GAMIS : hentikan sebaran video seks

Pendedahan video yang dikatakan mirip dengan muka ketua pembangkang harus dihentikan segera. Sebaran yang terbaru dalam youtube adalah tindakan yang tidak bermoral apatah lagi jauh menyalahi syariat Islam. Suasana yang wujud dari perkembangan politik kotor pada hari ini harus dihentikan dengan prinsip yang tegas.

GAMIS menyeru agar pihak yang beraotoriti mengambil tindakan yang berani dan tegas khususnya berlaku penayangan video seks secara terbuka kepada khalayak. Selain itu, ahli agama khususnya para mufti digesa memberikan pandangan dan nasihat bagi mengharmonikan suasana yang makin kotor dan rencam ini.

Kesan kepada budaya politik kotor ini sangat teruk untuk generasi yang mendatang. Maka GAMIS berasa tidak pelik kenapa anak muda pada hari ini menolak politik dalam Negara kerana mereka cukup muak dengan budaya politik yang melampau diamalkan oleh politikus di Malaysia hari ini. Para agamawan jangan hanya mendiamkan diri dan sibuk dengan masalah tarian, tetapi soal survival politik Negara dan maruah mesti diperhatikan secara serius.

Kami mendesak agar mereka yang terlibat dengan penenyangan video tersebut ditangkap kerana ianya jelas sekali bertentangan dengan prinsip undang-undang dalam Negara. Jangan mengikra parti politik dalam menegakkan keadalian, sebaliknya ketegasan pihak berkuasa sangat ditagih masyarakat. Dalam masa terdekat, GAMIS bakal menganjurkan kuliah dan solat hajat perdana menolak politik kotor dan dengan tema ‘bersihkan politik Malaysia’.

Kami juga menyeru agar semua pihak agar bersikap adil dalam menerima berita dan maklumat agar penilaian kita tidak silap dan terjerumus dengan perangkap politik yang dipasang. Perkara yang paling membimbangkan kami ialah dengan berlakunya penyebaran video tersebut hanya bermotifkan politik, namun disana telah merosakkan pemikiran masyarakat dan menarik mereka dalam kancah fitnah yang tidak pernah berkesudahan. Buat masa sekarang, sudah tiba masanya hukum qazaf digunapakai dan GAMIS nyatakan bahawa semua masalah yang berlaku dalam Negara pada hari memerlukan ubat yang ditawarkan oleh agama, bukan manusia.

Jangan hanya perlukan qazaf untuk politik, tetapi kita perlukan semua hukum agama yang semestinya menjadi jalan penyelesai yang terbaik kepada kecamuk yang berlaku dalam Negara pada hari ini.

 

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Presiden

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS )

 

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Siasah. Bookmark the permalink.

6 Responses to GAMIS : hentikan sebaran video seks

  1. ady says:

    bnde ni hnya main politik je..brgntng kpd rkyt..lau rkyt BUTA..abs lh hncr…dh dkt pilhn raya umm dh..brmcm2 lh..anda ade x cre nk sdr kn rkyt yg msh buta ni??

  2. syazwan says:

    pencerahan mesti berterusan. jangan biarkan rakyat buta selamanya. itu juga usaha dakwah kita, tegakkan kebenaran, runtuhkan kebatilan

  3. sadis_tragis says:

    mengapa perlu masukkan info-info tentang politik dalam portal anda?! berpijak di bumi nyata. anda hanyalah seorang mahasiswa biasa yang bertindak luar biasa dengan berlaku tidak adil terhadap pemimpin-pemimpin negara.kamu mengeluarkan artikel-artikel tidak berkaitan dengan pelajaran, malahan gaya hidup mahasiswa perlu dihindarkan daripada terjerumus ke kancah politik kotor.

  4. Pembaca says:

    sadis_tragis : jadilah manusia yang gunakal akal. mahasiswa juga adalah rakyat malaysia dan terkandung di dalam perlembagaan bahawa mempunyai hak untuk terbabit dalam politik!

    tidak bersetuju dengan politik lucah maka bermakna tidak adil dengan pemimpin? Mungkin kamu setuju dengan politik lucah.

    Berpijaklah dibumi yang nyata bahawa setiap masyarakat samaada mahasiswa hatta pekerja pengutip najib pun mempunyai hak untuk terlibat dalam politik.

  5. anak melayu says:

    mula2 sy fikir ruangan ini byk tekankan bab ugama.. rupanya ruangan politik.. maaflah.. sy x berminat..

  6. buulaq says:

    Lawaknya…..
    Kita ada dua jalan . Satu jalan ; mungkin video itu betul dan mungkin video itu tak betul . Tapi peliknya Kenapa si pelaku tidak di persalahkan , malah diagung-agungkan!!!!. Ramai yang menyalahkan si pendedah video… Bayangkan jika video itu betul… Si penzina itukah akan jadi ketua negara!!!! Nasib baik disebar sekarang. Bayangkan jika Si penzina dah jadi PM dan video ada pada DAP…… Wow … apa jua DAP kata … dia akan kata YES mam le……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s