Perangkap Media Baru

tok guru

“Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,”


“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,
Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri “
-Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz-

RASUAH @ TAJAAN

Gegak gempita seluruh blogger memainkan isu berkaitan pembatalan TGNA untuk menunaikan umrah di Mekkah pada minggu hadapan. Masing-masing tangkas untuk menghukum dan mengeluarkan fatwa tersendiri. Malu rasanya dengan sikap yang tak bertanggungjawab blogger yang ada. Apa isu sebenarnya? Mari kita susuri definisi yang diberikan :

Rasuah : merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Tajaan : Membiayai, menanggung dan menampung sesuatu perbeanjaan. ( DBP )

Isu TGNA

Seorang rakyat Kelantan yang terlalu berhasrat untuk menunaikan haji bersama-sama TGNA telah menawarkan kesudian untuk menaja TGNA untuk menunaikan haji bersama-sama. Namun, isu ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bermoral dengan mendakwa TGNA menerima rasuah untuk projek-projek tertentu. Difahamkan jumlah perbelanjaannya ialah RM65000 untuk pakej 2 minggu di Mekah.

TARIK BALIK

Walaupun menghapampakan sahabat beliau, TGNA telah membuat keputusan untuk tidak pergi ke Mekah dalam keadaan kesedihan. Ini merupakan pengorbanan yang perlu dilihat oleh semua pihak khususnya demi menjaga persepsi masyarakat walaupun perkara ini tidak salah disisi undang-undang dan moral.

ALASAN

TGNA membatalkan hasratnya disebabkan tekanan dan serangan yang kuat dari pihak-pihak tertentu yang memungkinkan dia berasa tidak selesa dan sesuai untuk pergi. Beliau juga menyifatkankan sekatan tersebut sama dengan apa yang dilakukan oleh kaum Quraish yang menghalang Nabi Muhammad S.A.W untuk memasuki mekah.

Sekatan disini bukan dalam bentuk fizikal. Tapi lebih kepada mental dan serangan media.

KOMEN

Saya merasakan terlalu sempit pemikiran mereka yang menyerang TGNA tanpa fakta dan bukti yang kukuh khususnya berkaitan dengan rasuah. Tahun 90-an dulu pun TGNA pernah ditawarkan 1juta untuk tender balak di Kelantan, tapi Tok Guru tolak mentah-mentah. Buat ape dengan hanya RM65000, Tok Guru nak gadaikan prinsip dan maruahnya. Kalau nak kata tajaan itu rasuah, saya pun terpanggil untuk berdebat isu tersebut.

Senang cerita, kalau disifatkankan tajaan itu rasuah, maka semua penerima biasiswa(tajaan) dari JPA @ MARA @ institusi lain juga boleh disifatkan sebagai ‘rasuah akedemik’! Ini suatu analogi yang memang tak boleh diterima.

Saya menyeru kepada semua, jangan mudah menghukum. Buka fikiran dan bahaskan isu dengan bersandarkan hujah dan secara intelek.. Ini adalah permainan ‘media baru’ dlam kancah politik baru. Kita kena faham dan mesti menguasai sebarang isu dan provokasi dalam era yang tanpa sempadan ini.

p/s : sibuk duk serang isu TGNA. Isu PKFZ apa cerita? Jambatan runtuh, mana kontraktornya? VK Lingam bebas je? Saya rasa, inilah rasuah yang besar sepatutnya disisasat…Bebaskan SPRM!!

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

3 Responses to Perangkap Media Baru

  1. Laman Nurani mengecam tindakan ‘Quraisy Malaysia’ tersebut.

    Sejarah Abu Jahal dan kafir Quraisy Mekah kembali berulang. Jika di zaman Rasulullah, baginda telah dihalang oleh puak-puak Kafir Quraisy untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah haji, namun kini watak yang sama juga cuba mengahalang seorang pemimpin Islam untuk mengerjakan ibadah haji.

    Sungguh kejam dan kejinya Quraisy Malaysia ini. Subhanallah. Tok Guru menangis lagi. Tergamakkah kita melihat seorang Tok Guru bersedih atas tindakan kita sendiri? Cubalah kita fikir. Jika Tok Guru bersedih atas tindak tanduk musuh dan orang kafir, itu memang lumrah. Namun kini, Tok Guru bersedih disebabkan tekanan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Cuba bayangkanlah, ‘anok beranok kita’ krenat ko kita? Huhuhu…

    Bersabarlah Tok Guru, kami akan sentiasa bersama Tok Guru. Janji Tuhan Pasti Berlaku!!!.

  2. tariq_ziad says:

    begitulah sunnatullah terbukti akan brulang bagi mereka yang ikhlas memperjuangkan agamanya

    Rasulullah s.a.w dihalang dari menunaikan haji oleh pihak musyrikin quraisy
    Salahudin Al-Ayyubi dihalang dari menunaikan haji dek kerana mempertahankan bumi suci al-aqsa dari ancaman tentera salib
    maka satu lagi kisah sejarah yang berulang dapat dilihat disini

    moga TGNA tabah menghadapi ujian ini dan semoga beliau semakin teguh memperjuangkan agama ALLAH

  3. kasturi says:

    moga-moga tok guru lebih tabah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s