Kami bukan ‘hampas’, tapi santan

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” Prof. Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM.

Begitulah bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Naib Canselor yang pernah mengkritik keras usaha menaikkan ranking universiti yang dilakukan oleh Universiti Malaya sebelum daripada ini. Kenyataan ini dikeluarkan dalam Utusan Malaysia. Saya melihat kenyataan dikeluarkan sangat prejudis kepada mahasiswa dalam Negara. Ukuran cemerlang digunakan oleh beliau tidak mempunyai indikator yang nyata kerana jika mahu dinilai pencapaian akademik, mahasiswa dalam negara juga punyai status yang begitu cemerlang. Perkara yang menjadi pertimbangan kita ialah, universiti luar Negara berada pada ranking yang baik bukan kerana pelajar cemerlang MALAYSIA yang belajar disana, tetapi sistem dan ‘governance’ yang dilaksanakan disetiap universiti.

Persoalannya, adakah kemudahan dan infrastruktur universiti kita sama dengan universiti maju di luar negara? Bagaimana pula dengan keupayaan pensyarah mereka yang boleh menghasilkan tesis “ISI Jurnal” yang menjadi alat penilai utama dalam menetukan rangking sesebuah universiti? Tidak lupa juga kita perlu bercakap sejauh mana mahasiswa dalam negara bebas bersosial dalam aktiviti politik, ekonomi dan budaya sedang mereka masih dibelenggu dengan AUKU. Apa yang nyata ialah mahasiswa dalam Negara cuba dan berusaha keluar dari kepompong ketakutan akta dan sekatan ini dengan aktivisme yang dilakukan dan ini menjadi pembeda yang nyata dengan mahasiswa diluar negara.

Jika mahasiswa dalam negara digelar ‘hampas’, bagaimana pula pensyarah dan Naib Canselor universiti dalam Negara? Tidak ada hampas jika tiada ‘ayam’ yang mamatuknya, maka santannya hanya dimakan oleh manusia. Takkan kita nak gelarkan pihak universiti dalam negara ini sebagai ayam? Tidak sama sekali. Melihat kepada kualiti mahasiswa dalam dan luar negara, ianya suatu yang subjektif dan susah diukur.

Kualiti sebenar mahasiswa adalah sejauhmana mereka boleh memberi sumbang saran kepada pembangunan Negara dalam semua sektor, lebih-lebih lagi semasa mereka masih belajar.

Hari ini, slogan mahasiswa adalah rakan kepimpinan negara, namun dimana suara mahasiswa dalam penetapan setiap dasar negara? Pernahkah mahasiswa turut sama dipanggil untuk memberikan idea dalam bajet tahunan yang disediakan? Jika dilibatkan mahasiswa dalam idea perancangan bajet, nescaya cadangan membaiki rumah Perdana Menteri bernilai RM 65juta dan Menara Warisan RM 5billion tidak akan diterima.

Sepatutnya proses muhasabah untuk mencari punca dan faktor penentu kepada pencapaian sebuah universiti mesti dibuat secara holistik. Paradigma mahasiswa dalam negara sebagai mahasiswa kelas kedua mesti dilempar keluar kerana universiti dalam negara juga pernah melahirkan pemimpin Negara dan tokoh terkenal yang ada pada hari ini. Mesti diingat, mahasiswa adalah aset kepada Negara, bukan kerana segmentasi goegrari kami dipinggirkan. Jangan hanya menyalahkan mahasiswa semata-mata, sebaliknya falsafah pendidikan tinggi mesti dinilai kembali, dasar dan akta mesti disemak semula.

Mahasiswa hanyalah sebiji kepala, yang akan menentukan ianya menjadi santan atau hampas ialah mereka yang memerah dan yang memprosesnya. Jika prosesnya betul, maka santanlah natijahnya, jika tidak sebaliknya. Saya rasa Naib Canselor UTM perlu memohon maaf kepada mahasiswa dalam negara atas kenyataan yang dikeluarkan.

Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS )

Advertisements
Posted in kampus | 8 Comments

Fitnah, sumpah dan amarah rakyat

Rakyat sudah muak, mahasiswa makin benci, itulah ungkapan yang boleh dinyatakan kepada suasana politik tanah air yang semakin teruk. Pertembungan politik parti tidak lagi berasaskan idealisme perjuangan, sebaliknya berpaksikan  jatuh-menjatuh, fitnah dan sumpah. Video seks dan gambar tidak senonoh ditayangkan secara terbuka oleh media sampah seperti Utusan dan tv3, akhirnya membuatkan amarah rakyat makin membara.

Maka pada jumaat yang lepas, Saff Anti Fitnah (SAF) yang dipimpin Cikgu Azmi telah mengadakan bantahan terbuka dan menyerahkan memorandum kepada pihak JAWI atas tindakan lambat jabatan agama berkenaan dalam  menangani isu sensitif yang melibatkan hukum qazaf dalam Islam .

( Setiausaha Agung GAMIS, Saudara Akram Ikrami mengedarkan risalah penerangan hukum qazaf kepada masyarakat yang hadir)

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) juga terpanggil untuk bersama rakyat bagi menyatakan bantahan dan penolakan kepada budaya politik jijik yang sedang bermain sekarang. GAMIS telah mengedarkan  risalah kesedaran tentang hukuman jenayah Qazaf mengikut perspektif Islam yang sebenar. Buat permulaan, itulah usaha awal yang dilakukan bagi memeberi kesedaran kepada rakyat agar hukum Islam ini tidak dipermainkan sesuka hati oleh pihak yang tidak bertangggung-jawab. Seterusnya, GAMIS akan bersama dengan mahasiswa lain bergerak untuk membawa gelombang talok politik jijik ini kepada anak muda dan masyarakat amnya.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan yang turut menyertai perhimpunan itu bersama sekitar 300 rakan pelajarnya, ketika berucap menzahirkan perasaan mualnya dengan budaya politik hina di tanah air sekarang.

“Kami selaku generasi muda dan golongan pelajar tidak boleh menerima sekali-kali budaya politik hina, jijik, lucah, fitnah seperti sekarang dan mendesak agar semua itu dihentikan segera demi kepentingan negara,” tegasnya.

Sempena himpunan aman itu, turut kelihatan pelbagai sepanduk yang dipamerkan oleh para peserta yang kesemuanya mengutuk keras budaya politik fitnah, lucah yang sedang berlaku dengan berleluasa di tanah air kita sekarang.

-GAMIS-

Posted in Salam Islamisasi | Leave a comment

Baik dengan manusia, Jahat dengan Allah

“walaupun saya tak tutup aurat, tapi hati saya tetap baik ” nyata seorang gadis remaja.

“ macam mana kamu boleh kata baik sedang kamu tak pakai tudung? ” tanya ahli GAMIS.

“ saya tak pernah buat salah dengan orang dan tak pernah sakiti hati manusia. Saya selalu beri sedekah kepada orang miskin. Tak baik lagi ke saya ” jawab gadis dengan yakin.

“ Mana boleh kira macam tu. Kamu ni Islam. Kena beza dengan orang bukan Islam. Ramai je orang cina, india yang jauh lebih baik dari kamu. Bahkan Lim Goh Tong(tauke judi) pun pernah derma 1juta ringgit ” nasihat ahli Gamis dengan lantang sekali.

“ tak pe la ustaz, iman didada. Tak ada sape yang tengok. Ntah2 iman saya lebih baik dari ust. Yang penting saya ikhlas ” jawab gadis yang sama liriknya dengan jawapan artis-artis bila ditanya kenapa tidak tutup aurat dan pakai seksi.

Dialog ini mungkin pernah kita dengar, apatah lagi bila melihat rancangan hiburan dan gossip artis tempatan. Mazhab yang diguna ialah, iman didalam tiada siapa yang tahu. Entah dari mana para artis dan golongan ini belajar fahaman begini sehingga ia menjadi ‘aqidah’ baru bagi mereka untuk menghalalkan pendedahan aurat mereka.

Bila menyentuh persoalan iman, ia diumpamakan sebagai sebuah generator yang akan membekalkan tenaga(iman) pada tubuh badan kita. Jika lampu bernyala, kipas berpusing adalah hasil voltan letrik yang diterima, maka badan kita pun sama. Tindak tanduk kita akan ditentukan oleh iman yang ada didalam dada kita. Gerak geri kita akan dijana oleh iman melalui penjanaan yang berskala. Jika voltan(iman) kita tinggi, maka perbuatan baik(mahmudah) akan terhasil hasil dari cas voltan yang tinggi. Sebaliknya jika voltan(iman) kita lemah, maka tindak tanduk negative yang berlawanan dengan syariat akan berlaku. (gambar sebelah hanya hiasan semata-mata)

Dalam sejarah Islam juga pernah tercatat golongan yang memisahkan Iman dan Amal, iaitu golongan murjiah. Dewasa ini, golongan ini tampil dengan wajah yang baru dengan nama yang pelbagai, sekularisme, leberalisme dan lain-lain. Ternyata kesesatan mereka ini membunuh Iman dengan amal yang menipu dalam hidup.

Jangan jadikan persoalan iman didada sebagai senjata melepaskan diri dari syariat sedang kita sedang menzahirkan iman dengan pakaian amalan yang dilakukan. Anda baik dengan manusia, sedang masa yang sama anda bermusuh dengan Allah. Bermusuh dengan Allah ialah dengan melanggar syariat dan ketetapan yang digariskan dalam agama.

 Orang yang baik ialah mereka yang menjadikan Allah sebagai tujuan, sedang manusia yang jahat menjadikan pujian sebagai impian hasil dari perbuatan mereka. Jangan jadikan Allah sebagai musuh dengan perbuatan kita, sebaliknya Allah jualah yang akan menentukan apa yang akan terjadi pada diri kita. Ikut syariat(tutup aurat dll) adalah perintahNYA, bukan tuntutan manusia. Melaksanakan syariat adalah wajah keimanan sebenar dalam diri kamu.

Jangan bimbang dengan celaan dan kututkan orang pada dirimu jika kamu berpegang pada agama, kerana kamu kena yakin bahawa manusia tidak ada kuasa. Yang berkuasa mutlak hanyalah Allah.

Jika anda berkawan dengan Allah, siapa lagi yang akan jadi musuh kamu?

-kasturi89.wordpress.com-

Posted in Salam Islamisasi | Leave a comment

exam..

” kalau lampu merah, jangan matikan enjin. berhenti sementara tunggu lampu hijau ”

waktu peperiksaan agak membantutkan masa dan idea untuk menulis. namun tidak bermakna kena henti dan ‘matikan’ enjin. tapi rehat menunggu saat untuk memecut… salam imtihan

-kasturi89.wordpress.com-

Posted in Salam Islamisasi | Leave a comment

tanamlah sekarang

“ setiap inci tanah bumi adalah subur untuk menanam benih syurga ”

Prof Dr Yusof Al-qardhawi

Bumi diciptakan sebagai padang tuaian untuk manusia. Ada yang menuai mengikut peraturan, tak kurang juga yang berlawanan dengannya. Padang itu cukup luas, membuatkan manusia buta untuk melihat sempadan, kecuali orang yang beriman diikat dengan tali aqidah agar tidak tersesat. Semua orang inginkan hasil yang besar dengan tanaman yang luas. Semuanya hanya melihat untung, bukan kualitintya.

Baja, mineral dan cahaya sedia berada. Soalnya, berapa banyak sudah benih yang kita tanam, dan berapa jumlah pula yang mati tanpa siraman amalan? Ilmu itu tanah, amal itu benih, ikhlas pula baja, tawakkal itu cahaya, maka buahnya adalah taqwa….

Muhasabah bersama

Posted in Tarbiah | Leave a comment

Wacana Siswarakyat!! malam ini….

Jangan ketinggalan untuk hadir bagi pencinta ilmu. kita kupas isu yang berlaku dalam negara dalam neraca akademik dan politik. ajak rakan-rakan yang lain.

Posted in Siasah | Leave a comment

Lafaz syahadah hanya kerana Iklan Bas!

Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.

Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole mengisahkan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers” dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam,” kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar,” papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago .

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago . Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York . Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Bagaimana pula dinegara Malaysia yang tercinta? Ramai yang lari dari Islam hanya kerana melihat sifat dan sikap orang Islam itu sendiri. ” Islam terhijab dengan muslim itu sendiri “.. moga kita tidak tergolong dalam golongan yang memberi fitnah kepada agama ini..

 



Posted in Salam Islamisasi | Leave a comment