MEB, suntikan untuk hidup@mati

Model Ekonomi Baru

Dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri pada 30 Mac 2010 baru-baru ini dalam sebuah persidangan. Ramai yang menunggu model yang akan diumumkan ini kerana berpedapat ia merupakan suatu alternatif baru bagi menyelesaikan masalah ekonomi Negara dan semasa. Waktu pengumuman ini adalah dalam proses negera baru sahaja dari sembuh dari penyakit kewangan yang melanda tahun lepas.

MEB menyebut bahawa objektif yang ingin dicapai ialah supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Beberapa elemen penting dalam MEB yang saya dapat kutip ialah :

*  Menjadikan ekonomi Negara berprestasi tinggi(mcm enjin kereta la pulak, hehe)

*  Liberalisasi beberapa sektor kerajaan

*  Meningkat daya saing dan pelaburan

*  Meningkat kemahiran pekerja kearah inovasi dan kreatif

*  Meninggikan pendapatan perkapita penduduk daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun

Banyak yang dibentangkan, cuma saya tertarik untuk mengambil item-item tertentu sahaja untuk diulas. MEB juga mempunyai prinsip tertentu dan akan dilaksanakan melalui Program Tranformasi Ekonomi(PTE) yang diperkenalkan.

Secara asasnya saya menyambut baik pengenalan MEB ini kerana ia bersifat progresif dan berdaya maju yang membolehkan rakyat mengembangkan ekonomi secara holistik. Sekiranya Negara dapat mencapai apa yang dicanangkan, kemungkinan besar kita akan berada pada taraf negara-negara maju pada masa akan datang.

Saya tidak ada autoriti untuk mengulas denga lebih kritikal tentang MEB ini kerana ia dugubal oleh pakar-pakar dalam bidang ekonomi Negara. Namun sekadar percambahan idea dan cadangan boleh dilontarkan selaku mewakili pandangan anak muda yang ingin melihat kemajuan ekonomi Negara pada masa akan datang.

1. Kerajaan sepatutnya memikirkan cara untuk membersihkan nama Negara pada pandangan pihak luar khususnya tentang isu rasuah, jenayah dan social. Ini kerana pihak pelabur luar yang diukur dalam FDI(foreign direct investment) telah menurun saban tahun yang pastinya berpunca dari masalah RASUAH. Negara berada pada tangga ke-56 indeks rasuah dunia yang alirannya makin meningkat. Ini yang membimbangkan kita yang menyebabkan pelabur akan lari ke luar.

(During the year 2009, direct investment posted a lower net outflow of RM24.9 billion from RM26.1 billion in 2008, whereby both DIA and FDI registered smaller values of investment. DIA recorded an investment of RM30.5 billion (2008: RM50.2 billion), while FDI attained RM5.7 billion (2008: RM24.1 billion)

2. Dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi, kita juga mesti melihat pertumbuhan kemajuan fizikal mesti selari dengan pembangunan rohani masyarakat. Apa guna kalau Negara kita maju dengan sosio masyarakat yang tidak mempunyai adab dan tamadun tersendiri. Yang perlu disentuh ialah pembentukan modal insan. Islam mengajar untuk kita bangunkan spiritual dan fizikal secara seimbang. Ini tidak ditekankan dalam MEB.

3. Liberalisasi beberapa sectok ekonomi saya anggap mirip kepada dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir suatu ketika dahulu. Sememangnya baik dari sudut daya saingnya, namun ia terdedah kepada kerasuakan sistem kapitalis yang akan memamah semua kekayaan tanpa mengenal warna kulit. Saya bimbang kalau ia tidak dikawal, maka rakyat akan terdedah kepada penindasan secara halus oleh pihak tertentu. Asasnya ialah kerana dalam MEB, tidak ada kouta untuk setiap urusniaga yang dilakukan. Persoalannya, adakah rakyat kita bersedai dan mampu untuk bersaing dengan raksasa dunia luar.

4. Bagi mahaisiswa, mereka semestinya mengintai peluang pekerjaan yang lebih meluas dalam MEB ini. Namun kita masih belum Nampak pintu yang sesuai untuk dimasuki dalam model ini kerana melihat kepada daya saing yang tinggi. Ini memerlukan mahasiswa yang matang dan kompiten untuk bersaing dalam cabaran baru ini. Namun bagi saya, sekiranya mahasiswa berada dalam kondusi yang sedia ada, apa daya untuk kita tampil sebagai pencabar kepada pihak luar. Ini kerana mahasiswa kita masih lagi terkurung dengan pemikiran berAKTA yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir luar dari batasan sedia ada.

5. Ingin melahirkan pekerja yang berinovasi dan kreatif. Sungguh cantik dan baik. Namun ia mestilah dilapiskan dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik. Tidak ada guna pekerja yang inovatif dengan idea-idea baru, namum tidak amanah dan mempunyai peribadi yang teruk. Akhlak adalah nilai teras pembangunan manusia. Tidak ada guna kita maju dalam ekonomi namun tidak ada nilai moral dan kemanusiaan semacam Amerika dan Israel.

KESIMPULAN

Pandangan saya diatas hanyalah buah fikiran yang cetek ini yang saya kira boleh mengharmonikan dasar dan MEB itu sendiri. Mampu atau tidak untuk kita capai, bergantung kepada amanah dan kejujuran pelaksananya.Selain itu, bagi mereka yang tergolong dalam taraf kemiskinan, MEB akan menjadi racun bagi mereka sekiranya tidak ada langkah untuk membantu mereka yang akhirnya meninggalkan mereka jauh dibelakang.

Hakikatnya, bawalah, mucullah, bentanglah apa jua model dan dasar tanpa disambut dengan pelaksana yang amanah dan jujur, maka ianya akan tingga kerangga yang tidak berisi. Ambillah pengajaran dari Dasar Ekonomi Baru(DEB) 1971. Post motterm tersebut mampu untuk memandu kita melihat MEB ini..

Sekadar pandangan

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in ekonomi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s