskan sistem manual?  Mana istilah ” The Leader in Reasearch and Innovation ” yang dibanggakan sebelum ini kalau hanya kita meniru pakai sesuatu yang telah dilaksanakan ditempat lain?

e-voting-kioskAda beberapa persoalan yang timbul dengan pelaksanaan sistem e-undi.
1. Adakah undi anda rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?

Adakah undi anda rahsia?

Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

e-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang dihantar oleh pengguna di-encrypt ke bentuk yang tidak boleh dibaca oleh orang luar. Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.

3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?

Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada makanisme disaste5-23-07-no-evoting-floridar recovery dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery mestilah singkat. Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e-undi adalah kritikal.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-undi.

Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem e-undi pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem e-undi yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.

Ketelusan dan kerahsiaan sistem ini dipertikaikan kerana ada kelompangan dan kebocoran yang berlaku. Apa salahnya kita menggunapakai sistem manual yang lebih praktikal dan boleh menjadi medan latihan awal bagi mahasiswa sebelum terlibat dalam kancah Pilihanraya Umum diperingkat nasional. E-voting hanya menguntung pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP sahaja kerana ia menyenangkan urusan mereka, sedangkan mahasiswa tidak berpuas hati dengan sistem yang digunakan.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

9 Responses to E-voting suatu keraguan

  1. matjang says:

    data tu siap boleh detect lagi sapa undi siapa…ni smua agenda nak jamin kemenangan aspirasi

  2. ewan89 says:

    sememangnya sudah terbukti kebocoran yang berlaku….

  3. confius says:

    knapa bila sesuatu perkara timbul , semua dianggap agenda aspirasi.Seolah- olah pihak sebelah sana dianggap suci.Cuba fikir sebelum bercakap dan tidak memfitnah membabi buta

  4. mohdhafizan says:

    ini kerana selagi aspirasi tidak bertanding scr bersendirian, selagi itulah sebelah pihak lagi akan menuduh ia adalah tancangan utk memenangkan aspirasi

    saudara yang konfius ini harus perhalusi bbrp cadangan utk mengubah minda mahasiswa terhadap aspirasi

    1. bukak pintu kolej utk kempen…tidak ada double standard dgn tidak membenarkan calon pro-M berkempen…

    2. kolej kediaman harus dipisahkan oleh aspirasi…sepatutnya dua bidang yang berlainan…calon aspirasi x perlu dibantu oleh kolej kediaman, master kolej kediaman dan penyelia

    3. batalkan BBQ atau jamuan bersama TNC dan calon aspirasi lain

    4. jgn kuarantin calon aspirasi di hotel menggunakan nama UM…hotel ditempah atas nama UM bukan aspirasi..

    5. tidak perlu menerima sumbangan t-shirt, topup, rokok, dan pocket money utk seluruh jentera dan calon aspirasi darpipada UM(HEP), dan kolej kediaman.. jadi t-shirt smua buat sendiri

    kalau perkara di atas berlaku, 2 puak akan menghadapi pilihanraya dgn tenang…ideologi masing2 akan dpt dinilai oleh mahasiswa

  5. confius bercampur baur says:

    tapi jika dilihat dari kaca mata saudara memang begitu …pihak sebelah sana juga dibantu oleh parti politik luar…tiada double standard dikenakan terhadap calon ,kerana semua calon mendapat hak yang sama ….tetapi kita mempunyai prosedur dan juga undang2 …jadi perlu ada kelulusan…sedangkan sebelah pihak bertungkus lumus mendapatkan kelulusan dripada pihak atasan…pihak sebelah lagi
    menggunakan cara extrem utk berkempen …
    Pihak kolej kediaman sebenrnya tidak memihak kepada mana2 parti …kerana jika dilihat calon pro-m juga ada drpada bekas jik/jtk kolej kediaman …jadi tidak timbul isu kolej kediaman memihak kepada aspirasi dan jika dilihat aspirasi memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan cara yang berprosedur dengan mengikut flow2 yg betul …dan bukan terus mengadakan demonstrasi ….
    walau apa pun yg dilakukan .aspirasi seperti juga pihak pro-m membuat semua program dengan menggunakan tajaan yg diperolehi bukan menggunakan duit hep..mana bukti yg menunjukkan aspirasi menggunakan duit hep….

  6. Putih says:

    Kalau pro-m menang pn apa yang nk dilakukan lg? makin ramai kena buang kolej ada la.Kebajikan pelajar mcm pganggkutan tetap sama mcm dlu. Bukan nk tolong, bagi alasan lg ada la. Ini ke kebajikan yang yg dilaung2 kan? Ingat!! awk tu klu kami mahasiswa x undi dlu x akan berada pada tahap sekarang ni. Bila2 masa je kami boleh jatuhkan. Waktu berada dipuncak ni jenguk2 la ke bawah..

  7. hafizuddin says:

    sistem ini akan mendedahkan kpada penyelewengan undi.Harap mppum terus mendesak nc agar sistem ini dihapuskan atau dilaksanakan dengan lebih demokratik dan sistematik..

    HIDUP MAHASISWA UM

  8. ewan89 says:

    terima kasih atas komen yang diberikan.. maaf kerana agak sibuk dan tak sempat untuk menguruskan blog ini…

    confius bercampur baur :
    Saudara bercakap semacam pihak pentadbir. Tiada double standard kepada calon, kebebasan diberikan…. Saudara tidak cukup maklumat untuk berkata demikian. Saya tahu apa yang berlaku dan pernah mangalaminya kerana saya juga pernah bertanding.
    Saya sendiri pernah dapat kelulusan untuk berkempen, namun dihalang oleh pihak-pihak tertentu untuk berkempen.
    Saudara, semua calon Penggerak Mahasiswa adalah calon tajaan HEP. Mereka dikuarantin di hotel mewah pada malam sebelum penamaan calon.
    Bayar duit sape hotel mahal-mahal ni?
    kalau x percaya, tanya calon pengerak yang menang. ada pegawai HEP sekali yang jaga mereka..

    Putih : Isu kena buang kolej bukan urusan MPMUM. Ia adalah tindakan double standard pihak kolej sendiri. Untuk makluman, MPMUM pro-m sendiri tidak diberikan kelayakan untuk dapat kolej kediaman, walhal dia merupakan bekas Setiausaha JTK.. Isu pengangkutan, saudara kena tengok secara skop yang lebih luas. Kami memperjuangkan isu bas sudah sekian lama. Sehingga sekarang, ada sedikit perubahan yang berlaku hasil desakan oleh pihak pelajar. Dialog pun pernah diadakan, namum pihak HEP tidak membenarkan untuk dialog itu diadakan secara terbuka kerana alasan-alasan yang saya tak boleh terima. Sekarang ini, bilangan pemandu bas pun sudah ditambah dan jadual kekerapan bas pun di perkemaskan. saya rasa saudara ni x naik bas kot..

    hafizuddin :Kita memang sedang mendesak pihak HEP untuk tidak mengadakan sistem berkenaan. Untuk makluman, sistem e-voting pernah ditolak oleh Amerika Syarikat dalam pemilihan presiden mereka pada tahun 2004 kerana tidak dipercayai ketelusannya. Mungkin saudara Hafizauddin boleh merujuk isu ini dengan masalah dalam hukum Islam kerana sistem ini mempunyai gharar( keraguan ) kerana saya percaya saudara yang juga pelajar Universiti Al-azhar boleh mengkaji sistem ini dalam skop pandang Ialam.. kalau dalam Islam, setiap yang gharar itu tidak boleh digunakan..

    banyak artikel berkaitan isu e-voting ini, saya cadangkan untuk merujuk laman-laman berkenaan untuk percambahan idea :
    http://www.opendemocracy.com
    http://www.mahasiswamerdeka.blogspot.com
    http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/09/15/ini-e-voting-bukannya-afundi-um-pendekar-mustar-moden/

  9. ehm.. pengalaman di kampus banyak mengajar.. bukan tidak percaya pada pentadbiran.. tetapi apabila pihak pentadbiran kerap kali melakukan sesuatu yg menghilangkan kepercayaan.. susah juga mahasiswa hendak percaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s