Kami bukan ‘hampas’, tapi santan

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” Prof. Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM.

Begitulah bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Naib Canselor yang pernah mengkritik keras usaha menaikkan ranking universiti yang dilakukan oleh Universiti Malaya sebelum daripada ini. Kenyataan ini dikeluarkan dalam Utusan Malaysia. Saya melihat kenyataan dikeluarkan sangat prejudis kepada mahasiswa dalam Negara. Ukuran cemerlang digunakan oleh beliau tidak mempunyai indikator yang nyata kerana jika mahu dinilai pencapaian akademik, mahasiswa dalam negara juga punyai status yang begitu cemerlang. Perkara yang menjadi pertimbangan kita ialah, universiti luar Negara berada pada ranking yang baik bukan kerana pelajar cemerlang MALAYSIA yang belajar disana, tetapi sistem dan ‘governance’ yang dilaksanakan disetiap universiti.

Persoalannya, adakah kemudahan dan infrastruktur universiti kita sama dengan universiti maju di luar negara? Bagaimana pula dengan keupayaan pensyarah mereka yang boleh menghasilkan tesis “ISI Jurnal” yang menjadi alat penilai utama dalam menetukan rangking sesebuah universiti? Tidak lupa juga kita perlu bercakap sejauh mana mahasiswa dalam negara bebas bersosial dalam aktiviti politik, ekonomi dan budaya sedang mereka masih dibelenggu dengan AUKU. Apa yang nyata ialah mahasiswa dalam Negara cuba dan berusaha keluar dari kepompong ketakutan akta dan sekatan ini dengan aktivisme yang dilakukan dan ini menjadi pembeda yang nyata dengan mahasiswa diluar negara.

Jika mahasiswa dalam negara digelar ‘hampas’, bagaimana pula pensyarah dan Naib Canselor universiti dalam Negara? Tidak ada hampas jika tiada ‘ayam’ yang mamatuknya, maka santannya hanya dimakan oleh manusia. Takkan kita nak gelarkan pihak universiti dalam negara ini sebagai ayam? Tidak sama sekali. Melihat kepada kualiti mahasiswa dalam dan luar negara, ianya suatu yang subjektif dan susah diukur.

Kualiti sebenar mahasiswa adalah sejauhmana mereka boleh memberi sumbang saran kepada pembangunan Negara dalam semua sektor, lebih-lebih lagi semasa mereka masih belajar.

Hari ini, slogan mahasiswa adalah rakan kepimpinan negara, namun dimana suara mahasiswa dalam penetapan setiap dasar negara? Pernahkah mahasiswa turut sama dipanggil untuk memberikan idea dalam bajet tahunan yang disediakan? Jika dilibatkan mahasiswa dalam idea perancangan bajet, nescaya cadangan membaiki rumah Perdana Menteri bernilai RM 65juta dan Menara Warisan RM 5billion tidak akan diterima.

Sepatutnya proses muhasabah untuk mencari punca dan faktor penentu kepada pencapaian sebuah universiti mesti dibuat secara holistik. Paradigma mahasiswa dalam negara sebagai mahasiswa kelas kedua mesti dilempar keluar kerana universiti dalam negara juga pernah melahirkan pemimpin Negara dan tokoh terkenal yang ada pada hari ini. Mesti diingat, mahasiswa adalah aset kepada Negara, bukan kerana segmentasi goegrari kami dipinggirkan. Jangan hanya menyalahkan mahasiswa semata-mata, sebaliknya falsafah pendidikan tinggi mesti dinilai kembali, dasar dan akta mesti disemak semula.

Mahasiswa hanyalah sebiji kepala, yang akan menentukan ianya menjadi santan atau hampas ialah mereka yang memerah dan yang memprosesnya. Jika prosesnya betul, maka santanlah natijahnya, jika tidak sebaliknya. Saya rasa Naib Canselor UTM perlu memohon maaf kepada mahasiswa dalam negara atas kenyataan yang dikeluarkan.

Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS )

About syazwan

Penulis merupakan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Terkini merupakan YDP PMIUM. Mantan MT MPMUM 08/09. Juga merupakan bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dan Maahad Muhammadi Lelaki.
This entry was posted in kampus. Bookmark the permalink.

8 Responses to Kami bukan ‘hampas’, tapi santan

  1. SI ASI says:

    byk typo error ni sheikh! better semak dulu before post.. nice article anyway.. good job president!

  2. asd says:

    Saya kecewa dgan kenyataan NC UTM. Saya adalah bekas pelajar UTM dan sekarang saya merupakan salah satu staf UTM, pernah diajar oleh Dr.Zaini sendiri. Saya rasa beliau lupa daratan. untuk penetahuan , Dr. Zaini bukanlah pelajar cemerlang. Beliau memperolehi ijazah sarjana dengan kelas kedua rendah sahaja.Pernah gagal dalam subjek matematik, Calculus. Ini merupakan contoh pelajar hampas yg dimaksudkan.

  3. Jejaka Muslim says:

    Astaghfirullah.. Kau patut selidik dahulu sebelum menjatuhkan hukuman kpd seseorg.. Boleh jadi fitnah.. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh.. ( http://www.news.utm.my/utm-explained-on-utusan-newspaper/ )

  4. antiestablishment says:

    Speak for yourself the Vice Chancellor of UTM! Thank you Syazwan. I hope this will teach him a good lesson for shooting his mouth that way. Please don’t let your corporate guy to cover up your dirty job. If you did not say such a thing, then why don’t you meet with the press and clarify. I don’t think staff of UTM or students are impressed with him since he hold the post. I have a cousin in UTM who hates him like hell. Arrogant, boastful, showy but most of all achieve success from other peoples labour. He has been publishing books that are so repetitious and received royalty from just printing the books. But who would buy the books I wonder? Zaini Ujang makes a good politician though….

  5. antimunafik and anticorruption says:

    Assalamualaikum and Tahnian Syazwan…saya harap kamu akan menjadi pelapis pentadbir negara yang berwibawa di masa akan datang walaupun hasil universiti tempatan. Berbanggalah dengan pencapaian yang diperolehi kerana kamu dididik oleh pengajar yang bukan hampas…

    asd…apa yang kamu utarakan di sini kebanyakannya adalah benar bukan fitnah. KIta janganlah cepat lupa asal usul kita kerana kita rasa kita dah rasa kita berjaya. Kita tak sepatutnya mengecilkan orang lain disebabkan kita dah duduk di atas tanpa mengambilkira perasaan orang lain. Saya boleh bercakap sebegini disebabkan saya di antara bekas senior top officials UTM dan bekas staf UTM yang hendak melihat UTM menjadi institusi yang berkat, berjaya tempat di mana staf bekerja dengan gembira dan rasa dihargai…Saya sendiri penah bekerjasama dengan Zaini Ujang. Dari segi bercakap beliau memang hebat tetapi beliau ada ‘macai2’ yang menjadi co-supervisors yang bekerja lebih dari main supervisor tetapi credit yang diterima oleh co-supervisor adalah tidak setimpal dengan usaha. Jadi Zaini boleh ada pelajar 20-30 PhD pada satu-satu masa sementara cosupervisor ‘DO THE DOGWORK FOR HIM’, di pergi berjaln ke luar negeri. Lepas tu asyik mencari perbezaan di anata local and overseas universities. Cuba lihat universiti yang hendak dijadikan benchmark – Harvard, Cambridge, Oxford, Imperial…universiti-universiti ini mendapat grant penyelidikan dan endowment yang banyak dari industri atau orang perseorangan. Wake up young man…UTM is nowhere near the status of these universities. Zaini juga susah hendak mendengar nasihat dan tidak mahu menghormati pengawai-pegawai yang lebih senior dari beliau….cukup-cukuplah guna duit UTM untuk berjalan sana dan sini. Gunakan duit itu utk perkara yang lebih membawa faedah.

    Jejaka Muslim…kalau awak tak tau dan hendak berlandaskan alasanm yang diberi oleh Prof Azlan Pegawai Korporat UTM tu, pergilah selidik dulu…

    antiestablishment…ish.ish..ish..but there is an ounce of truth in what you said..

    Saya harap Zaini Ujang ambil iktibar dari apa yang berlaku..Ingat kata-kata ini…
    ‘BE NICE TO PEOPLE ON YOUR WAY UP COZ YOU WILL SEE THEM ON YOUR WAY DOWN’. Janganlah riak dan sombong sebab…….

  6. musleema says:

    ya saya setuju kenyataan “hampas” itu berbau prejudis sedikit.. Bagi saya seorang insan kerdil keluaran universiti tempatan dan bukan dalam ranking pelajar hebat pula, prinsip saya cukup mudah ijazah itu adalah tiket untuk membina kecemerlangan diri dan masa depan, tapi ramai juga hamba berijazah ini yang kecundang dalam hidup bila berdepan dengan cabaran dunia keliling. Yang penting tidak kira dari uni luar waima dalam negara, apakah sumbangan pelajar itu kepada agamanya, ibu bapanya, keluarganya dan masyarakat sekeliling.

  7. Hakimah A.m says:

    you r da besh…mmg sedih bile dgr dier ckp g2 cm EX-local U xde harge langsung…mcm dier EX-foreign U…bole dikatakan mn2 U pn kbyk org admin U byk menysahkan pelajar…cth yer wat majlis untuk pelajar cm cikai jer peruntukan wat progrm U pn ssh nk dpt…tp bile bab2 panggil org2 besar dtg @ wat event tuk diorg bkn main mewah lg

  8. Penjawat Awam says:

    malu betul bila bos besar UTM cakap mcm tu…dahlah suka guna duit UTM dengan sewenang-wenangnya…nie berani buat kenyataan pelajar IPTA Malaysia hampas…klu hampas apasallah nak sangat jadi NC UTM..pegilah luar negara…ko jadilah NC kat mana-mana universiti luar…ko sendiri pown penah belajatr kat UTM..so jangan suka2 menghina pelajar sendiri…bodoh!!!

Leave a comment