Kami bukan peminta sedekah

Royalti menjadi isu hangat yang dibincang oleh seluruh pemerhati dan ahli politik sekarang ini. Isu ini menjadi tumpuan lensa-lensa media sehingga berjaya menghilangkan pelbagai isu yang berlaku sebelum ini. Saya tertarik untuk terjebak sama dalam isu ini kerana ia melibatkan negeri sendiri dan untuk kepentingan rakyat Kelantan umumnya.

1. Kerajaan pusat mengumumkan untuk mengagihan wang ihsan sejumlah 20juta diberikan kepada JPP untuk disalurkan kepada rakyat Kelantan. Persoalannya, adakah rakyat Kelantan ini pengemis sehingga perlu diberi wang ihsan? Dan kenapa melalui JPP?

2. Kenyataan Dato’ Mustafa Mohamad sangat mengelirukan kerana pada awalnya menafikan Kelantan mendapat hak royalti, tetapi akhirnya mengakui Kelantan hanya berhak mendapat 20juta melalui wang ihsan. Ini cakap seorang pemimpin yang tidak berpendirian..

3. Semua fakta dan penjelasan telahpun diberikan oleh Tengku Razaliegh yang juga bekas pengerusi PETRONAS dan orang yang terlibat secara langsung dengan perjanjian Pada 9 Mei 1975 di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Ku Li mengesahkan bahawa Kelantan BERHAK untuk mendapat royalti sebanyak 5%.

4. Kenapa Tok Pa dan Awang Adek termasuk Ibrahim Ali bersungguh-sungguh menafikan hak rakyat Kelantan ini? Bukankah mereka juga rakyat bahkan pemimpin di negeri ini? Bagi saya tindakan mereka ini terlalu memntingkan pertimbangan politik yang natijahnya tidak mahu melihat negeri Kelantan maju dibawah pemerintahan PAS sehingga keyakinan rakyat kepada kepimpinan Tok Guru semakin kukuh. Itu bacaan saya..

5. Tindakan Tok Pa dan Awang Adek itu akan menyebabkan rakyat semakin benci kepada mereka sehingga boleh digelar sebagai pengkhianat. Untuk survival politik mereka, saya cadangkan mereka bersama-sama berusaha mendapatkan royalty tersebut. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat bahawa mereka turut sama membela hak dan kepentingan rakyat.

6. Jumlah royalti yang tertunggak sejak 2004 berjumlah 1 billion sememangnya sangat diperlukan rakyat Kelantan demi pembangunan mereka. Saya juga mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memperuntukkan sejumlah wang daripada royalti tersebut(sekiranya dapat) untuk diberikan biasiswa kepada mahasiswa Kelantan yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam. Nescaya, jika pemberian itu dapat diumumkan maka sokongan padu akan diberikan oleh seluruh mahasiswa untuk menuntut royalty tersebut.

7. Rakyat Kelantan cukup matang dalam menilai isu dan saya yakin dan percaya bahawa isu ini akan terus dimainkan sehingga pilihanraya umum yang akan datang. Apapun, sebagai muslim kita mesti dahulukan apa-apa jua isu @ masalah dengan memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah yang Maha Penentu. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Ku Li atas keberanian menyatakan kebenaran dan bersama-sama rakyat Kelantan dalam isu ini.

Maklumat lengkap dan berfakta tentang isu ini, sila rujuk disini.

“ Walaupun kita miskin, tetapi kami bukan peminta sedekah ” Ku Li

“ Kalau Kelate tak ada hak(royalti), maka kerajaan pusat lagi tak berhak sebab kalu kelate tak ada maka Malaysia pun tak wujud ” Tok Guru Menteri Besar

– Mahasiswa Menuntut Royalti Kelantan –

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s