‘ENJIN’ manusia yang rosak..

Seluruh Negara gempar dengan berita kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Pendedahan mengenai ‘kehilangan’ enjin sejak 2007 itu menarik perhatian ramai terutamanya pembangkang. Seperti biasa ia dikaitkan dengan ‘ketidakcekapan kerajaan’. Timbul beberapa persoalan disebalik kejadian tersebut, antaranya :

  1. Bagaimana boleh hilang?
  2. Siapa dalang utama ?
  3. Macam mana boleh diseludup keluar? Polis, Kastam, Imegresen tak boleh kesan ke?
  4. Kenapa sampai dua enjin ?
  5. Mengapa selepas dua tahun kehilangannya, baru didedahkan?
  6. Apa agenda disebalik kes ini? Kenapa sehingga sekarang tidak ada tangkapan yang dibuat?

Persoalan diatas perlu dijawab dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab supaya imej TUDM dan Kementerian Pertahanan khususnya dapat dibersihkan kembali. Perlu dingatkan juga, kos bagi dua enjin tersebut mencecah RM 100 juta!

Isu ini bukan isu terpencil, tetapi menjadi bahan bicara dunia luar kerana inilah kes yang pertama didunia yang berlaku yang sekaligus memalukan negara dimata dunia.. Inilah kesan bila hilangnya integriti, rasuah berluluasa, salah guna kuasa dan kejatuhan akhlak dikalangan pemimpin yang menyebabkan institusi pertahanan negara pun boleh dijual beli dengan mudah. Apa kesannya?

Mahasiswa perlu memandang isu ini secara serius kerana sekiranya struktur pertahanan gegara boleh bocor sedemikian, apa jaminan masa hadapan terhadap keselamatan negara?.. Maka tidak hairan sekiranya enjin yang sebegitu besar boleh ‘dihilangkan’, apatah lagi dengan barangan dan peralatan kecil yang lain…

Punca utamanya ialah bila ‘enjin’(hati) manusia itu sudah mati kerana dibuai nafsu keduniaan tanpa memikirkan akhirat, maka tidak pelik perkara sedemikian boleh terjadi.

MUNGKIN INI YANG LEBIH PRAKTIKAL UNTUK MASA DEPAN…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

2 Responses to ‘ENJIN’ manusia yang rosak..

  1. rajahanis says:

    assalamualaikum wt shbatku ewan..moga2 sihat walafiat..aku sini sihat2 je….lama x bkak blog2 ni..bkn pe mlas je bnarnya…ermm..k la..

  2. kasturi says:

    wslm.. Lama x dgr crita abe jo.. guano study? mesti gempak ni.. semoga selamat semuanya.. ada rezeki, kito jupo nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s