” biarkan ini yang terakhir “

Universiti Malaya, 11.02 am – Berhubung kes adik Aminulrasyid yang dilaporkan mati ditembak polis awal pagi 26 April lalu, presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Ahmad Syazwan Mohd Hassan berkata

“biarlah kes ini yang terakhir”

Presiden persatuan paling kontroversi UM itu berkata demikian ketika dihubungi UM-Today berhubung kenyatan media yang dihantar ke email UM-Today pagi tadi.

Persatuan tersebut dalam kenyataan pendirian mereka menyebut

“Perkara yang paling serius dalam isu ini adalah salah laku dan kecuaian anggota polis yang tidak sepatutnya berlaku dalam badan yang menjaga keamanan dan menjadi rujukan kepada masyarakat atas segala permasalahan sosial. Sebagai badan yang bertanggugjawab membela rakyat, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seharusnya bertindak lebih berhati-hati dan tidak terlalu mengikut nafsu. PMIUM juga menyarankan agar PDRM menilai kembali pengamalan objektif PDRM.

PMIUM percaya, penubuhan PDRM adalah satu keperluan yang mendesak dalam memastikan undang-undang dan keamanan negara di awasi dengan sebaiknya. PMIUM juga tidak menafikan bahawa PDRM sudah menjalankan tugas dengan sehabis baik. Bagaimanapun PMIUM kecewa dengan tindakan sebilangan anggota polis yang ibarat merosakkan susu sebelanga. Jesteru adalah lebih membanggakan sekiranya PDRM benar-benar bertindak sebagai badan yang menjaga kemaslahatan bersama dan bebas dari kongkongan pihak-pihak tertentu.”

PMIUM juga menyarankan kepada media agar lebih telus dalam menyampaikan berita memetik laporan Malaysiakini berhubung kedudukan Malaysia di tangga ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara yang menyatakan akhbar Malaysia tidak bebas. Ini berikutan banyak spekulasi yang dikeluarkan media berhubung kes Aminulrasyid yang berbau fitnah.

PMIUM juga bersetuju dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu supaya setiap kereta peronda polis dilengkapi kamera video bagi memudahkan pegawai terbabit merakam setiap insiden yang berlaku. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada kereta peronda polis seperti di negara maju ini penting supaya boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku sesuatu insiden.

Syazwan berkata, persatuan tersebut berhajat untuk menemui sendiri keluarga Allahyarham bagi mendapat kepastian mengenai kes tersebut dan memberikan bantuan dari sudut kemampuan persatuan tersebut.

“sebelum ni kita ada menjalinkan hubungan dengan kak Kartika dalam usaha PMIUM turun kelapangan masyarakat. Jadi kes adil Aminulrasyid ini, PMIUM juga terpanggil nak jumpa sendiri keluarga Allahyarham. Kita yakin keluarga Allahyarham memerlukan sokongan dari semua pihak.” Ujarnya.

Syazwan juga menekankan sekali lagi kenyataan PMIUM

“PMIUM amat mengharapkan kejadian malang seumpama ini tidak lagi berlaku. Isu seumpama ini seharusnya dijadikan satu muhasabah dalam kita menjalankan tugas walau di manapun peranan kita lebih-lebih lagi sebagai hamba Allah. PMIUM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid.”

Dalam perkembangan lain, Syazwan ketika ditanya mengenai isu pembuangan kolej yang sering dikaitkan dengan ahli PMIUM, beliau berkata

“Banyak dari mereka yang dibuang kolej tu aktif juga dalam kolej. Kita tak faham apa sebenarnya indikator pihak kolej untuk tentukan siapa layak siapa tak layak. Kalaupun dikaitkan dengan menyertai PMIUM, kita rasa tak logik. Sebab ramai juga yang tak ahli pun dalam PMI dibuang juga.” – Um-Today

* Layari web alternatif PMIUM di http://pmiumorg.blogspot.com/

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s