Konsert Adam Lambert : Rosmah Mansur retorik

Masalah buang bayi yang berleluasa sudah cukup menjadi bukti keparahan sosial masyarakat kita. Namun barah yang ada ditambah lagi dengan racun yang bakal dibawa oleh pemerintah sendiri, iaitu budaya ‘gay’ yang bakal ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober ini di Stadium Putra Bukit Jalil..

Sangat mendukacitakan apabila gejala sosial semakin membiak, usaha menyuburkannya digiatkan lagi. Tidak ada guna membina sekolah untuk remaja hamil yang terlanjur (sekolah harapan), ataupun lawatan ke Belgium untuk mendapatkan sistem pencegahan masalah ini sekiranya dalam masa yang sama budaya negatif ini dibawa masuk.a

Seperti sedia maklum, Adam Lambert merupakan penyanyi yang amat tidak bermoral sehinggakan rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat pun membatalkan penampilan Adam di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu. Nampaknya warga Amerika lebih sensitif dalam soal budaya dan sosial sedangkan mereka bukannya sebuah ‘Negara Islam’ seperti Malaysia.

Kesan daripada konsert ini akan menjadi suatu wabak dan ikutan untuk remaja kita untuk meng’halalkan’ budaya yang dilaknat dalam Islam itu sendiri. Ambillah iktibar dari sirah kaum Nabi Luth yang akhirnya dtimpakan bala bencana yang dahsyat oleh Allah dan kesannya boleh dilihat hingga hari ini. Kerana itu Allah menyeru untuk kita bermusafir melihat kesan penderhakaan dan pemesongan dari perintah Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-An’am,ayat 16 :

“ berjalanlah diatas muka bumi ini maka perhatikan dan saksikan bagaimana kesan kesudahan orang-orang yang berdusta ”

Sepatutnya Datin Sri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri pergi melawat tempat-tempat yang diturunkan azab atas kemurkaan Allah ini, dan bukannya melawat tempat lain seperti Belgium untuk mendapat formula menangani masalah sosial . Lawatan tersebut hanyalah retorik kerana usaha untuk menangani gejala sosial yang tidak serius ditambah pula dengan konsert Adam Lambert yang akan berlangsung nanti yang pastinya akan menambahkan masalah sosial yang makin parah dikalangan remaja dan anak muda sekarang.

Maka, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah sekerasnya konsert yang akan dianjurkan ini dan memohon pihak kerajaan untuk menarik balik permit yang diberikan. Jika tidak mampu berbuat demikian, saya syorkan agar mahasiswa dan masyarakat umum memilih kerajaan lain yang berani dan boleh menghalang budaya liar dan jijik ini pada masa akan datang. Selamatkan generasi muda kita sebelum terlewat.

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Presiden

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS )

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

12 Responses to Konsert Adam Lambert : Rosmah Mansur retorik

  1. Hamba Allah says:

    Salam. Saya ingin bertanya satu soklan kepada saudara. Merujuk kepada statement saudara “Jika tidak mampu berbuat demikian, saya syorkan agar mahasiswa dan masyarakat umum memilih kerajaan lain yang berani dan boleh menghalang budaya liar dan jijik ini pada masa akan datang”. Ok..kerajaan lain yg semestinya merujuk kepada PR. Jika PR hanya dianggotai oleh PAS, saya amat yakin..konsert2 dr artis2 luar(yang saya rasa KEBANYAKANNYA tidak bermoral) akan di halang. Tapi adakah DAP akan bersetuju?..soklan saya general. Salam.

  2. Mungkin ini alternatif yg pemerintah dpt hasil dr lawatan ke Belgium untuk mngatasi isu pmbuangan Bayi.

  3. syazwan says:

    pilihlah yang mana boleh memberikan kebaikan yang banyak dan mengurangkan keburukan..

    saya tak nyatakan yang kerajaan PR itu baik dan sempurna, kalau PR sendiri x dapat kawal masalah sebegini, baik ditukar sahaja. Namun pemerhatian kpd beberapa buah negeri yg teribat, tidak ada lg bibit kearah budaya ini masuk.

    saya kira, apa salah kita beri mandat kepada kerajaan yg sememangnya nak tegak dan implement islam. Soal kaum itu no 2, sama DAP dan sebagainya. Yang penting Islam itu dominen dan dihormati.

  4. maryam says:

    Saya ada menyertai program yang dijalankan oleh irakan(persatuan islam UNISEL).Program yang diadakan adalah berkonsepkan islam.Soalan yang ingin saya bertanyakan saudara ,adakah dibolehkan program yang melibatkan lelaki dan perempuan diadakan sehingga lewat malam(12 tengahmalam-1.00 pagi)tanpa pengwasan orang yang lebih tua?Apa pandangan masyarakat sekeliling melihat keadaan ini dimana peserta-peserta yang terlibat adalah bertudung labuh dan berpegang pada ajaran islam berkumpul dengan kumpulan lelaki dan wanita sehingga lewat malam .Bukankah ia satu perkara yang agak memalukan…tidak sepatutnya aktiviti yang melibatkan kumpulan kecil lelaki dan wanita berkumpul sehingga lewat malam,tambahan lagi tiada pengawasan orang yang lebih tua(pensyarah)?Saya harap saudara dapat memberikan respon untuk message ini.
    Sekian,terima kasih..

  5. maryam says:

    Saya ada menyertai program yang dijalankan oleh irakan(persatuan islam UNISEL).Program yang diadakan adalah berkonsepkan islam.Soalan yang ingin saya bertanyakan saudara ,adakah dibolehkan program yang melibatkan lelaki dan perempuan diadakan sehingga lewat malam(12 tengahmalam-1.00 pagi)tanpa pengwasan orang yang lebih tua?Apa pandangan masyarakat sekeliling melihat keadaan ini dimana peserta-peserta yang terlibat adalah bertudung labuh dan berpegang pada ajaran islam berkumpul dengan kumpulan lelaki dan wanita sehingga lewat malam .Bukankah tidak sepatutnya aktiviti yang melibatkan kumpulan kecil lelaki dan wanita berkumpul sehingga lewat malam,tambahan lagi tiada pengawasan orang yang lebih tua(pensyarah)?Saya harap saudara dapat memberikan respon untuk message ini.
    Sekian,terima kasih..
    Saya harap saudara dapat delete post saya yang sebelum ini,kerana kedengarannya..agak kasar…
    saya menghantar post ini,cuma untuk bertanyakan pendapat sahaja ,bukan untuk memburuk-burukkan irakan UNISEL kerana saya adalah salah seorang ahli yang aktif dalam irakan dan perjuangan mereka adalah perjuangan islam..saya cuma ingin bertanya pendapat saudara tentang masalah ini?masalah waktu program diadakan….

  6. maryam says:

    Assalamu’alaikum..
    Maafkan saya…
    Saya harap saudara dapat delete post saya yang sebelum ini,kerana kedengarannya..agak kasar…
    saya menghantar post ini,cuma untuk bertanyakan pendapat sahaja ,bukan untuk memburuk-burukkan irakan UNISEL kerana saya adalah salah seorang ahli yang aktif dalam irakan dan perjuangan mereka adalah perjuangan islam..saya cuma ingin bertanya pendapat saudara tentang masalah ini?masalah waktu program diadakan….
    Tapi saya harap,saudara dapat memberikan respon untuk soalan tersebut agar saya dapat menguraikan masalah dan isu ini…..tentang waktu program yang diadakan sehingga lewat malam,dimana melibatkan kumpulan kecil lelaki dan perempuan?adakah ia dibolehkan atau pihak pengurusan program sepatutnya mengehadkan waktu program pada pukul 11.30 malam(paling lewat)?

  7. ed says:

    Kata syazwan :
    saya tak nyatakan yang kerajaan PR itu baik dan sempurna, kalau PR sendiri x dapat kawal masalah sebegini, baik ditukar sahaja. Namun pemerhatian kpd beberapa buah negeri yg teribat, tidak ada lg bibit kearah budaya ini masuk.

    Kata saya :
    memang takde la artis masuk ke Penang, Selangor, Kelantan, Kedah. Takde market value. Tetapi dalam masa yang sama kenapa isu pusat hiburan di Selangor dan Penang masih lagi dibela sampai skrg? sebab ada non muslim? konsert adam lambert juga untuk non muslim. (saya menentang konsert ini)

    anda terlampau over generalisation masalah. contoh, apa perkaitannya Rosmah pergi Belgium dengan konsert ini. Anda tidak pernah menafikan kebaikan daripada lawatan tersebut. You choose to divert other’s issue and letak bebanan ke bahu Rosmah. Ini cara Islam buat eh? Sebab setahu saya, Islam mengajar untuk menerima segala kebaikan orang lain dan melihat kapasiti sebagai intipati pelaksanaan sesuatu perkara.

  8. syamsul says:

    Saudara ed, saya sokong penuh kenyataan anda.

    Semoga adik syazwan sentiasa berhati2 di dalam memberi pendapat dan mengemudi persatuan ini. Jgn terlalu ke arah ‘politik’ jika ingin menegakkan Islam.

    Anda pun tahu, parti politik yg menegakkan Islam pun tidak sepenuhnya mengagungkan Islam. Sentiasa menggunakan “Islam” utk kebaikan diri sendiri. Ini adalah perkara yang amat tidak elok.

    Terima kasih.

  9. syazwan says:

    salam… maaf saudara, saya lama x buka blog ini.. generalisation untuk isu besar. x boleh jawab secara mikro kalau isu makro..

    pusat hiburan di penang dan selangor? apa beza dengan konsert adam lambert? Adam Lambert ni dah pun ditolak oleh sebuah rancangan tv di Amerika disebabkan aksi liar penyanyi tersebut. berapa ramai anak melayu islam kita yang pergi ke konsert tersebut? ini bukan soal non muslim sahaja, tapi melibatkan penyakit kepada umat Islam. Saudara tak turun tengok sendiri ke konsert Adam Lambert x usah nak cerita panjang. GAMIS ada cerita disebalik itu.

    betul kita hormati perbezaan pandangan berdasarkan pengamatan. bagi saya, adanya masalah hiburan(hidonisme) ini dpt dicegah(kawal) dengan hidupnya program pembangunan agama dan modal insan. brapa JUTA peruntukan kerajaan peneng kepada sekolah agama rakyat? brapa banyak program modal insan di selangor, MPMS contohnya? cukup general nak bincang isu ini kerana ia melibatkan contoh yang mesti ada empirically proven ..

    Kenapa rosmah mansur? saudara, saya nak tanya, apa fungsi sebenar isteri perdana menteri? Saya sangat hormat pada Tun Dr Hasmah Ali, dan isteri bekas perdana menteri yang lain. Tp yg ni, minta maaf. anda judge Islam hanya dengan kebaikan orang, sebaliknya Islam bukan hanya melihat yang maaruf, tetapi kena menentang yang MUNGKAR.. Saudara, nak selesaikan masalah, bukan hnya melihat the presenting problem, tp kena cari the REAL Problem…

    REAL problemnya ialah kita susah nak kembali kepada ISLAM yang sebenar… hanya pandangan

    Saya cadangkan untuk kita dengar satu khutbah Jumaat yang disampaikan disebuah masjid pondok pasir tumbuh untuk kefahman kita bersama..

  10. syazwan says:

    salam alaik… ukhti maryam, asif jiddan. lama x update blog ini. InsyaAllah ana cuba bagi pandangan.

    Sebenarnya tidak ada masa yang ditetapkan untuk kita beraktiviti. kecuali Ibadah yang telah dikhususkan waktunya seperti solat, puasa dan lain-lain. maknanya soal jam 12@1 pagi tidak menjadi pertikaian, tapi soalnya adalah hukum keluar dari rumah.

    Kalau seorang isteri, jika keluar jam 7 pagi sekalipun tanpa keizinan suami, tetap menjadi haram.

    program lelaki dan perempuan ditengah malam. Program ini jika mendatangkan fitnah, boleh membawa kepada maksiat, maka haram hukumnya walaupun dibuat jam 10 pagi, inikan pula jam 12 malam. Kenapa malam menjadi perbincangan, ini kerana waktu malam merupakan masa syaitan aktif sebagaimana dalam satu hadith marfu’ yang meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, katanya;

    “Janganlah kalian biarkan unta, lembu, kambing dan yang sejenisnya, serta anak-anak kalian masih berkeliaran di luar rumah ketika matahari terbenam hingga kabut malam (waktu Isya’) menghilang; kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika matahari terbenam, hingga kabut malam menghilang.” (Hadith Riwayat Muslim)

    Namun, soal berhati-hati mesti ditekankan. Waktu malam juga kita terdedah kepada jenayah luar yang memudaratkan. perkara yang membawa kemudharatan adalah ditegah dalam Islam. maka nialailah sesuatu itu dengan timbang tara nas dan hukum akal yang baik, mudah-mudahan kerja Islam yang dilaksanakan mendapat keberkatan disisi Allah…

  11. maryam says:

    terima kasih atas jawapan yg diberikan.hari tu,saudara syazwan ada mengunjungi program yg diadaikan di batang berjuntai .
    terima kasih diatas ilmu yg diberikan.

  12. anak_Dato di UM says:

    agaknya saudara syazwan ini mengambil course yg mudah di UM. sebab tu mampu nak menulis yang bukan-bukan. hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajran, hal-hal yang tidak sepatutnya seorang Mahasiswa Islam menggunakan medium ioni untuk menghentam antara satu sama lain. bukan mudah untuk memerintah negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s