Sehari di Lang Buana… Kasturi sokong Kartika!

IMG_7912

Ustaz Kazim belanja makan di Restoran Mee REbus Ramli, cukup terkenal dikawasan tersebut.

100_0867

baru sampai di Lang Buana….

IMG_7924

disambut mesra oleh keluarga Kartika dan Pak Sukarno

IMG_7932

Pak Sukarno memulakan perbualan. banyak cerita menarik yang dihuraikan. Banyak pengalaman beliau.

 

IMG_7942

Aduh… banyaknya soalan dari budak-budak ni… hehe

IMG_7968

sedikit buah tangan dari kami…

IMG_7971

sebelum pulang. bersama Pak Sukarno dan keluarga

 

IMG_7975sempat lagi berjenaka.. hahaa. Kartika dengan anaknya..

Salam Aidilfitri kepada semua. Mohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan. Semoga dengan kedatangan syawal pada kali ini memberikan suatu inspirasi baru kepada kita untuk terus berbakti dan istiqamah dalam perjuangan. Agak lama saya tidak membuka blog ini sebab terpaksa memenuhi banyak mesyuarat diperingkat pengurusan mahupun mengunjungi rumah terbuka sempaena Aidilfitri ini.

3 Oktober 2009

Tarikh ini merupakan hari yang agak memenatkan. Pada hari ini ada misi yang penting bagi saya dan rakan-rakan iaitu untuk mengunjungi Saudari Kartika Sri Dewi binti Sukarno di rumahnya ( Lang Buana ).

TUJUAN

Motif utama kami menziarahi beliau adalah bagi menyatakan tanda sokongan daripada mahasiswa diatas keputusan yang diambil berkaitan isu sebat baru-baru ini. Mungkin isu ini tidak perlu saya huraikan kerana semua sudah sedia maklum tentang perkembangan isu tersebut yang telah dimainkan dengan sensasinya oleh media perdana.

PERJALANAN

Kami bertolak dari UM pada jam 10.00 pagi dengan memandu kereta sahabat saya menuju ke Sungai Besar. Dari Sungai Besar terus menuju ke Ipoh dan kami sampai pada jam 5.00 petang. Sungguh memenatkan! Kami singgah di Pondok Barakah yang diuruskan oleh Ustaz Kazim ( penceramah bebas ) di Kampung Manjoi, Ipoh. Ini kali pertama saya sampai di Ipoh. Seterusnya bertolak ke rumah Kartika yang berada di kawasan Parlimen Sungai Siput. Alhamdulillah, sampai disana pada jam 7 malam disambut dengan mesra oleh keluarga Kartika.Berolak kembali pada jam 11 malam dalam keadaan yang sangat letih, namun tahan je lah dari mengantuk sebab dah tak ada driver lain.. Alhamdulillah samapi di UM pada jam 2.30 pagi..

TERKEJUT

Sesudah sampai disana, kami terkejut kerana mendapati rumah kediaman keluarga Kartika itu merupakan istana Dato’ Marewang ( dalam cerita Lang Buana ) !! Kawasan rumah dan sekitarnya merupakan tempat pengambaran filem Lang Buana yang didokongi oleh kumpulan Senario.. Cuba tengok kembali filem tersebut untuk melihat bentuk rumahnya…

PERBUALAN

Pelbagai topik dan isu yang kami bincangkan terutamnya menjurus kepada isu sebatan yang dikenakan. Kartika merupakan seorang wanita yang optimis dengan keputusan yang diambil walaupun mendapat tentangan dan kencaman dari pelbagai pihak. Kami cukup bangga dengannya kerana berani mebuat PERUBAHAN dalam penampilan mahupun prinsip yang digunakan. Terlalu banyak yang diperbualkan hingga tak mampu untuk saya tulis dalam artikel ini. Namun kesimpulannya pihak Kartika sedang menunggu tarikh untuk diadalan sebatan itu dan harapannya agar dibuat dikalayak ramai supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat.

PENGHARGAAN

Kami cukup gembira kerana dapat bertemu dengan Kartika dalam usaha untuk memberi batuan dan sokongan moral kepada beliau yang sememangnya suatu pengorbanan yang sukar dicari demi semata-mata untuk melihat hukum Islam dilaksanakan di negara ini khususnya.

Tidak lupa juga kepada Al-fadhil Ustaz Kazim yang mengaturkan perjumpaan kami dan semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita semua. Terima kasih ustaz..

InsyaAllah, jika diberi peluang, kami akan bawa Kartika ke UM pada suatu hari nanti supaya menjadi ikon kepada semua..

” Kasturi menyokong Kartika”…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

One Response to Sehari di Lang Buana… Kasturi sokong Kartika!

  1. masyitah says:

    Salaam…
    Tahniah dik. Akak bngga dengan action adik… Salaam perjuanagn.
    aka pun tak berkesempatan…
    huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s