kARTIKa

“Kalau hukuman itu adalah hukuman Islam ataupun hukuman syarak sungguh, tak boleh ampun.Islam menetapkan hukuman sebat sebanyak 20 sebatan kepada orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak. Tapi dalam kes Kartika hanya dikenakan enam sebatan sahaja. Dan enam itu sebenarnya bukan undang-undang Islam,Kalau betul-betul hukuman itu dijalankan berdasarkan kepada hukuman Islam, maka 20 sebatan tak boleh diubah-ubah, mesti kena 20 juga ” – Dato’ Ust Mohd Amar, Exco Kerajaan Kelantan-

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud. Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” – Dato’ Harussani, Mufti Perak-

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula. Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” – Dr Asri, Bekas Mufti Perlis-

Berikut adalah komen-komen yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh agama yang terkenal berkenaan isu Kartika. Ada yang pro dan kontranya.

MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah syariah merupakan suatu institusi yang dijunjung dalam negara kita khususnya orang Islam. Setiap hukuman dan denda yang dikenakan mestilah dirujuk kepada asas dan prinsip yang diajar Islam.

Namun apa yang berlaku pada hari ini ialah bila sahaja timbul isu Kartika Sri Dewi yang ditangkap dan mengaku bersalah DAN MEMINTA DIHUKUM MENGIKUT SYARIAH menjadikan institusi tidak dihormati kerana banyak tentangan dan pandangan yang menentang hukuman yang dikenakan.

Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah kita akan menjadi lebih pening untuk menentkan institusi mana yang paling berkuasa dan berautoriti dalam mengambil tindakan. Mahkamah @ Istana? pelembagaan@sultan?

Saya bukan bercakap soal institusi diraja yang kita junjung, tetapi masalahnya ialah bila keputusan yang dibuat keatas Kartika yang dikenakan hukuman menjadi sukarelawan khidmat masyarakat dijadikan alasan atas dasar perikemanusiaan. Seolah-oleh pelaksaan hukuman sebat mengikut syariah tidak berperikemanusiaan. Astagfirullah..

KESAN

Kesan daripada tindakan itu pelbagai, ada negatif dan positifnya. namun apapun jua, yang paling penting ialah hukuman syariah mesti diutamakan dari yang lain. Kita memakai konsep ” Al-islam yaklu wala yukla alaih”, Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dari itu.

Saya masih menunggu jawapan terus dari Kak Ika(kartika) untuk mengulas lebih lanjut tentang isu ini… InsyaAllah ada peluang, saya akan ulas lebih panjang lagi..

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s