Etika berjihad dalam Islam

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “”Tuhan kami hanyalah Allah””. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain , tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” ( Al-Haj : 40)

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (al-Baqarah 190)

عن ابن عمر: وُجِدَتِ امْرَأَةٌ مَقْتُولَةً فِي بَعْضِ مَغَازِي رَسُولِ اللَّهِ  فَنَهَى

رَسُولُ اللَّهِ عَنْ قَتْلِ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ

Dari Ibn `Umar r.a. “Seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi s.a.w) maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا بَعَثَ جُيُوشَهُ قَالَ اخْرُجُوا بِسْمِ اللَّهِ تُقَاتِلُونَ

فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ لَا تَغْدِرُوا وَلَا تَغُلُّوا وَلَا تُمَثِّلُوا وَلَا تَقْتُلُوا الْوِلْدَانَ وَلَا أَصْحَابَ الصَّوَامِعِ

Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.

(Riwayat Ahmad)

‘Matlamat tidak menghalalkan cara’

pengajaran sirah:

1- Kesemua peperangan dalam Islam berlaku di luar kota yang jauh dari orang awam dan lokasi/bangunan awam kecuali peperangan Khandak/ahzab.

2- Dalam peperangan khandak, Rasulullah s.a.w memastikan keselamatan kota (rakyat dan bangunan kediaman) terjamin dari bahaya serangan melalui langkah pembinaan kubu seperti negara Parsi. Aspek keselamatan awam diutamakan di samping usaha mewujudkan sistem sekutu politik.

3- Perang fizikal seperti menyerang dan bertahan dari serangan adalah langkah paling akhir dilakukan setelah tiada cara lain yang lebih berkesan.

4- Perang berlaku dalam Islam hanya setelah Rasulullah s.a.w mendapat wahyu dari Allah taala. Para sahabat r.a bersiap dan bergerak dalam ekspedisi untuk ekspedisi perang kecil ataupun perang besar hanya setelah mendapat keizinan daripada rasulullah s.a.w.

5- Islam bukan agama menyerang tetapi mempertahankan kedaulatan agama dan kemaslahatan umum.

6- Pengecualian dari berperang diberikan kepada orang yang sakit dan uzur kerana faktor kesihatan dan fizikal yang boleh menjejaskan individu dan seluruh ekspedisi. Pengecualian juga dibenarkan ke atas mereka yang mempunyai indera yang terhad kerana sepanjang tempoh pertempuran, kesemua indera perlu digunakan dengan tepat. Pengecualian juga dibenarkan ke atas wanita dan kanak-kanak sebagai langkah keselamatan dan untuk penjagaan generasi Islam masa depan. Begitu juga sekumpulan mereka yang sedang menjalani tempoh pengajian supaya tempoh tersebut dimatangkan dengan ilmu yang mendalam agar menjadi bekal dan peringatan untuk seluruh masyarakat kelak.

7- Islam dalam apa jua tindakan ada garis panduan. Tidak boleh melampau, tidak boleh menceroboh, tidak boleh merobohkan binaan yang disebut nama-nama Allah di dalamnya. Mana-mana tindakan yang dilakukan di luar garis sempadan Islam mesti dibuat penilaian dan ditegur.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s