1) Pada ketika tulisan ini ditulis, 3 gereja telah diganasi dengan pembakaran dan bom petrol di sekitar Kuala Lumpur. Satunya di seksyen 17, berhampiran dengan rumah sewa saya..

2) Kejadian ini menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga YDPA Sultan Mizan bertitah agar keadaan ini tidak dikeruhkan lagi..

3) Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut agama Katolik untuk menggunakan perkataan “Allah” telah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik dan peribadi.

4) “ Menyimbah petrol dalam api ” adalah signifikan kepada tindakan pihak-pihak tertentu yang membangkitkan semangat yang masyarakat untuk membenci golongan kristian. Buat demo, edar risalah dan pebagai lagi yang tidak akan menyelesaikan masalah ini.

5) Saya juga berpendirian untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh pihak kristian, namun jangan sampai masa kita pertahankan hak ini dengan menyerang pihak lain dengan cara yang kurang berhikmah.

6) Mungkin ada agenda disebalik kejadian ini. Tatkala pemimpin masih lagi tidak sehaluan dalam isu ini kerana mementingkan keperluan politik daripada agama, maka berlakulah kecelaruan fahaman dikalangan masyarakat umum.

7) Apakah ini bibit-bibit 13 Mei akan berulang kembali? Situasi politik pada hari ini seumpama Malaysia sebelum berlakunya tragedi 13 Mei 1969 dimana kerajaan yang memerintah telah kehilangan banyak kerusi dan hilang kepercayaan daripada sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika Malaysia berada dalam keadaan darurat, maka parlimen dapat digantung dan Majlis Keselamatan Negara dapatlah ditubuhkan. Nauzubillah..

8) Oleh itu jelaslah isu pada hari ini adalah isu politik dan bukanlah isu agama. Jadi janganlah kita tertipu lagi dengan skrip cerita yang sama dan digunakan pada tahun 1960an dulu. Orang yang cerdik tidak akan masuk lubang yang sama buat kali kedua.

9) Perbuatan “terorism” terhadap gereja adalah perbuatan yang dikutuk oleh Islam dan tidak seharusnya dilakukan oleh manusia yang bertamadun. Daripada “trend” kejadian, dilihat seperti ada “tangan” pihak yang terlatih dalam melakukan “teror” ini.

10) “Laknatullah Ilaika” diucapkan kepada perancang-perancang, pelaku-pelaku dan mereka-mereka yang menyokong keganasan terhadap gereja dan cuba memecahbelahkan masyarakat.

Hindarilah perkara yang boleh mengakibatkan kemudharatan yang lebih teruk. Berlapang dada dan gunalah platform yang betul untuk menegakkan benda yang betul. Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertamadun ini. Hidupkan budaya intelek, bincang isu dengan cara yang ilmiah..

Salam hari Asyura diucapkan kepada semua muslim( sunnah wal jamaah).

Selamat Tahun Baru Hijrah

Selamat menyambung pengajian kepada teman-teman di semua IPT

Tahun ini agak berbeza kerana kita menyambut kedatangan awal hijrah berdekatan dengan tarikh permulaan semester bagi kebanyakan IPT. Mungkin ini sebagai suatu petanda yang baik kepada kita untuk menyiapkan diri kearah perubahan yang lebih bermakna dalam diri.

Sambutlah tahun baru Hijrah dan semester baru ini dengan harapan dan keinginan yang tinggi dalam menggapai kejayaan dalam hidup. Semestinya, sebagai seorang pelajar kita seharusnya mempunyai matlamat tersendiri untuk memastikan diri kita dilengkapi dengan ‘tools’ (kelengkapan) yang rapi sebelum melangkah kedunia pekerjaan.

Gunakan peluang semasa menuntut ini untuk meneroka dan mengutip semua mutiara ilmu yang ada dialam kampus untuk ‘dijual’ di medan masyarakat nanti.

Ingat , ilmu adalah menghadirkan makna dalam diri  – Syeikh Naqiub Al-attas-

Ilmu adalah harta karun, kuncinya adalah amalan

Kedangkalan dalam hidup ialah bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu agama sebagai panduan

Saidina Ali pernah ditanya tentang kemuliaan antara ilmu @ harta, maka jawabnya :

  • Ilmu adalah lebih bermakna kerana ilmu akan menjaga dan memelihara kita, harta sebaliknya
  • Ilmu adalah warisan para nabi, harta adalah warisan Qarun, Syadad dan firaun.
  • Orang berilmu banyak sahabatnya, orang berharta banyak musuhnya
  • Ilmu tidak dapat dicuri, harta sering dicari pencuri
  • Ilmu tiada batasnya, harta pula ada limit dan had tertentu
  • Ilmu menjernihkan fikiran, memuliakan insan, harta pula menggelapkan hati pemiliknya sentiasa
  • Ilmu melahirkan cinta diri kepada pencipta, harta menimbulkan ego dan bongkak pemiliknya
  • Ilmu tidak ada ‘expired’, harta boleh lenyap dan hilang bila-bila masa sahaja

Harta yang paling bermakna dalam diri adalah ILMU…

Seluruh Negara gempar dengan berita kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Pendedahan mengenai ‘kehilangan’ enjin sejak 2007 itu menarik perhatian ramai terutamanya pembangkang. Seperti biasa ia dikaitkan dengan ‘ketidakcekapan kerajaan’. Timbul beberapa persoalan disebalik kejadian tersebut, antaranya :

  1. Bagaimana boleh hilang?
  2. Siapa dalang utama ?
  3. Macam mana boleh diseludup keluar? Polis, Kastam, Imegresen tak boleh kesan ke?
  4. Kenapa sampai dua enjin ?
  5. Mengapa selepas dua tahun kehilangannya, baru didedahkan?
  6. Apa agenda disebalik kes ini? Kenapa sehingga sekarang tidak ada tangkapan yang dibuat?

Persoalan diatas perlu dijawab dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab supaya imej TUDM dan Kementerian Pertahanan khususnya dapat dibersihkan kembali. Perlu dingatkan juga, kos bagi dua enjin tersebut mencecah RM 100 juta!

Isu ini bukan isu terpencil, tetapi menjadi bahan bicara dunia luar kerana inilah kes yang pertama didunia yang berlaku yang sekaligus memalukan negara dimata dunia.. Inilah kesan bila hilangnya integriti, rasuah berluluasa, salah guna kuasa dan kejatuhan akhlak dikalangan pemimpin yang menyebabkan institusi pertahanan negara pun boleh dijual beli dengan mudah. Apa kesannya?

Mahasiswa perlu memandang isu ini secara serius kerana sekiranya struktur pertahanan gegara boleh bocor sedemikian, apa jaminan masa hadapan terhadap keselamatan negara?.. Maka tidak hairan sekiranya enjin yang sebegitu besar boleh ‘dihilangkan’, apatah lagi dengan barangan dan peralatan kecil yang lain…

Punca utamanya ialah bila ‘enjin’(hati) manusia itu sudah mati kerana dibuai nafsu keduniaan tanpa memikirkan akhirat, maka tidak pelik perkara sedemikian boleh terjadi.

MUNGKIN INI YANG LEBIH PRAKTIKAL UNTUK MASA DEPAN…

Pada hari Sabtu lalu, 200 wanita yang suka berpesta, diundang untuk hadir ke dalam suatu acara mewah yang berlansung di Rom. Tentunya wanita-wanita muda belia itu menduga akan ada acara makanan ringan dengan pelbagai minuman keras seumpama parti liar yang biasa mereka sertai. Ternyata tidak begitu, para wanita cantik itu dianjurkan untuk masuk Islam.

Sebelum itu, proses pemilihan ke parti itu cukup ketat. Gadis-gadis itu disyaratkan cantik, berusia antara 18 sampai 35 tahun dan setidaknya memiliki tinggi badan 170cm.Peraturan pakaian mereka pun sangat ketat, yang dadanya terbuka jauh ke bawah dan miniskirt, pasti tidak akan boleh ikut serta.

200 wanita muda itu datang bersama-sama. Mereka dibawa dengan beberapa buah bas ke kawasan perumahan mewah di ibukota Itali. Semua yang datang akan melaui kamera keselamatan yang dipantau di layar monitor di ruang menyambut tetamu.Setelah itu para perempuan itu dibiarkan menunggu. Sebahagian mereka mengeluh, kerana tidak melihat sebarang air minum pun yang disediakan.

Yang misteri adalah siapakah gerangan yang melaksanakan pesta itu. Satu jam kemudian, jatidiri tuan rumah  akhirnya terungkap, yaitu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang terbang ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom. ( TPM Malaysia turut ada di Rom bagi tujuan yang sama )

Gaddafi kemudian menyampaikan ceramah tentang Islam. Berusaha keras meyakinkan para tamunya bahawa Islam tidak meremehkan kaum wanita seperti disangkakan banyak orang.

Ia kemudian mengajurkan agar mereka menjadi Muslimah. Setelah tamat ceramahnya sekitar dua jam berikutnya, para wanita tersebut pergi sambil memendam rasa hairan tentang objektif penganjuran ‘pesta’ tersebut.Namun, mereka yang datang masing-masing dihadiahkan 50 euro (RM302) dan senaskah al-Qur’an.Inilah cara dakwah kontempopari yang perlu diikuti oleh para pemimpin, khususnya yang bergelar pemimpin negara Islam.

Walaupun pemimpin ini dikaitkan dengan pemikiran pro-sosialis, namun tindakannya yang memberikan imej yang baik kepada Islam dan memberikan idea sedar faham Islam kepada semua sewajarnya dicontohi.

“Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun” – Riwayat Muslim

Tahniah Gaddafi! Kenalinya disini

Lihat video penuh berita tersebut disini

Suara Siawa, sebuah rancangan yang bermotifkan untuk mencungkil idea pandang mahasiswa dalam pelbagai isu dan aspek. Dahulunya dikendalikan oleh seorang ahli akedemik yang terkenal, Dato’ Nordin Kardi yang sememangnya seorang moderator yang cukup kritikal dan toeritikal dalam mengendalikan rancangan.

Dahulunya, Suara Siswa dianggap pentas keramat untuk para siswa melontarkan idea dan pandangan, sama ada menyokong mahupun mengkritik kerajaan secara lantang. Para panel diasak dengan soalan yang penuh kontroversi dan provokasi, semata-mata untuk menguji kematangan dan pemikiran siswa yang berpencak dipentas, namun hari ini suasana itu tidak lagi kelihatan.

Semalam saya dan kekanda BT, Ridzuan, Faisal Mustafa, Abd Razak, Danial dan Khairuddin sempat menonton Suara Siswa bersama-sama. Dimulakan dengan program Hujah, disambung pula dengan Suara Siswa. Kami dengan penuh harapan untuk melihat perbincangan yang kritikal dan kupasan yang mantap dari panel-panel pada malam itu kerana seorang dari penl tersebut, Mohd Syahid merupakan wakil dari MPMUM. Saudara Ridzuan menolak jemputan sebagai panel pada malam tadi kerana beliau ingin muncul pada siaran yang akan datang yang membincangkan topik Politik Baru Malaysia. Saya pula tidak dapat menggantikan beliau kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Rancangan dimulakan dengan nyanyian daripada Black (tidak pasti lepasan universiti mana). Persoalannya, perlukah program akedemik dimulakan dengan nyanian artis yang sememangnya tidak dapat memberi apa-apa kesan positif dalam perbincangan nanti. Kenapa perlu ada hiburan? sedangkan progaram TV yang lain banyak menghidangkan hiburan pada setiap waktu. Mungkin ‘fanatik’ hiburan…..

Perbincangan dimulakan dengan soalan asas tentang topik perbincangan, ” Budaya Fanatik “. Secara keseluruhannya, panel hanya boleh bercakap sekita 5-8 minit sahaja. Masa yang lain dihabiskan dengan FB, dan panggilan Skype daripada pelajar luar negara yang memberikan pendangan yang langsung tidak mempunyai idea. Yang sedihnya, pemanggil boleh memberikan ucapan kepada sanak saudara dikampung. Ini program suara siswa ke @ program salam perantuan? Masa dihabiskan dengan begitu sahaja. Yang paling teruknya, panel-panel pula diminta untuk bertanyakan soalan kepada pemanggil talian Skype tersebut. Sape yang jadi panel ni?

Sudahlah begitu gayanya, perbincangan pula hanya berfokus kepada fanatik terhadap penyokong bola sepak, khususnya penyokong negeri Kelantan. Moderator dan panel sepatutnya membuka perbincangan yang lebih idealistik dan mendasari tajuk, jangan terperangkan dengan maklumat dari media semata-mata. Rancangan tersebut berakhir dengan begitu sahaja tanpa ada idea dan isi yang boleh diambil oleh penonton. Kalau beginilah caranya, baik tak payah buat suara siswa..

Selain daripada itu juga, pihak penerbit juga perlu memikirkan kepentingan panel yang datang. Mereka datang bukan hanya nak duduk dan jadi popular bila masuk TV, tetapi mereka datang untuk memberikan hujah dan pandangan yang mewakili para mahasiswa. Kalau hanya masa yang diberikan sekadar 5-8 minit, baik x payah datang. Selain itu, artis yang diundang diberikan bayaran yang tertentu, namun panel-panel yang datang langsung tidak diberikan elauan @ apa-apa bayaran. Cuba bayangkan yang datang dari Pahang,  Perlis Dll? Kenapa artis boleh dibayar beribu-ribu, sedangkan panel akedemik, minyak kereta pun kena tanggung sendiri.? Pada siaran langsung di UNISEL baru-baru ini, ketika saya menjadi panel pada malam tersebut, terpaksa menanggung kos ( pengangkutan, makanan dll ) dengan duit poket sendiri . Saya bukan berkira sangat soal duit, namun dimana letaknya nilai seorang panel akedemik dibandingkan dengan artis@mana-mana persembahan hiburan?

Sekiranya polisi dan format rancangan ini diteruskan, saya rasa Suara Siswa tidak akan kemana-mana. Sebab mahasiswa sendiripun bosan untuk menontonnya, apatah lagi masyarakat luar. Justeru, Suara Siswa bukannya suara yang kosong dan tenggelam, tapi merupakan suara keramat untuk membangkitkan idealisme mahasiswa. Kembalikan budaya intelek dan akedemik.. Buang budaya hidomesme yang melampau…

Antara ulasan lain tentang isu sama:

http://faisalmustaffa.wordpress.com/

tok guru

“Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,”


“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,
Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri “
-Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz-

RASUAH @ TAJAAN

Gegak gempita seluruh blogger memainkan isu berkaitan pembatalan TGNA untuk menunaikan umrah di Mekkah pada minggu hadapan. Masing-masing tangkas untuk menghukum dan mengeluarkan fatwa tersendiri. Malu rasanya dengan sikap yang tak bertanggungjawab blogger yang ada. Apa isu sebenarnya? Mari kita susuri definisi yang diberikan :

Rasuah : merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Tajaan : Membiayai, menanggung dan menampung sesuatu perbeanjaan. ( DBP )

Isu TGNA

Seorang rakyat Kelantan yang terlalu berhasrat untuk menunaikan haji bersama-sama TGNA telah menawarkan kesudian untuk menaja TGNA untuk menunaikan haji bersama-sama. Namun, isu ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bermoral dengan mendakwa TGNA menerima rasuah untuk projek-projek tertentu. Difahamkan jumlah perbelanjaannya ialah RM65000 untuk pakej 2 minggu di Mekah.

TARIK BALIK

Walaupun menghapampakan sahabat beliau, TGNA telah membuat keputusan untuk tidak pergi ke Mekah dalam keadaan kesedihan. Ini merupakan pengorbanan yang perlu dilihat oleh semua pihak khususnya demi menjaga persepsi masyarakat walaupun perkara ini tidak salah disisi undang-undang dan moral.

ALASAN

TGNA membatalkan hasratnya disebabkan tekanan dan serangan yang kuat dari pihak-pihak tertentu yang memungkinkan dia berasa tidak selesa dan sesuai untuk pergi. Beliau juga menyifatkankan sekatan tersebut sama dengan apa yang dilakukan oleh kaum Quraish yang menghalang Nabi Muhammad S.A.W untuk memasuki mekah.

Sekatan disini bukan dalam bentuk fizikal. Tapi lebih kepada mental dan serangan media.

KOMEN

Saya merasakan terlalu sempit pemikiran mereka yang menyerang TGNA tanpa fakta dan bukti yang kukuh khususnya berkaitan dengan rasuah. Tahun 90-an dulu pun TGNA pernah ditawarkan 1juta untuk tender balak di Kelantan, tapi Tok Guru tolak mentah-mentah. Buat ape dengan hanya RM65000, Tok Guru nak gadaikan prinsip dan maruahnya. Kalau nak kata tajaan itu rasuah, saya pun terpanggil untuk berdebat isu tersebut.

Senang cerita, kalau disifatkankan tajaan itu rasuah, maka semua penerima biasiswa(tajaan) dari JPA @ MARA @ institusi lain juga boleh disifatkan sebagai ‘rasuah akedemik’! Ini suatu analogi yang memang tak boleh diterima.

Saya menyeru kepada semua, jangan mudah menghukum. Buka fikiran dan bahaskan isu dengan bersandarkan hujah dan secara intelek.. Ini adalah permainan ‘media baru’ dlam kancah politik baru. Kita kena faham dan mesti menguasai sebarang isu dan provokasi dalam era yang tanpa sempadan ini.

p/s : sibuk duk serang isu TGNA. Isu PKFZ apa cerita? Jambatan runtuh, mana kontraktornya? VK Lingam bebas je? Saya rasa, inilah rasuah yang besar sepatutnya disisasat…Bebaskan SPRM!!

handphoneTahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Selamat Mencuba

header Bro MC copy( klik gambar untuk link blog program )

Jom sertai Bromc 2009 yang julung-julung kali diadakan. Pelbagai aktiviti dan acara menarik yang anda tidak akan jumpa ditempat lain.. Yang paling penting, program ini merupakan antara program yang pernah saya sertai pada tahun lepas dan telah memberi pelbagai input dan kesan positif dalam diri..

Apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini. Ajak kawan2 join sekali.. Terbuka untuk semua, termasuk dari Universiti lain!!

- Transformasi diri bermula disini -

http://bromc09.blogspot.com/

gdl12Salam dan Selamat diucapkan kepada semua teman-teman yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Jadikanlah peperiksaan ini sebagai satu daripada ujian yang Allah tetapkan diakala beribu lagi ujian dihadapan kita yang sedang menanti..

“ Kegagalan bukan warisan, Kemenangan bukan suatu kemestian, Usaha, Doa & Tawakkal itu senjata Kejayaan ”

Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

- berita harian -

belacan_kamSengMengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.

PENGAJARAN

1. Jangan jual belacan yang tak cukup protein!

2. Kalau nak jual kapal selam dengan komisyen berjuta-juta, tak mengapa.

3. Isu PKFZ terlalu rumit untuk disiasat kerana kandungan ‘protien’ didalamnya terlalu mikro untuk disiasat.

4. Kematian Teoh sangat komplikasi kerana ‘protien’ yang ada lebih dari label yang ditulis..

Peribahasa: ” belacan dilaut dapat dihidu, tahi didarat susah nak bau “..

fikir-fikirkanlah, dan jangan beramal… – prof easy -

Laman Berikutnya »