Naik…naik…!

Saya rasa tercuit bila membaca beberapa berita berkaitan kenaikan harga barangan keperluan asas pada hari khamis lepas. Media arus perdana menggunakan istilah harga diselaraskan, subsudi dipotong, harga diapung dan lain-lain. Lain pula bila melihat media alternatif yang menyatakan secara jujur dan jelas bahawa harga barang telah NAIK bermula khamis lepas.

Media arus perdana seolah-olah ingin menampakkan suatu tindakan teknikal yang kecil dilakukan oleh kerajaan dalam isu ini yang akan menyebabkan orang ramai tidak ambil serius sangat dalam hal ini. Namun pada hakikatnya ia adalah suatu perubahan ‘pokok’ yang akan menyebabkan kesan kepada ‘ranting-ranting’ yang banyak.

Saya rasakan pembodohan madia perdana kepada masyarakat sudah sampai kepada tahap yang sangat teruk. Walaupun ianya hanya istilah, namun ia memberi kesan kepada pembaca yang kurang menkaji dan prihatin terhadap isu semasa.

Barang Keperluan VS Barang Kehendak

Dalam teori ekonomi, dibahagikan sifat setiap barang kepada dua, keprluan dan kehendak. Barang keperluan adalah bahan asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Sifatnya ialah “tidak dapat tidak” mesti dimiliki sebagai keperluan hidup harian.

Barang kehendak dimaksudkan sebagai barangan tambahan untuk melengkapkan hidup. Sifatnya tidak wajib ada namun sekiranya barang itu wujud, ia akan menambahkan utility hidup seseorang itu.

Dalam kes kenaikan harga barang yang diumumkan ini, kesemua barang itu merupakan barang KEPERLUAN sebahagian rakyat dalam Negara. Petrol, gula, dan gas adalah keperluan harian kita. Tidak bergerak kenderaan bermotor sekiranya tiada PETROL. Kurang bertenaga manusia jika tiada GULA. Tidak berasap dapur jika tiada GAS.

Kesemua barang ini tiada barang PENGGANTI yang hampir. Maka tidak dapat tidak kita TERPAKSA membelinya untuk keperluan hidup. Kesannya? Rakyat yang miskin makin miskin, golongan pertengahan makin berkurang kuasa beli. Barangan ini juga benda asas yang kesannya akan berjangkit kepada barangan lain secara automatiknya.

Saya rasa kerajaan perlu pertimbangkan kembali keputusan ini bagi mengelakkan perkara ini menjadi suatu kebencian rakyat kepada kerajaan yang makin bertambah.

“ Kalau barang terus NAIK, pasti kamu(kerajaan) akan TURUN lepas daripada ini ” – Pak Mat, Kg Padang-

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in ekonomi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s