Sudut Pidato

Sudut pidato merupakan gelanggang mahasiswa era 60-an dan 70-an berpencak dalam kapasiti masing-masing. Tempat ini dianggap sesuatu yang amat penting dan perlu dihargai oleh seluruh masyarakat kampus pada waktu itu.  Proses kematangan mahasiswa cepat berlaku kerana sudut pidato menampilkan kontradiksi antara hujah yang diberikan pemidato. Daripada sang pasif menjadi aktif, beku menjadi cair, suram menjadi riang dan hening menjadi bising, itulah sudut pidato.

‘ kematian’

Sudut pidato telah disembelih dengan rakusnya oleh pihak penguasa pada zaman pengenalan AUKU dek kerana bimbang suara mahasiswa menjadi agen pengubah suasana pada waktu itu. Maka bermulalah kelesuan dan kehambaran suara-suara mahasiswa dalam pencak nasional. Yang hanya kedengaran adalah bisikan-bisikan yang inginkan kebebasan bersuara kembali diberikan kepada mahasiswa.

‘ hidup kembali ’

Mula 2010 menjadi titik dalam sejarah mahasiswa dimana pihak kerajaan telah memberikan nyawa kembali kepada sudut pidato setelah melihat ‘kemandulan’ mahasiswa dalam memberikan hujah dan penampilan yang boleh diyakini muakhir ini. Namum bagi saya, ia hanyalah gimik politik pihak kerajaan kerana pada awalnya bersungguh-sungguh dengan perasmian disitu dan disini, namun ia hanyalah hangat-hangat tahi ayam.

Kenapa

Asasnya ialah pendidikan tentang sudut pidato tidak diberikan. Mahasiswa hari ini melihat sudut pidato hanyalah bagi mereka yang pandai berpidato, hebat berhujah dan pelbagai lagi kreteria yang perlu untuk berucap. Termasuk pula syarat-syarat yang dikenakan oleh sesetengah HEP IPT yang mewajibkan teks ucapan dihantar dan ditapis terlebih dahulu selain wajib mengisi boring dan pelbagai lagi prosedur yang dikenakan. Inikah cara sudut pidato? Kalau begini memang patut dan layaklah ia mati semula dan tidak akan ada sambutan oleh mahasiswa selama-lamanya.

Sudut pidato tidak ada syarat. Siapapun boleh bercakap. Dan sudut pidato ini bukannya suatu event, tapi ia mesti menjadi BUDAYA . Dimana sahaja dan pada bila masa sahaja. Ramai yang tidak tahu sejarah sudut pidato dan cara implementasinya. Namun sekiranya mahaisiswa gagal memahami roh sebenar sudut pidato, maka selamanya ia akan sepi dan sunyi oleh kerana masalah tidak faham sejarahnya.

Mahasiswa bercakap dan mengkritik atas prinsip :

Memuji bukan makna bersetuju, mengkritik bukan bermaksud melawan, nasihat itu panduan bersama dan berbeza pandangan itu adalah kawan berfikir yang baik

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s