Jahiliyah versi Moden

Salam 1Malaysia=1bayi=1hari

Isu pembuangan bayi mendapat tempat dalam isu yang dimainkan dalam media massa pada mutakhir ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi di pelbagai tempat termasuk dalam tong sampah, tepi surau, dalam kotak mahupun dalam tangki najis. Membaca berita tersebut menyebabkan gemuruh darah saya naik hingga meledakkan rasa marah yang teramat sangat. Apa jenis manusia ini?!!!

SEBAB

Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah.

Memang ada benarnya kajian yang dibuat bila melihat pada hari ini kes-kes penceraian yang semakin meningkat disebabkan masalah keluarga yang tidak dapat diselesaikan. Ada kes yang paling jelek yang pernah saya dengar ialah penceraian disebabkan bau badan pasangan yang busuk.! Selain itu, penceraian menjadi suatu kebiasaan masyarakat dan AMALAN RASMI bagi artis-artis di Malaysia dengan alasan sudah tidak bersefahaman antara satu sama lain. Mudahnya merobohkan masjid yang dibina dengan satu lafaz sahaja. Sebab itu Islam cukup kritikal dalam membincangkan isu perkahwinan ataupun baitul muslim. “ Jangan mudah ‘menjual’ hati kepada ‘pembeli’ yang miskin ”

Selain daripada itu, apa yang saya perhatikan antara punca utama ialah pengaruh media massa dan gejala seks yang berleluasa. Melihat siaran tv hari ini terlalu teruk dengan hidangan aksi dan adegan yang tidak senonoh yang menyebabkan remaja terikut-ikut budaya yang dipampang dalam tv mahupun filem. Kesannya, remaja juga ingin MENCUBA.

Asal-asal just chating, pastu nak dating, kemudian bunting, akhirnya trowing… inilah recycle bagi remaja sekarang. kerana itu Islam sudah jelaskan, ” jauhilah zina” . Sebab itu bagi mahasiswa SEDAR, perlu lancarkan kempen, ” KAMI BENCI COUPLE “!. Ia mesti bermula dari anda….

ALTERNATIF

Barat

Negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran utama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

Malaysia

“Advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunapakai bagi menangani isu pembuangan bayi yang dilaporkan berleluasa sejak kebelakangan ini”, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mahasiswa Islam

“ Kita selalu melihat presenting problem, sedangkan jawapan sebenar ada pada real problem ” –Ustaz Hasrizal-

Melihat gejala pada hari ini tidak ubah semacam amalan masyrakat jahiliyah di Mekah sebelum kedatangan Islam yang membawa cahaya dan alternatif sebenar dalam kehidupan. Waktu dahulu, bayi perempuan ditanam hidup-hidup dek kerana pada fahaman mereka kelahiran bayi perempuan ini akan mencalar imej keluarga.

Pada hari ini juga sama. Bayi dibuang merata-rata tempat atas alasan menjaga aib dan maruah keluarga dan malu jika dihina dan dikeji masyarakat. Sebab itu saya gelar isu yang berlaku ini adalah Jahiliyah Moden.

Islam adalah penyelesaiaannya.

“ Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha Berkuasa.” asy-Syura ayat 49-50

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.”

Pokok pangkalnya ialah kembali kepada penyucian berbentuk dalaman dengan memasukkan roh islam kepada jasad yang bernama muslim. Ubahlah sistem pendidikan, dasar sosial, dan sebagainya tanpa ada kesungguhan menerapkan nilai dan asas agama kepada masyarakat, maka hancur juga akhirnya sistem yang dibina.

Saya kira semua agama juga bersefaham dalam isu ini untuk diselesaikan. Minggu lepas saya sempat ke Dialog Antara Agama yang dianjurkan PUM. Semua panel bersetuju masalah ini akan selesai jika masyarakat kembali kepada fahaman agama yang asal. Sekarang terpulang kepada pemerintah, masyarakat, mahasiswa, dan semuanya untuk memilih ubat yang terbaik kepada penyakit kronik yang berlaku sekarang.

Berilah peluang untuk mereka hidup, kerana mereka tidak berdosa…

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in khazanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s