Fitnah, sumpah dan amarah rakyat

Rakyat sudah muak, mahasiswa makin benci, itulah ungkapan yang boleh dinyatakan kepada suasana politik tanah air yang semakin teruk. Pertembungan politik parti tidak lagi berasaskan idealisme perjuangan, sebaliknya berpaksikan  jatuh-menjatuh, fitnah dan sumpah. Video seks dan gambar tidak senonoh ditayangkan secara terbuka oleh media sampah seperti Utusan dan tv3, akhirnya membuatkan amarah rakyat makin membara.

Maka pada jumaat yang lepas, Saff Anti Fitnah (SAF) yang dipimpin Cikgu Azmi telah mengadakan bantahan terbuka dan menyerahkan memorandum kepada pihak JAWI atas tindakan lambat jabatan agama berkenaan dalam  menangani isu sensitif yang melibatkan hukum qazaf dalam Islam .

( Setiausaha Agung GAMIS, Saudara Akram Ikrami mengedarkan risalah penerangan hukum qazaf kepada masyarakat yang hadir)

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) juga terpanggil untuk bersama rakyat bagi menyatakan bantahan dan penolakan kepada budaya politik jijik yang sedang bermain sekarang. GAMIS telah mengedarkan  risalah kesedaran tentang hukuman jenayah Qazaf mengikut perspektif Islam yang sebenar. Buat permulaan, itulah usaha awal yang dilakukan bagi memeberi kesedaran kepada rakyat agar hukum Islam ini tidak dipermainkan sesuka hati oleh pihak yang tidak bertangggung-jawab. Seterusnya, GAMIS akan bersama dengan mahasiswa lain bergerak untuk membawa gelombang talok politik jijik ini kepada anak muda dan masyarakat amnya.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan yang turut menyertai perhimpunan itu bersama sekitar 300 rakan pelajarnya, ketika berucap menzahirkan perasaan mualnya dengan budaya politik hina di tanah air sekarang.

“Kami selaku generasi muda dan golongan pelajar tidak boleh menerima sekali-kali budaya politik hina, jijik, lucah, fitnah seperti sekarang dan mendesak agar semua itu dihentikan segera demi kepentingan negara,” tegasnya.

Sempena himpunan aman itu, turut kelihatan pelbagai sepanduk yang dipamerkan oleh para peserta yang kesemuanya mengutuk keras budaya politik fitnah, lucah yang sedang berlaku dengan berleluasa di tanah air kita sekarang.

-GAMIS-

Advertisements

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in Salam Islamisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s