Kedah : banjir fitnah

Kedah menjadi pilihan Allah untuk diuji rakyat dan kerajaannya. Kalau beberapa tahun yang lalu, Kelantan, Pahang dan Johor mengalami nasib yang sama.

Kesedihan dan keperitan banjir di Kedah bukan sekadar bencana yang menimpa, tapi malangnya turut disaluti selut fitnah dan politik bodoh pihak tertentu. Dikala kesusahan sebegini, ada pihak yang tidak bertamadun yang mengambil kesempatan untuk bermain politik dengan rakyat. Satelit fitnah yang berleluasa ialah tv1 dan tv3. Saya cukup menyampah bila mendengar laporan banjir dari kedua-dua siaran tersebut.

Kenapa nak dipolitikkan? Media yang menabur fitnah ini langsung tidak tanya tuan rumah(menteri besar) berkaitan bantuan dan peruntukan banjir yang disalurkan. Sebaliknya difitnah kerajaan negeri lepas tangan isu tersebut.

Saya bukan marah sebab parti, tapi ianya soal tanggungjawab masyarakat yang dalam kesusahan. Lupakah kita pada tahun 2008 dahulu dimana banjir besar yang menimpa Johor, kerajaan Kelantan telah menyumbang 1 JUTA untuk membantu mangsa disana. Namun tidak pula ada sentiment politik yang ditimbulkan sedangkan Johor dan Kelantan adalah ditadbir oleh dua parti politik yang berlainan.

Sebenarnya, mahasiswa cukup muak dengan sikap media yang berat sebelah dan tidak bertamadun dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Memang layak media Malaysia berada pada tangga 154 daripada 194 yang paling tidak bebas dari aspek ketelusan media.

Maka, mahasiswa Islam melalui GAMIS telah melancarkan Jentera Kebajikan Mahasiswa untuk turun ke Kedah bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Mahasiswa turun sebagai elemen sedar kepada parti politik yang ada bahawa tanggungjawab sosial bukan bergantung kepada undi, tetapi kepada budi.

Moga musibah yang berlaku ini, dapat kita jadikan iktibar dan muhasabah buat semua. Masa susah begini baru kita dapat kenal siapa pemimpin kita yang betul-betul bantu rakyat tanpa publisiti semata-mata.

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s