Sekadar pandangan..

BAJET 2010

Pertama dan akhirnya saya ucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Najib kerana telah membentangkan Bajet 2010 dengan jayanya. Saya menyambut baik semua perancang dan perencaan yang digariskan demi kesejahteraan dan pembangunan masyarakat secara holistiknya.

imagesIsu PTPTN sudah lama diperjuangkan oleh mahasiswa sebelum ini. Bermula sejak diperkenakan pada Februari 1998 dengan kadar faedah 4% telah mendapat reaksi diperingkat mahasiswa untuk dikaji tentang kadar faedah yang kenakan kerana mengandungi unsur riba yang jelasnya haram disisi Islam. Sehinggalah pada tahun ogos 2008 diumumkan caj perkhidmatan diturunkan kepaa 1% yang telah difatwakan harus oleh majlis fatwa kebangsaan.

Namun sebelum penurunan tersebut, banyak kutukan dan kejian yang dilemparkan oleh pelbagai pihak dek kerana perjuangan mahasiswa yang ingin menurunkan caj berkenaan dan kalau boleh tidak ada langsung caj@ faedah yang dikenakan.

Gerakan mahasiswa dikatakan tidak bersyukur dengan apa yang kerajaan beri dan sebagainya, namun atas usaha inilah kerajaan menilai sehingga pada tahun ini, kerajaan mengumumkan pinjaman PTPTN menjadi pinjaman boleh ubah ( biasiswa ) bagi mereka yang mendapat ijazaj kelas pertama. Sesungguhnya perjuangan mahasiswa tidak akan berhenti selagi hak dan keperluan mereka tidak dipenuhi sepenuhnya.

Saya menyambut baik pengumuman tersebut dan mengharapkan agar suntikan ini memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk mengejar ijazah kelas pertama.

Secara keseluruhannya, Bajet 2010 diharap dapat memberi suntikan bagi merancakkan perkembangan ekonomi negara pada masa yang akan datang memandangkan pertumbuhan ekonomi masih lagi pada angka negatif. Kerajaan juga perlu memandang serius kadar pengangguran yang kian ( 3.6% ) meningkat walaupun dengan alasan jumlah guna tenaga telah naik, namun kerajaan juga perlu menyediakan ruang dan peluang kepada rakyat, khususnya para graduan untuk memasuki bidang perkhidmatan khususnya di sektor awam mahupun swata.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in ekonomi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s