Perutusan Awal Muharram

Segala pujian kepada Tuhan pencipta semesta, selawat dan salam buat junjungan agung, Nabi Muhammad S.A.W  dan para sahabat. Alhamdulillah, lafaz tahmid memuji atas kurniaan nikmat iman dan Islam dan juga kesempatan kita untuk menikmati tahun baru 1432 Hijrah.

Awal muharram merupakan suatu pembukaan paradigma baru dalam sejarah Islam. Tarikh ini diisytiharkan oleh Saidina Umar r.a sebagai permulaan era kejayaan dan kebangkitan Islam melalui peristiwa Hijrah yang terpatri kemas dalam sejarah. Disini bermula proses ketamadunan mengikut acuan Islam dan pongorbanan peristiwa Hijrah menjadi ‘turning point’ kepada penyebaran Islam hinggalah pada hari ini.

Cukup banyak pengajaran daripada peristiwa hijrah dalam surat mahupun tersirat. Jika dibicara dalam kerangka istilah, tidak cukup untuk kita sebagai mahasiswa hadami maksud peristiwa Hijrah. Sudut falsafahnya mudah sahaja untuk difahami bahawa hijrah membawa erti perubahan sama ada dalam revolusi mahupun evolusi. Perubahan dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik dan kahirnya kepada yang terbaik. Hijrah menjadi sebagai proses kepada matlamat yang lebih besar, iaitu pengorbanan dan penyampaian Islam.

Dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa, falsafah hijrah telahpun tersemadi dalam hidup kita. Cuma mungkin ramai yang tidak megerti akan maksud hijrah itu sendiri. Pengorbanan kita berhijrah dari kampung ke kampus perupakan pelengkap kepada istilah hijrah. Matlamatnya pula ialah pengorbanan masa dan tenaga untuk mengejar mutiara ilmu yang ada dikampus. Tinggal lagi matlamat akhirnya ialah untuk menyampai dan menegakkan Islam yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat hijrah bagi mahasiswa secara holistiknya.

Beban untuk sebar dan fahamkan Islam hanya dikontrakkan kepada mereka yang latar belakang pengajian Islam dan persatuan mahasiswa Islam semata-mata. Sebetulnya semua mahasiswa Islam perlu memahami bahawa mereka adalah golongan muhajirin yang juga perlu melengkapkan maksud kedua hijrah iaitu menyebar dan menguatkan Islam. Mungkin frasa dakwah agak sukar untuk dibawa oleh mahasiswa umumnya, namun hijrah yang lebih utama dalam diri mahasiswa adalah berubah dari masa ke semasa untuk lebih dekat dengan Islam.

Justeru, mahasiswa Islam seharusnya menghayati makna yang tersirat disebalik peristiwa hijrah ini supaya ia boleh diimplementasikan dalam diri kita. Selain itu juga,awal  Muharram menjadi tahun baru buat umat Islam seluruhnya. Permulaan lembaran tahun baru seharusnya disambut dengan koreksi diri terhadap perjalanan hidup kita sepanjang setahun yang lalu sama ada betul atau tidak diatas landasan syariat. Kedua ialah tahun baru mesti disambut dengan azam dan iltizam untuk dicapai. Kita tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi kita selalu gagal dalam membuat perancangan. Angin tidak akan menyebelahi sebuah kapal yang tidak ada arah perjalanan. Maka cukup penting untuk merancang dan berazam untuk tahun kemudiannya supaya kita boleh menjadi mahasiswa berwawasan akhirat dan bermisikan dunia.

Selamat menyambut Awal muharram. Mulakan tahun baru dengan fikiran positif, hasilnya nanti juga akan bersih. InsyaAllah

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Tarbiah. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perutusan Awal Muharram

  1. maryam says:

    salam.mohon share dalam blog ana ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s