Baik dengan manusia, Jahat dengan Allah

“walaupun saya tak tutup aurat, tapi hati saya tetap baik ” nyata seorang gadis remaja.

“ macam mana kamu boleh kata baik sedang kamu tak pakai tudung? ” tanya ahli GAMIS.

“ saya tak pernah buat salah dengan orang dan tak pernah sakiti hati manusia. Saya selalu beri sedekah kepada orang miskin. Tak baik lagi ke saya ” jawab gadis dengan yakin.

“ Mana boleh kira macam tu. Kamu ni Islam. Kena beza dengan orang bukan Islam. Ramai je orang cina, india yang jauh lebih baik dari kamu. Bahkan Lim Goh Tong(tauke judi) pun pernah derma 1juta ringgit ” nasihat ahli Gamis dengan lantang sekali.

“ tak pe la ustaz, iman didada. Tak ada sape yang tengok. Ntah2 iman saya lebih baik dari ust. Yang penting saya ikhlas ” jawab gadis yang sama liriknya dengan jawapan artis-artis bila ditanya kenapa tidak tutup aurat dan pakai seksi.

Dialog ini mungkin pernah kita dengar, apatah lagi bila melihat rancangan hiburan dan gossip artis tempatan. Mazhab yang diguna ialah, iman didalam tiada siapa yang tahu. Entah dari mana para artis dan golongan ini belajar fahaman begini sehingga ia menjadi ‘aqidah’ baru bagi mereka untuk menghalalkan pendedahan aurat mereka.

Bila menyentuh persoalan iman, ia diumpamakan sebagai sebuah generator yang akan membekalkan tenaga(iman) pada tubuh badan kita. Jika lampu bernyala, kipas berpusing adalah hasil voltan letrik yang diterima, maka badan kita pun sama. Tindak tanduk kita akan ditentukan oleh iman yang ada didalam dada kita. Gerak geri kita akan dijana oleh iman melalui penjanaan yang berskala. Jika voltan(iman) kita tinggi, maka perbuatan baik(mahmudah) akan terhasil hasil dari cas voltan yang tinggi. Sebaliknya jika voltan(iman) kita lemah, maka tindak tanduk negative yang berlawanan dengan syariat akan berlaku. (gambar sebelah hanya hiasan semata-mata)

Dalam sejarah Islam juga pernah tercatat golongan yang memisahkan Iman dan Amal, iaitu golongan murjiah. Dewasa ini, golongan ini tampil dengan wajah yang baru dengan nama yang pelbagai, sekularisme, leberalisme dan lain-lain. Ternyata kesesatan mereka ini membunuh Iman dengan amal yang menipu dalam hidup.

Jangan jadikan persoalan iman didada sebagai senjata melepaskan diri dari syariat sedang kita sedang menzahirkan iman dengan pakaian amalan yang dilakukan. Anda baik dengan manusia, sedang masa yang sama anda bermusuh dengan Allah. Bermusuh dengan Allah ialah dengan melanggar syariat dan ketetapan yang digariskan dalam agama.

 Orang yang baik ialah mereka yang menjadikan Allah sebagai tujuan, sedang manusia yang jahat menjadikan pujian sebagai impian hasil dari perbuatan mereka. Jangan jadikan Allah sebagai musuh dengan perbuatan kita, sebaliknya Allah jualah yang akan menentukan apa yang akan terjadi pada diri kita. Ikut syariat(tutup aurat dll) adalah perintahNYA, bukan tuntutan manusia. Melaksanakan syariat adalah wajah keimanan sebenar dalam diri kamu.

Jangan bimbang dengan celaan dan kututkan orang pada dirimu jika kamu berpegang pada agama, kerana kamu kena yakin bahawa manusia tidak ada kuasa. Yang berkuasa mutlak hanyalah Allah.

Jika anda berkawan dengan Allah, siapa lagi yang akan jadi musuh kamu?

-kasturi89.wordpress.com-

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s