Mahasiswa kutuk segala tindak tanduk ISRAEL dan ‘sekutunya’

Petaling Jaya, 1 Jun : Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia termasuk PMIUM, PMIUTM, PEPIAT dan lain-lain hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap Flotilla bantuan kemanusian ke Genting Gaza yang menyebabkan 19 kematian.

Presiden PMIUM, Ahmad Syazwan bin Mohd Hassan ketika dihubungi menyifatkan tindakan Israel tersebut sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.

“Kami mewakili seluruh mahasiswa Universiti Malaya dan seluruh anak muda Malaysia menyatakan solidariti mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Israel yang dianggap sangat melampau dan mencabuli keamanan antarabangsa.” tegasnya.

Berikutan tindakan kejam Israel tersebut, beliau berkata seluruh masyarakat dunia kini berasa marah terhadap rejim Israel, bukan masyarakat muslim sahaja.

“Misi tersebut bukan misi ketenteraan, tetapi misi kemanusiaan. Lebih-lebih lagi ia bukan melibatkan aktivis Muslim sahaja tetapi aktivis seluruh dunia. Saya tidak tahu di mana rasional tindakan rejim Israel tersebut seperti yang didakwa media mereka.” bidasnya.

“Islam menyeru kepada keamanan, keharmonian dan keadilan serta menolak kezaliman. Saya yakin semua agama menyeru kepada nilai yang sama.”

Ketika ditanya tentang tindakan OIC dan PBB, beliau menyifatkan dua badan ini harus secepat mungkin membuat tindakan tegas terhadap rejim Israel yang semakin melampau. Tambahan itu, berita bahawa Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada dan memenjara mereka yang enggan berkerjasama merupakan tindakan mencabar masyarakat dunia yang seakan-akan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya menyeru agar seluruh ummat Islam dan seluruh masyarakat yang cintakan keamanan agar beramai-ramai turun menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sebagai bantahan terhadap tindakan tersebut.” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal mengecam keras tindakan Israel yang sama sekali melanggar undang-undang antarabangsa.

“PBB dan OIC takkan hanya berdiam diri?” bidasnya.

Beliau dalam kenyataannya menyeru kerajaan Malaysia supaya menyiapkan segera strategi membawa pulang aktivis Malaysia yang dipercayai dibawa ke Haifa. Beliau juga menyeru Kerajaan menganjurkan perhimpunan aman besar-besaran rakyat Malaysia sebagai tanda amaran dan bantahan tegas masyarakat negara ini.

“Sudah masanya rakyat Malaysia membuka mata dan membantah secara konsisten tindakan Israel yang semakin hari semakin melampau.”

Terdahulu terdapat sumber menyatakan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang telah di serang pada awal pagi Isnin lalu telah dihantar ke penjara selepas konfrontasi yang menyayatkan berlaku di perairan laut antarabangsa. Puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal. – Mahasiswakini

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mahasiswa kutuk segala tindak tanduk ISRAEL dan ‘sekutunya’

  1. pacifist says:

    memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

  2. pacifist says:

    Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

  3. Mortgage says:

    +1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s