“ can you help me? ”

Semalam saya dijemput oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk makan malam bagi meriakan mempelai baru yang juga sahabat baik saya, saudara Ridzuan Mohamad dan isterinya. Dalam masa seminggu dah dua kali Dato’ call saya untuk ajak makan. Yang menariknya perjumpaan itu dimasukkan unsur brainstorm dan perkongsian idea yang sangat menarik. Daripada soal usrah, tamrin hinggalah bincang soal Negara. Asasnya semua mesti ada prinsip. Prinsip kami adalah Islam mesti diutamakan. Tapi ini bukan ceritanya…

Sebelum perjumpaan tersebut, saya mendapat panggilan daripada seorang pelajar junior tahun satu yang baru sahaja berkenalan dengan alam kampus dalam masa dua minggu.

“ bang, boleh tolong saya tak? ” Tanya din.

“ ada apa dik? ” saya membalas

“ saya nak buat report polis. Saya kena PUKAU” balas beliau dalam suara yang tersekat-sekat.

Selesai sahaja perjumpaan tersebut, saya terus bergegas ke kolej beliau dan membawanya ke pejabat keselamatan. Kami buat laporan keselamatan sebab kes tersebut berlaku dalam kampus, di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Seterusnya kami ke balai polis pantai untuk membuat laporan polis. Polis bertanyakan cerita yang berlaku, maka din pun terus menjawab:

“ hari isnin lepas, masa saya kat KPS, saya didatangi seorang foreigner berkulit gelap. Awalnya dia cuba berkomunikasi dengan saya secara lisan, namun ia agak terhad. Maka dia minta sehelai kertas dengan saya dan ditulis apa permintaannya. Dalam kertas tu, dia mengaku namanya ialah Hafiz Mohamad, datang dari Kanada dan tinggal di kolej 12 bilik B203. Dia bersumpah dengan nama Allah untuk pinjam dan bayar balik wang dari saya. Tujuannya ialah untuk dia ke KLIA untuk mengambil beg yang ditahan oleh kastam. Dalam beg itu ada wang 20000 pound sterling dan dia akan bayar balik wang saya setelah dapat beg tersebut. Tanpa fikir panjang, saya terus ke ATM dan keluarkan duit sebanyak RM1000 dari akaun. Selang beberapa minit dia terus beredar. Saya rasa macam x percaya apa yang berlaku…. ” – pernyataan din dalam nada yang penuh kesal.

Itulah ceritanya. Selesai sahaja report dibuat, saya terus hantar din ke kolejnya lewat jam 2pagi.

Sebenarnya dalam masa dua minggu ini, sudah 2 kes yang sama telah berlaku, menurut sorang pegawai keselamatan. Modus operandinya agak sama. Target groupnya adalah pelajar BARU. Caranya adalah sama dengan menggunakan ‘black magic’ (kalau saya boleh guna istilah ini yg sangat terkenal dikalangan warga Afrika).

Maka, saya nasihatkan adik-adik baru agar jangan mudah terpedaya dengan seseorang yang tidak dikenali khususnya kalau tujuannya adalah masalah kewangan. Apa yang saya tahu, black magic ni terkena bila mana kita melihat masa suspek tersebut. Maka, kurangkan komunikasi mata khusunya bila berjumpa dengan warga afrika.

Waspadalah dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang berlaku dalam kampus ini. Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai bentuk, hanyalah untuk menguji kita sejauh mana kita ingat pada DIA dikala waktu kita kesempitan. Bedampinglah dengan kawan-kawan yang boleh member nasihat kepada kita dan membantu kita dikala kesusahan. Kerana kawan adalah cerminan kepada diri kita.

Berhati-hatilah dalam gerak geri kita. Perlukan bantuan dan pertolongan, bolehlah hubungi dan cari sahabat-sahabat PMIUM. InsyaAllah, kami sedia membantu.

“ bantu membantulah kamu dijalan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu kepada perkara dosa dan maksiat ”

PMIUM BERSAMA SEMUA

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in kampus. Bookmark the permalink.

9 Responses to “ can you help me? ”

  1. Syakir says:

    ana terkena dengan orang sama pada semester lepas. kerugian rm550. moga-moga tiada lagi yang terkena.

  2. Muttaqin_165 says:

    Salam, serilah kita, ana di UKM mungkin trkena dgn org sama, rugi RM250, alasan yang hampir sama iaitu utk ke KLIA dan akan pulaNGKAN DUIT JAM 6.00PTG, tp katanya dr US, namanya Hafiz, no tel dia ; 0102520903, dan ciap bg e-mel lg nak suruh saya percaya

  3. muzze spas says:

    salam,

    sah la nie…aku pon terkena!!….time tu nak p jmpa my lect kat block E, Fak Sc….dalam kul 9 pg….then tetiba terserempak ngan sorang foreigner….dia tegur aku…perkenalkan diri…..dia cakap nama dia “Hafiz”, kata duk 12th, kes sama gak….dia tertinggal sume bagasi kt klia, so nak mntk aku tlg byrkan tambang teksi nak pg klia……..cam besa la mamat tu janji nak bayar balik…..n plg pntg no phone yg dia bg kat aku sama ngan br0
    Muttaqin_165!!….010 2520903

    Tapi alhmdllh, aku just bg not kaler merah sekeping….sebab time tu yg ade dlm dompet kaler tu ja….(^_^) n tgh rushing nak p jmpa lect…..rugi 10 yar…huhu

  4. alhamdulillah says:

    salam..Al-hamdulillah..aku terselamat..tiga kali dah budak afrika terserempak dengan aku bersumpah atas nama Allah dan mengatakan ingin meminjam wang daripada aku sebanyak RM50. katanya nk pergi ke klia segera, sudah tertinggal plane. kesian plak aku tengok mamat hitam legam tu… dia ckp aku mengiyakan, tp bila dia mtk tlg, aku gtau la aku ni xda duit jgk.. masa tu aku kt fakulti bahasa. so aku wat derk je..cubaan pertama dia menipu gagal..kali kedua dia nk tipu aku plak guna cara yang sama..aku rasa cam kenal dia, mengaku dok satu kolej ngan aku plak tu. cis,ingat aku x knai ka budak2 kolej aku. dia ckp la bla2 tertinggal plane la bla2, pastu aku cam biasa la, xda duit bro…berkeras ngan dia. sen pun x bagi. semalam dia jumpa aku kat kps.. tanya kat mana nk pegi kedai..nk menggunakan trick yang sama la kononnya… Al-hamdulillah dilindungkan Allah..

    begitu juga sebelum ni cubaan

    Jadi kepada adik-adik junior, igt dan pegang betul-betul pesanan abang ini :
    1. jika bertemu dengan manusia yang tidak dikenali tidak kira sama ada warga afrika atau malaysia sendiri minta tolong untuk pinjam wang dalam jumlah yang banyak pada kadar segera, usah memberinya, kerana menurut akal berkata, manusia dewasa yang berakal juga sukar meminta tolong kepada mereka yang tidak dikenali melainkan kepada keluarga atau teman rapatnya atas dasar maruah dan peribadi diri sendiri.

    2. Jika ada orang tidak dikenali minta tolong mengeluarkan wang dari atm, maka usah dilayan melainkan adik-adik pasti akan kehilangan sesuatu juga.

    3. (khas untuk remaja ppuan tetapi lelaki berhati-hati jugak. mana tau.. kiki)jika ada orang yang tidak dikenali berhati mulia zahirnya namun busuk batinnya ingin menumpangkan adik balik ke kolej menggunakan kenderaannya, maka usah dilayan kerana adik-adik pasti tidak sampai ke destinasi yang dituju dan akan dilayan dengan sempurna oleh nafsu mereka.

    yang penting, berjaga-jaga dengan orang yang tidak dikenali, mereka menggunakakan berbagai-bagai jua cara demi mendapat kepentingan pada diri anda. banyak-banyakkan berzikir dan mengingati Allah, bacalah ayatul Qursi sebelum melangkah keluar dari bilik ke kelas, mudah-mudahan adik dilindungi Allah selalu. Amin.

  5. mengadu says:

    salam..abang,nama saya syahidah, pelajar tahun satu akademi pengajian Islam 2010/2011. baru-baru ini saya ditipu menggunakan cara yang sama. saya telah kehilangan wang ptptn dengan wang simpanan yang mak ayah saya bagi sebanyak RM2000. saya tak tau nak buat apa..saya takut! abang tlong bantu saya! dekat mana saya nak mengadu?? plizz…..

  6. syazwan says:

    salam… maaf, saya baru terbaca.. insyaAllah boleh dibantu. sila emailkan no telefon untuk PMIUM hubungi. emailkan kepada: syazwan_hasan@yahoo.com.. HEWI PMIUM akan ambil isu ini.. banyakkan bertenang dan bersabar

  7. young nass says:

    kawan aku ada jugak terkena..rm500…nigga tu kata nak pgi johor lawat mak die yg trlantar…dia jumpa kawan aku kat klcc…dia kata muslim brothr hood la apa la..rupa2nye kena kelentong..

  8. ahmad khalil says:

    salam. saya baru semalam terkena. nombor yg sama. cakap die puasa suma. astagha. saya baru hilang 600. nama sama. muhd hafiz. kanada. kena dekat mid valley. tolong saya. dia kata dia student utm skudai. sbb dia ada exam esok.

  9. N/A says:

    So I manage to take his picture. But also been tricked. 😦 Location: UTP, Seri Iskandar http://tinypic.com/r/v3hhch/8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s