Islam untuk semua

Mat Surau : “ apa masalahnya kalau non muslim masuk ke masjid? Ada larangan ke? ”

Mat sembang : “ mana boleh non muslim masuk ke masjid!! Ini mencemarkan kesucian institusi masjid ”…

Mat rempit : “ baik aku… tak payah nak serabut. Usahkan pergi masjid, aku tak solat pun x ada orang nak marah. Aku bukan golongan yang ‘mencemarkan’ institusi masjid pun ”

Mat Saleh : “ Nak masuk masjid kena masuk Islam dulu ke? Muslim boleh je masuk ke gereja dan kuil.? Islam ini agama exclusive ke? ”

Mutakhir ini banyak kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada isu doa dalam khutbah, hudud, Negara Islam, matawang syariah dan sebagainya dibangkitkan. Pelbagai reaksi yang dikeluarkan oleh pemerintah, masyarakat mahupun individu.

Yang terbaru ialah isu Non muslim masuk ke surau yang telah berlaku pada kejadian Ahli Parlimen Serdang yang masuk ke Surau Al-Huda bagi tujuan tertentu. Mengikut MP Serdang tersebut, :

“Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya ”.

Apapun tujuannya, perkara ini menjadi isu yang besar dalam negara kita. Maka timbullah dialog sebagai mana diatas. Kabanyakannya bermain dengan persepsi dan mengeluarkan pandangan yang memikirkan keuntungan POLITIK semata-mata.

Media arus perdana terus mengapikan perkara tersebut dengan hanya mendapatkan pandangan yang TIDAK membenarkan bukan Islam masuk kedalam masjid. Media alternatif pula membawa cerita keharusan(membenarkan) untuk bukan Islam masuk ke Masjid. Masing-masing ada hujah dan sandaran tersendiri.

Bagi mahasiswa, kita memandang kepada ‘kemaslahatan’(kebaikan yang lebih besar) berbanding ‘kemudharatan’(keburukan yang kecil). Dalam isu ini, secara peribadi saya menyokong pendapat untuk MEMBENARKAN non muslim masuk kemasjid. Rujukannya ada disini, Saifulislam, wargamarhaen, Azhari, Soaljawab, Dr Danial.

Apa yang menyedihkan, pihak pemerintah menggambarkan seolah-olah Islam langsung tidak membenarkan non muslim masuk ke masjid.  Sehinggakan menimbulkan persepsi Islam itu agama exclusive dan tertutup. Ini sangat bercanggahan dengan Islam yang merupakan agama rahmat sekalian alam. Masjid itu syiar Islam. Syiar adalah untuk semua, syariat itu untuk muslim.

Saya seru agar pihak yang berautoriti untuk menilai dan member pandangan dalam isu ini secara ADIL. Saya tidak pelik kenapa sampai ada pemimpin tertinggi parti dalam Negara ini boleh menghina Islam semudah-mudahnya, “ Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam”, Dr Chua Soi Lek. Tidak ada orang marah pun dengan kenyataan beliau hasil kejahilan dalam agama dan ke’aliman’ yang melampau dalam politik.

Nilailah sesuatu isu itu dengan neraca Islam yang syumul. Sikap terlalu skeptical dengan peandangan sempit akan menyebabkan masyarakat makin tidak faham dengan ajaran Islam luas. Inilah kesannya bila meletakkan agama dan pentadbiran adalah benda berbeza. Islam itu yang tertinggi, tidak ada yang tinggi melainkannya.!!

Saya bimbang, yang non muslim makin jauh dengan Islam, remaja islam makin seronok dengan sosialnya, pemimpin politik sibuk mempertahkan kuasanya, institusi agama dipermainkan, akhirnya HANCUR sebuah Negara.

Setiap masalah tidak semestinya diselesaikan dalam medan POLITIK, namun alternatifnya boleh dibawa melalui perbincangan AKADEMIK..

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

2 Responses to Islam untuk semua

  1. setuju dgn pndanagn saudara.Sb krajaan (UMNO,BN) mmg dlm kehidupan mereke xde dakwah.Malah mereka rela merosakkan agame demi pertankan pemerintahan mereka.Walhal sememangnyer mereka ni akan keparit (jatuh) jua..

  2. rama says:

    Salam.

    Saya pernah mengikuti sermon di dalam gereja (di luar negara). Sewaktu sermon tiba-tiba terasa hembusan bayu sepoi bahasa seperti kata orang: Malaikat lalu…terasa sejuk dan tenang.

    Saya pernah mengalami kehidupan seorang sami Buddha (di luar negara); walau hanya dua jam tapi cukup memberi keinsafan betapa kesederhanaan itu kunci kepada ketenangan jiwa.

    Saya pernah bersama kaum cina duduk di hadapan altar yang dipenuhi buah limau (dalam negara) …sekali lagi terasa ketenangannya.

    Saya pernah solat (zohor) di masjid Putrajaya. Saya ditengking oleh petugas masjid hanya kerana saya tidak menanggalkan kasut di kawasan yang sepatutnya saya tanggalkan. Tiada notis, tiada makluman. Persoalannya: kalau iapun saya bersalah, di mana sopan santun budaya timur apatah lagi dari seorang petugas rumah suci? Tiada ketenangan dalam diri saya…itulah kali pertama saya solat di situ dan mungkin juga yang terakhir…

    Sekadar untuk renungan bersama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s